Bee Gees

Friday, 23 March 2012

Mat Sabu Mai Semelin(g)

Sengaja saya (g) kan huruf itu supaya bacaannya Semelin walaupun ejaannya Semeling.


Kalau korang orang Kedah , akan faham lah, sebab (G) telah dicuri pakai oleh orang Terengganu.


Saya jarang nak 'follow' siapa yang nak datang sembang politik setiap malam minggu ni.


Saya tahu begitu gitu aje, yang Abang Mat ini akan datang Sungai Petani pada Isnin 19 January, jadi saya kira malam minggu ni akan nyenyaklah tidur saya.


Petang Khamis Datuk Najib , Menteri Dalam Taman, Taman Teratai Indah ni kirim pesanan ringkas, " Sabtu malam tazkirah Maghrib di surau Sri Tanjung , Mat Sabu mai ."


"Eh, aku tersilap baca suratkhhabar maya ke ni? Setahu aku hari Isnin...?" Sebaik selelsai Maghrib, masuk lagi SMS.


"Tazkirah dah mula".


Mencanak saya sendirian memandu ke surau yang terletak kira kira 2 km dari rumah ini.


Abang Mat lebih menyetuh soal sifat sifat Allah, dan tertib kita sebagai orang Islam. Hanya disentuh tetang lebih "Islam"nya Tian Chua dari kita sebagai Muslim. Adakalanya beliau malu kerana kekentalan hati rakan rakan PR yang bukan seagama ini, lebih hebat dari diri beliau sendiri.


Jemaah yang disisi saya, panjang rambut nya.....

Dugaan bila berpuasa juga disentuh.... ketawa besar jemaah bila diusik.

Saya anggar tak lebih dari 150 orang


Tazkirah tamat sekitar 9 malam. Abang Mat terus keluar kerana beliau sudah mendahulukan Isyak bersama Maghribnya tadi.


Sempatlah saya bersalaman dengan beliau buat pertama kali.

Selesai Solat Isyak, saya terus bergerak dengan memberi ingatan kepada Najib dan bebudak bujang itu supaya bersiap untuk ke rceramah di Semeling.


Dirumah, sekitar 930 malam, terus menjamu selera, malam ini hanya mihun goreng menjadi jamuan malam. Memang sengaja Kak Bie korang masak lebih pun supaya korang semua tak makan dah Maggi malam malam buta ni.

&
Semua hadir sekitar 945 malam.

Kami bergerak sekitar 1020 malam, menantikan kehadiran tetamu dari Shah Alam yang mahu turut serta menyemakkan majlis ceramah malam ini.

Kami disini sekitar 1040 malam, Abang Mat dah mulakan celotehan beliau.


Tu dia!!   Saujana mata memandang! Kalah kau beras JATI

Dari pinggir pentas. 

Bila saya mengelilingi pentas ceramah ni, ramai tetamu yang hadir dah cam muka saya ni. Gang Pakatan selain dari orang kuat kat PIBG yang membangkang KERAjaan Persekutuan.

Antara yang ramai hadir , kakitangan terkanan Jabatan Kerajaan , hehehe.


Peringatan dari Abang Mat kita ni, PRU13 adalah platform terbaik untuk kita lakukan perbuahan, kerana jika TIDAK, negara bakal bangkrap!!


Dari belakang hadirin mengadap pentas

Gang Teratai Indah dan Sri Tanjung.

Komennya utamanya, tentang kisahnya UMNO yang menyokong diluluskan akta Judi, sedang DAP menentang, sekitar awal 80an dahulu.


Bila bercerita tentang penyelewengan pembelian jet pejuang, kapal selam , kereta perisai dan sebagainya, susah nak yakinkan orang kampung tentang 'pecah amanah' yang berlaku. Tapi, bila berkisah tentang lembu, senang orang kampung nak tangkap macamana lembu boleh menghasilkan Rm250juta sekelip mata.


Seawal 1150 majlis berakhir.


Abang Mat akan berada di Pahang , Ahad 18/03/2012. Dan akan berada semula di Pulau Pinang khasnya Kota Kuala Muda pada Isnin 19/03/2012. Jadual beliau padat.


Kami berenam mengarah ke Sungai Petani, dan lokasi biasa kami ini menjadi hentian gebang dinihari ini.

 Abang Shipol kita dari Sek 25 Shah Alam. Gang Pakatan ni memang ramai dan tak malu nak declare pendirian diri .

Malam ini mereka tertib dengan tidak memakan Maggi lagi, dan atas simpati , saya hanya pesankan 3 bekas kentang goreng untuk upah kerana mendengar ceramah PR Mat Sabu.


Latiff Hariri
0818 20032012
Sungai Petani

No comments: