Bee Gees

Sunday, 20 October 2013

Solat Idul Adha Masjid AlAmin

Saya dah sedia maklum bahawa solat IdulAdha akan dimulakan pada jam 8 pagi. Tiada hal, saya suka ...lagi cepat lagi bagus. Lagi pun, Raya Haji ni, sebaiknya cara qurban dimulakan awal, tak lah berlarutan sehiingga ke Zohor.

Pukul 725 saya menapak sendirian ke Masjid AlAmin. Hanya gerimis. Mengekori motosikal dibelakang saya, toleh toleh, si Zul rupanya. Bonceng aje, jarak 500m itu menjadi dekat.

Kami antara10 terawal. Pembantu Imam, Bilal dan Siak pun tiada. Masjid agak kelam. Banyak lampu yang belum dinyalakan.

Hm..., kata jam 8 pagi, ni dah 730 pagi ni. Takbir pun belum  bermula.

Sebaik Pembantu Imam menyalakan kesemua lampu dan kipas Masjid, hujan pun mencurah. Waktu ini saya kira jemaah sudah melepasi 50 orang.


Saya khaskan diri saya dibarisan kedua disetiap Masjid yang saya Iktikafi.

Zul , orang kuat kanan saya.

Izzuddin disebelah Zul

Takbir Hari Raya hanya dimulakan sekitar 740 pagi, berlarutan hingga kepukul 830 pagi. Saya dah jangka, dek kerana hujan dan bagi memastikan tiada yang tertinggal Solat EidAdha.

Imam Ibrahim Ahmad memberi sepatah dua kata sebelum Solat.

Solat yang sepatutnya bermula pukul 8 pagi, ditunda ke pukul 830 pagi, gara gara hujan, dan Masjid yang separuh penuh.

Siap Khutbah dan doa selamat semuanya, kami berangkat pulang sekitar 920 pagi, sebaik bersalaman sesama Jemaah dan Tok Imam.


Kat rumah, macam biasa, nasi impit, ketupat daun palas, lemang TTI, rendang daging dan kuah kacang.

Acara hari ini padat, tetapi cuaca yang hujan memanjang memperlahankan gerakan saya.

Latiff Hariri
2008 18102013
Sungai Petani

Friday, 18 October 2013

Bakar Lemang TTI

Sudah melepasi hari keenam pemergian sahabat kami Mohd Fauzi Ge @ Layar Delta.

Rakan sejiran sudah bermuafakat untuk bergotong royong mengadakan kenduri tahlil untuk arwah selepas solat Zohor , Sabtu 12 haribulan Oktober. Walaupun saya tidak menghadirkan diri pada hari mesyuarat itu, saya sudah nyatakan persetujuan saya akan apa jua keputusannya nanti.

Saya tak keluarkan wang ringgit, lebih kepada hasil hasil kebun ini saya sedekahkan untuk jamuan malam tersebut.

Jadi malam Sabtu itu saya turun bersama sebaldi jantung pisang dan terung pipit. Sedangkan , Yazid dan Cikgu Najib sedang bersilat dengan daging dan kambing yang disedekah rakan rakan arwah. Malam itu saya beranggapan, tukang masak utamanya adalah mereka berdua, walaupun dibantu sepenuh masa oleh ibu mertua mereka serta isteri Yazid.

Sambal belacan dan tempoyak untuk hidangan hadirin.

Jamuan dimulakan sebaik selesai doa untuk arwah yang dimulakan oleh pembantu Imam , Ustaz Ya.

Tart kira biasalah dengan acara makan makan ni.

Saya pulang pun melepasi Asar . Tak tolong pun, sekadar jadi tukang tengok.

Dan rakan rakan kejiranan ini tak habis habis mesyuarat, kali ini secara mengejut mereka mahukan acara membakar lemang. Saya tak berapa campur, sebab saya kira dah terlalu suntuk untuk mencari buloh pun. Hari Ahad baru nak cari tu....!!

Hari Isnin hujan seharian, seriat pun sekitar pukul 530 petang. saya dah ronda Taman ini 'usha ' khemah mereka. Eh, buloh dah adalah, kayu api pun selunggok. Tapi kenapa tak mulakan lagi? Pukul berapa nak siap ni?

Secara rasminya pukul 525 petang baru nak nyalakan api, kayu basah pulak tu.

Adalah sekitar 30 batang bulung . Yang terisi pulut sekitar 15 batang. Menanti Cikgu Najib membeli 2 setengah kilo pulut untuk ditambah. Di dalam bekas minum tersedia 2 setengah kilo santan. Saya musykil jugak ni, cukup ke santan itu?

Bincang punya bincang, Izran diarah membeli lagi 3 kg santan untuk tambahan. Saya tiada pengalaman yang banyak dalam membakar lemang ini. Ingatan saya hanya pada usia 15 tahun dimana arwah bapak dan arwah emak membakar lemang dan dodol serentak, dan yang menjadi mangsanya adalah saya. Dalam bulan puasa tu!


Kayu oh kayu, mengapa engkau basah?

Saya tak tunggu lama, sekitar 645 petang saya pulang ke rumah untuk Maghrib dan berIftar.

Sekitar pukul 9 malam saya sambung lagi berlepak dengan kejiranan ini.

Yazid dan Cikgu Najib yang setia dari awal...

Pak Mail. Izral dan Jan.

Nasib baik malam ini tidak hujan, jadi boleh lah kami pasti bahawa lemang lemamg ini akan siap masaknya sekitar sebelum tengah malam.

Baru separuh masak, kami buka 3 batang untuk jamahan pertama, ada yang bawa rendang yang baru dimasak di rumah, serta sepeket dua serunding yang dibeli.

Bila lemang ini panas sangat, kita tidak dapat menghayati keenakkannya.

Saya menyerah diri awal seawal jam 1030 malam. Mana nak tahan, berasap serta lampu kelam, membuat saya cepat mengantuk. Sempat dibekalkan Yazid kepada saya sebatang lemang untuk jamahan sekelaurga.

Esok Raya wei, kena tidur awal.

Latiff Hariri
1958 16102013
Sungai Petani

Wednesday, 16 October 2013

TTI @ Taman Simpang Kubur Baru

Jarak lurus kehujung dari rumah saya sekitar 600meter.

Macamana kami tak namakan Taman kami ini dengan nama baru? Laluannya wajib melepasi Taman kami. Mungkin ada yang kata melalui tanah bersebelahan pun boleh. Tapi laluan itu, wajib meminta kebenaran dari tuan tanah tersebut, sedangkan dengan laluan Taman Teratai Indah, tiada kebenaran yang harus diminta.


Bangunan kuning ditengah adalan Sekolah Tahfiz Al_Amin. Sekitar 800m

Foto yang difokuskan supaya jelas Sekolah Tahfiz.

Tapak kubur baru   ..... dah ada dua 'penghuni'nya....AlFatihah.

Dulu, tahun 1999/2000 sebaik kami membeli rumah kecil di Taman Teratai Indah ini, memangnya bersebelahan rumah kami ini hutan rimba. Masa tu Taman ini hanya berpintukan 15 buah rumah. Sekitar 2004 projek pembesaran Taman dimulakan dengan penambahan sekitar 22 buah rumah lagi.

Walaupun begitu, hutan rimba disebelahan rumah saya ini tetap tidak terusik, hinggalah sekitar 2010 bila Imam masjid Al_Amin mewarwarkan niat untuk membeli tanah bersebelahan untuk dijadikan Wakaf Kubur.

Saya tak jadi hal, bahkan saya suka. Sekurangnya kawasan perumahan saya ini tetap bermajoritikan Umat Islam, kerana menjadi pantang kepada bangsa lain untuk berjirankan Kubur....
Ini rumah si Mark, jiran hadapan dua pintu dari rumah kami.

Tak sampai seminggu sebaik terberitakan tentang pengesahan pemilikkan tanah kubur ini, si Mark secara otomatik menaikkan pagar rumah beliau dengan pagar zink.

"Orang Cina pantang berjirankan tanah perkuburan, seolah olah kita ni berjiran dengan penduduk kubur...., pantang", kata si Mark.

Pada awalnya beliau warwarkan penjualan rumah ini, tetapi mungkin beliau memikirkan secara matang mengapa harus terburu buru dalam membuat keputusan ketika ekonomi agak teruk ini.

Dalam TTI ini dahulunya ada dua jiran Tionghua, kini hanya tinggal Mark saorang. Yang saorang lagi tu terpaksa melepaskan pemilikan kerana sikapnya yang tak tahu menghormati kejiranan Melayu..... 
Kisahnya menarik jugak disebakan pulang dinihari dalam keadaan mabuk, jadi 'habuan'lah bila tersesat memasuki rumah jiran....hehehe.

Ada 3 kejiranan dari kaum India, yang dua itu sebaris dengan rumah kami, dan yang lagi satu dihujung Taman. Yang berjiran dengan kami ni soarang tu prefesional kakitanga kerajaan, ok lah juga. Yang saorang tu pesara swasta yang begitu menghormati kejiranan.

Yang masaalahnya , yang dihujung Taman itu......

Apa pun kami dah melebihi 13 tahun menetap disini, dan 2013 merupakan tahun kami berkejiranan tanah perkuburan.....

Latiff Hariri
1108 16102013
Sungai Petani

Friday, 11 October 2013

Moga Aman DiSisiNya , Layar Delta

Air mawar di pusara Ayah......Al-Fatihah

Sebenarnya saya tidak dapat menceritakan tentang kisah kehidupan rakan saya yang diRahmatinya ini. Saya kenal Arwah pun terlalu singkat. Saya cuba memutar semula kenangan diawal perkenalan dengan beliau. Beliau merupakan warga tetap Sri Tanjung melebihi 20 tahun(?), sedangkan saya baru mencecah 13 tahun.

Sedangkan kalau benarlah pengiraan saya ini, Sri Tanjung pun sudah tersedia ada lebih dari 20 tahun. Mungkin arwah sudah memiliki rumah disitu lebih dari 25 tahun. 

Ini semua saya congakkan sendiri bila memikirkan betapa singkatnya usia beliau yang baru melepasi 46 tahun pada Mei 2013.

Pertemuaan pertama, mungkin pada mesyuarat pertama Teratai Indah pada penghujung 2012 dimana kisahnya saya rakamkan diSINI DAN diSINUN.
Waktu itu saya tak boleh nak ingat akan nama nama setiap jiran tetangga terdekat yang hadir. Bukan silap saya , lebih kepada kurangnya interaksi antara kejiranan. Saya lebih mengenali jiran jiran terdekat, sedangkan arwah berada di Sri Tanjung. Saya tak ambil pusing sangat akan nama nama mereka yang hadir pada malam itu.

Tapi, bila sesekali selepas pertemuan pertama itu, saya adalah juga bertandang ke khemah kawalan yang disediakan untuk tujuan memberi sokongan kepada kejiranan ini yang berjaga malam. Saya mula mengenali siapa dia Mohd Fauzi ini.

Dia tak pernah tiada disetiap kunjungan saya. Suaranya riuh bermain karem (carrom). Digandingkan bersama Najib Ahmad, dan pencabarnya Cikgu Najib dan Li, permainan yang mudah diselesaikan dalam 20 minit setiap permainan berlanjutan hingga larut malam, apabila usik mengusik(dibaca kutuk perli) dimulakan beliau. Adakalanya, saya rasa ter'over' jugak mereka berempat ini!!

Memasuki masjid Al-Amin sekitar 1115 pagi, 7 Oktober 2013.

Bila jamuan Hari raya diadakan pada Syawal akhir yang lalu, tugasan mudah yang beliau pilih adalah menyadiakan minuman panas dan sejuk untuk para hadirin. Saya kira , tahun 2013 adalah permulaan kami untuk lebih mengenali sesama kami.

Sepanjang petang itu, tak kering gusi beliau menyakat rakan rakan terdekat beliau. Hinggakan anak saya Izzuddin mengambil beberapa aksi foto beliau yang begitu gembira menggayakan cara cara membuat teh tarik. (lepas tu baru saya tahu beliau merupakan pengusaha restoran di Bedong).

Pertama kali mengenali sesaorang 'sambil lewa' ni, saya kurang berinteraksi dan bukan menjadi budaya saya bertanya kerjaya sesaorang pada awal perkenalan. Jadi, selepas acara itu baru saya tahu akan bidang yang beliau ceburi untuk membesarkan anak anak beliau.

Dan terakhirnya, dua hari sebelum hembusan nafas terakhir beliau, terlintas dihati saya, dalam masa terdekat ni saya mahu mencuba untuk makan makan  di restoran beliau di pekan Bedong itu....tapi.

Walkie talkie ini tak pernah sunyi dari usik mengusik beliau  sepanjang 2 bulan terakhir sebelum pemergian beliau..

Kenakalan Fauzi pada 30 Syawal 1434 yang lalu terserlah.... saya nyatakan 'ekor' arwah betul betul maximum petang ini.

Petang 6 Oktober 2013 sekitar pukul 3 petang, saya diberitakan oleh Li bahawa Fauzi dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Abdul Halim akibat serangan jantung. Panggilan ini memberhentikan jantung saya seketika, saya maklumkan kepada Tart yang bersama dengan saya tentang berita duka ini.

Tapi, tak sampai 2 minit kemudiannya, sekali lagi Li menalipon saya memberitahu bahawa Fauzi sudah tiada lagi. Terdiam saya.

Tidak mahu mempercayai berita ini, saya menalipon Najib minta pengesahan. Mungkin saya yang bermimpi!

Tiada apa yang perlu dipersoalkan ketentuanNya.

Kenangan Ayah bersama anak isteri....anak anak adalah segalanya pada Fauzi.

Terus berkejar ke Hospital, dan ternyata, terbaring sudah jasad Fauzi di Bilik Mayat. Saya terus meluru, dan sayunya hati melihat wajah tenang beliau yang seakan akan sedang tidur itu. Tiada kerutan , seolah olah tenang sahaja pemergian beliau.

Dari mulut rakan rakan yang bercerita. Arwah sekitar pukul 11 lebih terasa pening di restoran, dan beliau lalu duduk bersandar dikerusi. Mungkin menyangka hanya pening pening biasa, isteri dan rakan rakan hanya membiarkan beliau berdiam diri seketika hinggalah beliau tidak sedarkan diri, dan Ambulans pun dipanggil.

Arwah katanya pergi ketika berada didalam Ambulans menuju ke Hospital......


Sebulan dua sebelum saat terakhir beliau, kata kata kematian adalah ucapan harian beliau kepada rakan rakan seangkatan. 

Ada satu ketika itu sedang bermain carrom beliau berseloroh dengan menyatakan sekiranya beliau mati, kebumikan sahaja di kubur baharu sebelah taman kami ini. Dan permintaan beliau itu diiyakan oleh salah saorang rakan," Ya....nanti malam, kami bawa meja carrom ni pi main tepi kubur hang, ajak hang main sama!"

Sampai begitu sekali ingatan beliau tentang waktu yang semakin singkat itu.

Saya juga  dimaklumkan tentang betapa sayangnya beliau terhadap anak anak hinggakan sudah belasan tahun usia mereka, masih tidur dipangkuan ayah. 

Hari hari terakhir beliau juga, sempat menziarahi Ayah dan Bonda di Pendang. Dengar cerita lawak jenaka seloroh dengan ibunya berlebihan sungguh, dan seakan akan tidak mahu pulang ke Sungai Petani petang itu. Mungkin beliau sudah tahu, saat akhirnya sudah sampai......

Fauzi, apa pun tulisan saya ini tentang diri anda yang sudah tiada ini, tiadalah saya tahu sebelumnya. Terlalu singkat rasanya persahabatan kita ini dan saya tiada upaya untuk menghampiri setiap jiran terdekat yang berada di taman kita ini.

Maafkan saya Fauzi, dan maafkan saya jiran tetangga semua.

Ameen.

Al-Fatihah

Latiff Hariri
1848 10102013
Sungai Petani

Tuesday, 8 October 2013

Ipoh Kali Kedua

Sekembalinya dari Sandakan, saya menerima pesanan ringkas dari rakan Darjah 1 saya ni. Katanya nak bertandang lagi ke SP. Jadi , saya yang suka tidur awal ni pun besedia sepenuhnya lagi untuk membiasa diri tidur lewat.

17 September 2013

Ismail Talib = rakan darjah 1 dan 2 saya di SRJK(I) Lenggong . Dia pakar kayu kayuan dan perubatan Islam

Malam tu, tidur melepasi pukul 12 malam.

Dam kemudianya , sekitar Jumaat 20 haribulan, saya menerima jemputan kahwin dari mantan rakan sepejabat saya diawal permulaan kerjaya saya di Kuala Lumpur dahulu. Tarikhnya Sabtu 21 September. Saya dah siap manalipon rakan rakan lama sekitar 1982 dahulu untuk bertemu nanti......tetapi, tak semena mena, ada panggilan masuk yang memberitahu akan musibah kecil yang melanda rakan sepermainan saya sekitar 1970 dahulu.....

Jadi, yang mana harus saya dahulukan?

Perjalanan pagi Sabtu ini saya lewatka gara gara memenuhi permintaan rakan saya ini,  supaya memasuki Bandar Taiping terlebih dahulu sebelum ke Ipoh.

Lamalah jugak kami melepak di rumah beliau.

Kami guna sebuah kenderaan sahaja untuk ke Ipoh. Tiba pun setepatnya jam 430 petang, waktu melawat.

Tapi, bilik Rawatan Rapi hanya dibuka jam 530 petang, jadi melepaklah sejam.


Pekena saorang segelas air tebu di Kafe Hospital Bainun.

Sekitar jam 510 abang Man dan Faridah pun sampai..

Jadi riuhlah diluar ruang menunggu ni.

Sepupu sepapat Saiful Anwar(OE81)

Kami menziarahi Khairi Anwar Md Ali, abang kepada Saiful. Walaupun saya seangkatan dengan Saiful, saya hanya rapat dengan beliau ketika usia 8 tahun bila Saiful berpindah ke SRJK(I), sedangkan Khairi Anwar sudah saya kenal seawal 1969 lagi ketika usia 5 tahun.

Dapta memasuki kamar Rawatan Rapi, dan dapat berbual dengan Khairi seketika. Saya  rasa beliau mamai.

Sehingga jam 6 kami pun bergerak pulang.

Itupun setelah satu perjanjian untuk minum petang diadakan di Jalan Kuala Kangsar , sebelum memasuki PLUS.

Awie dan Abang Man

Pekena saorang secawan teh dan sepinggan mihun.

Perjalanan kami teruskan sekitar 650 petang. Memasuki hiway Plus , langsung ke Taiping. Berehat seketika di rumah sahabat kita ni untuk solat , dam mencari dimana tersalah letaknya dompet beliau sehingga menjadikan Pemandu sepanjang jalan ke Ipoh-Taiping ini. 

Orang banyak memikir macam tu lah.

Kami bergerak pulang sekitar 9 malam. Perjalanan lancar dan hanya memasuki rumah sekitar 11 malam, sebaik kami 'Supper' berhampiran Tol SP Selatan.

Latiff Hariri
2048 08102013
Sungai Petani

Sunday, 6 October 2013

16 september di Sandakan

Hari ini 16 september, genap 365 hari pemergian Emak.........Al-Fatihah.

Walaupun tidur lewat, bangunnya tetap awal. Tapi, santai lah. Pagi ni saya tak nak ganggu Wan dan Osman..

Tapi, rupanya Osman yang paling awal bersiap. Siap dia sediakan sarapan pagi untuk kami berdua lagi. Sehat macam ni bila ada kawan kawan yang minat ke dapur seperti saya.

Jadi pagi tu kami bergerak sekitar pukul 10 menuju ke Lapangan Terbang Sandakan. Jangkaannya sekitar 1030 hingga 11 pagi, ketibaan Noor Aqilah dari Kuala Lumpur.


Pukul 1130 baru keluar......

Jadi, sebaik Noor Aqilah tiba, katanya, mahu mengekori abahnya. Terus dihantar beg ke rumah, dan kami terus makan tengahari bersama. Dah pukul 12 lebih pun.

Memang selera Sabah ni susah nak masuk ketekak saya. Sesekali tu boleh lah. Walaupun, mesakan ala ala Semenanjung, rasanya tetap Sabah! Hehehe

Kami ke Pasar Awan Sandakan dan saya dan Noor Aqilah biarkan Osman dan Wan bebas berbelanja. Kami berdua tunggu dalam kereta aje.

Akhirnya pekena saorang setin air bergas dengan Osman. Wan masih sakan berbelanja,

Pulang ke rumah sekitar pukul 3. Waktu ini Osman yang bergelut membungkus kotak untuk dititip kedalam perut pesawat. Saya lepak aje. Saya dah biasa dengan Osman ni, dia memang kemas bila melakukan sesuatu pekerjaan.

Wan lepak aje....dua kotak dah siap penuh dengan rumpai laut, serta satu kotak panjang penuh dengan parang.

Lepak aje, sedangkan saya sambung lena di bilik atas.

Sekitar Maghrib , 605 petang, kami sudah siap semuanya. Dan bergerak didalam hujan lebat menuju kerumah Abang Bacho untuk mengucapkan selamat tinggal.

Siap ' check-in' sekitar 715 malam. 

Tak tahu nak buat apa, terlalu awal. Kereta sewa sudah saya serahkan kepada pemilik di ruang legar Lapangan Terbang tadi.

Tiba -tiba muncul Abang Bacho sekeluarga....jadi peneman makan malam kami.

Kafe Asian Delight.

Alhamdullillah... semua kenalan saya adalah kenalan rakan rakan saya jugak.

Abang Bacho, Wan, saya, Ala dan Qursiah.

Kami ucapkan selamat tinggal sekitar 830 malam. Kami antara yang terakhir memasuki ruang pelepasan. Tak tergesa gesa pun sebab semua bujang, kalau ada anak anak, saya yang paling kalut.

Penerbangannya terlewat 20 minit, tetapi ketibaan di LCCT KL tetap mengikut jadual. Pengemudianya rempit.

Pada awalnya Osman disebelah saya, sekitar setengah jam penerbangan satu barisan 3 kesuri yang kosong dibelakang menjadi katil beliau

Kami tiba LCCT 1145 minit malam, 5 minit awal dari jadual. Saya tergesa gesa meninggalkan mereka berdua kerana harus ke KLIA untuk mencari Proton Saga biru saya, yang Aqilah tinggalkan di subuh Isnin 16 September, sedangkan sekarang ini sudah memasuki 17 September. 

Bertanyakan petugas dimana letaknya tapak perkir yang bernobor siri itu, akhirnya sekitar 20 minit mencari, saya teramat lega......

Memandu semula ke LCCT, Osman dan Wan sudah tak senang duduk bila sekitar 1 pagi bayang saya masih belum kelihatan.

Disini tersoroknya kereta biru saya.

Pemanduan oleh Osman lagi, menuju ke Bandar Tun Hussein Onn, dan sekitar pukul 2 malam, saya menerajui pemanduan ke Utara walaupun Wan merayu mahu memandu ....tapi, akhirnya saya mengalah di hentian Rawang. Memang teramat mengantuk pun.

Saya hanya sedar seketika bila Wan berhenti mengisi minyak di Bukit Merah...dan seterusnya Azan Subuh di Tol Juru. Lajunya!!

Saya tiba dirumah setepatnya jan 7 pagi Selasa 17 September. Kununnya hendak ke kebun, tapi.......

Latiff Hariri
1958 05102013
Sungai Petani

Thursday, 3 October 2013

Akaun Kebun September 2013

Buah pisang pagi Sabtu 28 haribulan September, saya terlepas pandang..., jadi, jadi habuan perut sendirilah.

Bulan September ini sepatutnya saya berkapasiti penuh untuk mengerjakan kebun saya ini. Tapi, saya masih beralasan untuk menidakkan tenaga saya ini. Saya mungkin terasa malas, mungkin juga letih melihat pokok pokok pisang yang semakin layu dek kerana kemarau yang berpanjangan itu.....

Mungkin juga seronok nak bercuti dengan rakan rakan saya ke Sandakan tempohari. Itu semua alasan yang boleh saya rekacipta untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Ini hasilnya kebun saya untuk September 2013:=
  
Serai   15kg                                        RM  21.50
Berangan 17 Mayang @146.10kg    RM265.40
Emas           4 Mayang @ 29.80kg    RM  53.30
Awak         10 Mayang @  93.00kg   RM103.60
Nangka      7  Mayang @ 59.60kg    RM  53.00

Jumlah                                                RM496.80  (49.68%, kira gagal)

Selain itu , bulan ini juga saya banyak berjalan jalan dihujung minggu. Dua minggu berturut turut ke Ipoh, selain ke Sandakan. Kira bila berjalan ni, kebun terpaksa saya abaikanlah. 

Apa yang baik adalah dariNya, yang tak baik itu atas kemalasan saya sendiri. 

Syukur atas nikmatMu.

Latiff Hariri
1948 29092013
Sungai Petani