Bee Gees

Sunday, 4 March 2012

Ribut Melanda

Pulang dari kerja, petang Jumaat 24022012, sekitar pukul 530 ptg.


Masa bekerja tu, memang tahu , petangnya hujan lebat, tapi, bagi saya biasalah. Sekadar hujan lebat.


Melepasi sekitar sempadan Kedah-Pulau Pinang ni, saya mula perasan, terdapat pohonan kayu serta daun daun kering dan hijau, bertaburan disisi jalan. Memang banyak. Sebaik melepasi Taman Rhu, Sungai Petani, sudah kelihatan ramai warga yang sedang mengemas persekitaran rumah masing masing. Kelihatan juga bumbung bumbung gerai perniagaan yang menyembah bumi. Besi tiang penggalas bumbung turut ' patah pinggang'.


Saya tak lah ambil kisah, teruskan perjalanan untuk pulang.


Dirumah, semalaman saya tidak dapat berkomunikasi melalui sistem internet TM. (Server down). Mujur Ipad berfungsi dengan talian Digi.


Pagi Sabtu, saya 'on'kan TV tepat jam 7, terpampang visual Kampung Permatang Kedundung dan Permatang Berangan dengan ulasan penduduk kampung tentang ribut yang membadai kampung halaman mereka.


"Eh, itu rumah Pak Andak Jan tu, rumah dia ranap kecil...."


Saya tergamam, dah mula terbayang. Apalah jadi dengan kebun saya tu? Nak awal ke kebun, tak boleh, saya ada temu janji yang lebih utama pagi. Barlah, benda dah terjadi pun, petang nantilah saya ziarah kampung dan kebun.

Berita TV1 7 pagi , 25022012

Saya hanya menuju ke kebun sekitar pukul 4 petang. Itu pun saya segerakan kerana kelihatan berkepul awan hitam yang mula berarak memasuki bandar Sungai Petani.


Ternyata! Sebaik memasuki persekitaran kabun, dari kejauhan sudah kelihatan pokok durian yang tumbang menyembah bumi. Aduh, kecewanya.

Pokok durian saya yang terbelah dua.

Salah satu  pohon yang tersungkur. Yang ini sudah tidak mengeluarkan hasil.


Rumah ini tersiar di TV1, dalam proses pembaikan.

Tak sempat tanam 20 batang , hajan mula mencurah. Tak nak mengalah, kami teruskan juga menanam hingga ke 'emas' terakhir yang dibawa. Lenjun jugalah, tapi, kira laju, sebab kami berempat mengerjakan kebun ini.


Berlari memasuki kereta dan terus terus jelajah kampung sekitar, melihat lihat sisa sisa ribut yang tertinggal.

Atap bumbung SK Pinang Tunggal, Sungai Petani...


Rumah di Permatang Berangan

Kampung Permatang Berangan yang agak teruk dilanda , kerana kepadatan rumahnya.


Ini lorong yang sering saya gunakan sekitar 1986-1992 untuk memancing disepanjang kepala parit ini.

Selesai mengelilingi kampung kampung ini, hujan pun mula seriat. Kami berkeputusan untuk semula ke kebun.

Tengok di atas pucuk pokok durian ni, dah terbelah dua......Ini salah sebatang pokok yang
terbaik 

Budin yang bermotor kesini, bertujuan mengail, bukan berkebun

Kunci air cara manual, sudah tidak berfungsi.

Seronok memancing, mata duk perhati keliling. Pokok pokok kelapa ni rendang pulak, dah letih bekerja ni, teringin pulak pekena saorang sebiji air kelapa muda.
Woit, itu ada Tuan tu!
Gasaklah korang, nanti saya mengadap Abang Awang Mie dan Andak Jan, sebab korang dah belasah kelapa ni tanpa kebenaran. Hehehe


Memancing sambil pekena air kelapa muda

Kami berada disini sahingga sekitar 7 senja, dan pulang dengan keadaan pakaian yang basah kuyup.

Ini hasilnya, sehingga petang sabtu 25022012 sudah tertanam - 99 anak emas.

Latiff Hariri
1048 01032012
Sungai Petani

No comments: