Bee Gees

Wednesday, 7 March 2012

Mesyuarat PIBG KE 16

Janji utama saya pagi Sabtu 25 Februari ini adalah Mesyuarat Agong ke 16 PIBG SMK Sg Layar Sungai Petani.


Satahun sudah berlalu, kalau mahu saya nyatakan KPI peribadi saya, atau setakat mana sumbangan saya terhadap persatuan ini, biar saya katakan :-


1) Kehadiran mesyuarat 4/4 , tak pernah culas menghadiri mesyuarat.


2) Sumbangan tenaga dan masa : Ini yang saya rasa , saya gagal memberi tumpuan 100% peratus sepertimana kehadiran mesyuarat itu.


Memang saya tak boleh nak beri rating sendiri tentang pencapaian peribadi berPIBG ini. Ya, saya hadiri hampir kesemua acara rasmi sekolah, yang saya dijemput hadir bersama. Saya turut memberi pandangan terhadap apa jua isu berkenaan dengan sekolah , guru guru dan ibu bapa, dan disiplin anak anak,tetapi, pada pemerhatian saya, saya tetap gagal.......


Kalau mahukan peratusan pencapaian saya, saya katakan sahaja 49%! Tak nak lah komen panjang , memang saya rasa itu paling munasabah untuk KPI saya.

Kata kata aluan dari YDP PIBG Tuan haji Shabuddin.


Seawal 740 pagi saya sudah berada dihadapan dewan sekolah, antara bapa yang terawal mendaftar. Menanti kehadiran Tetamu Kehormat bermula sekitar 830 pagi, dan hanya memasuki dewan sekitar 910 pagi. Dalam hal ini, kita sebagai Tuan Rumah, kita kena akur akan kelewatan Tetamu Istimewa ini. Dan saya tak nafikan, ada keresahan dikalangan ibu bapa yang hadir.


Ulasan terakhir dari Pengetua SMKSL 2011, Tuan Haji Miskin Raboo.

Acara bermula sebaik kesemua hadirin memasuki dewan dan berakhir sekitar 1030 pagi , untuk sesi pertama.


Apa yang saya berbesar hati ialah, kemurahan hati Tetamu Kehormat, Dato' Haji Osman bin Mahmud(DSDK, AMK, JP),sambil beliau berkongsi kenangan lalu beliaau bersama sekolah sekolah yang pernah memanggil beliau untuk Mesyuarat PIBG, dan sudah pasti 'derma' menjadi tujuan utama mengapa beliau dipanggil untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG. Aktiviti Dato' Haji Osman  ini bermula dari era 80 an lagi, hingga kini.


Dato' Haji Osman adalah merupakan ahli koperat yang berjaya di Sungai Petani ini.


Sumbangan derma dari Dato' Osman berjumlah RM5,000.00! Sama banyak
dengan yang pernah diberi oleh ahli politik itu!!

Sedangkan ahli politik itu merengak rengek memohon simpati supaya ibu bapa warga SMK Sg Layar memangkah beliau pada PRU13  nanti!!!


Dato' Osman selamba sahaja memberi tanpa meminta sokongan apa apa dari Sekolah mahupun Ibu Bapa.


Moga Allah merahmati Dato'Haji Osman sekeluarga!!


 Acara penyampai hadiah pelajar pelajar cemerlang PMR 2011.

Dato' Haji Osman ..... lebih dikenali dengan panggilan 'Man Lawa' sahaja dikalangan orang Kedah ..


Jawatankuasa sementara selepas pembubaran PIBG sesi 2011-2012

Sebaik sesi dimulakan, ternyata ada ibu bapa yang sudah meninggalkan majlis sebaik berhenti rehat untuk maslis jamuan bersama Dato' Haji Osman di bilik tetamu. Ibu Bapa dibekalkan kuih muih serta air mineral sebagai pengalas perut.


Sesi pemilihan berjalan lancar tanpa ada apa apa bantahan. Saya terbuka dalam pemilihan ini, sekiranya khidmat saya dan ahli sesi 2011-2012 masih diperlukan, saya terima dengan hati terbuka. Walaupun , sudah saya usulkan kepada Tuan Pengetua dan PK PK serta Bendahari/Setiausaha, supaya mencari sesaorang sebagai pengganti saya, namun kiranya tiada, saya akan akur dengan keputusan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir.


Kesimpulan saya,  lebih kepada untuk kebaikan anak anak sekolah, dan pasti , kiranya dari saya yang berpaksikan politik PR ini, saya tetap akan kritik akan apa jua tindak tanduk yang dibuat pehak PPD yang mencampuri urusan sekolah dan ibu bapa ini dengan politik kepartian mereka yang menghalalkan cara demi kepentingan peribadi dan 'poket' mereka.  

Dari kehadiran penuh, kini tinggal tiga puloh peratus sahaja kehadiran bapa bapa ini!!

Ibu ibu masih bertahan sembilan puloh peratus kehadiran.

Jumlah kehadiran tidak setinggi tahun lalu, hampir hampir sahaja. Dan jumlah kutipan derma kilat kurang 40% dari jumlah tahun lalu.

Pemilhan untuk sesi 2012-2013 sedang berjalan.


Ahli PIBG sesi 2012-2013 .  Atur duduk tak kena tu ......

Saya kira ahli ahli PIBG sesi ini sudah tiada lagi watak watak yang berkepentingan politik 'mereng' disana, yang mana setiap kali kehadiran mereka untuk bermesyuarat dan beracara rasmi bersama peminpin mereka, mereka yang akan lebih 'kuah dari sudu'(hehehe), saolah olah mereka menerajui kepimpinan PIBG ini!!

Sebenarnya saya muak dengan Melayu Melayu yang menempek nempek dengan pemimpin UMNgOk , memohon sumbangan dan simpati Ringgit bila mereka dapati ada pemimpin mereka yang berjaya menceroboh sekolah untuk acara politik bodoh mereka!!

Selesai acara hari ini sekitar Zuhur.


Latiff Hariri
1418 06032012
Sungai Petani

No comments: