Bee Gees

Tuesday, 13 March 2012

KK - Keningau 2 Mac 2012

Pagi Jumaat ini , biasalah, terbabas.


Saya sudah melebihi 5 tahun rasanya, tidak ke Sabah. Terakhir bersama keluarga sekitar 2007 .


Jadi, pagi ini bila bangun dan keluar dari hotel budget ini, saya masih terpingga pingga, dimana lokasi sebenar kami? Kompleks dihadapan ini memang masih dalam ingatan saya bahawa , arah kami berdiri ini mengadap ke Laut Cina Selatan.


Selesai sarapan, kereta Myvi yang dipesan pun sampai dihadapan hotel. Bayar kos sewaannya untuk 2 hari serta wang pertaruhan, sekitar pukul 915 kami bergerak keliling kota.

Dihadapan CityPoint Centre

Sebenarnya , saya lebih tergesa gesa untuk ke Lapangan Terbang KK untuk menjemput abang Bacho yang dijangka tiba sekitar pukul 9 pagi, tetapi sebaik menerima panggilan beliau, yang beliau masih di Sandakan, langsung saya arahkan Myvi ini ke utara. Kira KK masih dalam hafalan saya.


"Terror u kat KK, macam biasa aje." Itu komen Najib.

Berlatarbelakang DUN Sabah

Setiap kali saya ke Sabah, pasti saya akan menyewa kereta bagi memudahkan peergerakan, dan masa akan lebih terurus. Saya sudah memandu hingga ke kaki Gunung Kinabalu, hingga ke Kudat. Penanda Jalan pun banyak bagi memudahkan pemanduan.


Berfoto seketika sementara menanti abang Bacho yang akan terbang sekitar 10 pagi dari Sandakan.
Masjid terapung.

Terus berpatah balik ke Kota menuju ke Bukit Istana untuk pemandangan kota Kota Kinabalu.

Najib boleh ingat penumpang AirAsia yang duduk sebarisan dengan kami malam tadi, yang semena mena berada bersama kami di puncak bukit ini.

Sekitar pukul 11 kami sudah berada di lapangan Terbang Kota Kinabalu. Tunggu di Terminal 1, kerana Abang Bacho gunakan MAS.


Sekitar 1115 pagi

Saya isikan minyak sepenuhnya, dan terus meluncur laju mengarah ke Penampang, dan membelok ke Tambunan/Tenom. Bukan tahu jalan pun, semua atas bantuan Abang Bacho dan papan tanda. Jarak ke Keningan dari KK ini sekitar 160km, saya congak, mungkin sekitar 2 setengah jam pemanduan.

Bulatan Penampang, belok ke kiri mengarah Tenom.

Abang Bacho kata, kita akan menaiki pergunugan setinggi 5000 kaki dari paras laut, ini mencabar ni!


700meter dari paras laut, sekitar sejam perjalanan

Pemanduan memang mencabar, dengan CC Myvi yang kecil, saya terpaksa menggunakan gear 2 dan 3  selalu. Ada satu selekoh zigzag tu, saya gunakan gear 1 untuk 'kepak' kekanan pendakian 45darjah!

Pemandangan memang cantik, tapi saya hanya beri 70% markah, dari markah penuh 100% di Bukit Tinggi Sumatera. Hahaha.




Tengok talian elektrik ini menjunam 55 darjah

Kalau memandu malam sendirian, saya tak berani.....

Memandu jadi mencabar bila ada lori dihadapan yang menghalang atau bila Myvi saya dihimpit rapat oleh kenderaan di belakang. Yang tak tahannya lori pick-up yang telah di 'modify' mengekori rapat. Memang power gile  lori lori ni. Mungkin JPJ kurang kut.

Mamasukit Api Api sekitar 1250 tengahari. Saya kira waktu ini khutbah telah dimulakan. Kami darurat.......


                                 

Bulatan kecil , dikanannya Hospital Keningau

Terdapat banyak bulatan kecil dibandar Keningau ini. Kalau korang ingat, bandar ini kecil, korang salah, kira pesat membangun. Kuala Kangsar boleh dipukul bila bila masa sahaja. Stadiumnya pun hebat.


Dan di Keningau hanya ada satu simpang lampu isyarat


Kami memasuki stadium Keningau untuk bertemu orang tengah yang telah diatur oleh Abang Bacho. Orang tengah ini rakan seITM abang Bacho dahulu, angkatan 70an, masa saya masih disekolah rendah lagi.....



  
Najib berkenalan dengan Abang Ibrahim Ali

Memang saya tergelak bila abang Bacho mengatakan yang kami akam berkenalan dengan abang Ibrahim Ali. Saya dah teringat kat 'mamat' itu. Hahaha.


Tapi, memang kisahnya agak menarik. 


Sewaktu beliau sedang belajar/bekerja di Semenanjung suatu ketika dahulu, Ibrahim Ali benar benar ditangkap dibawah ISA . Dan yang sedihnya, emak kepada abang Ibrahim Ali ni pun, menangislah semalaman, kerana menyangka yang anaknya ditangkap oleh BN, hehehe.


Dan ternyata , Ibrahim Ali yang suka melompat itu tertangkap dibawah ISA.


Betulkan abang Ibrahim Ali?


                          
Tu Fau.... sejenis sambal yang dicampur dengan pucuk pokok yang mirip lengkuas. Batangnya dihiris hiris lalu ditumbuk dengan cabai, dan dijadikan 'sambal belacan' orang Sabah.

Saya cuba pekena Tu Fau, tapi tak boleh masuk selera saya....

            
Makan tengahari di kantin Stadium Keningau.

Kantin ini diusahakan oleh isteri Abang Ibrahim Ali. Kira percumalah makan hari ini.

Latiff Hariri
0731 10032012
Sungai Petani

No comments: