I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Bee Gees
Saturday, 3 April 2010
PULAU BUNTING, KEDAH DARUL SEJAHTERA
View Larger Map
Kepada yang menanya, Pulau Bunting ni kat daerah mana, ini petanya. Keluar tol Gurun, terus ke arah Guar Chempedak, guna jalan negeri K146 dari Guar Chempedak ke arah Yan, belok ke Kanan Jalan Negeri K142 hingga melepasi Kampung Kuala Dulang Kechil, anda lihat ada simpang kekiri, masuk kearah itu, bila jalan itu menyusuri pantai, kira jalan ke Gerik tahun 1960 pun lagi lawalah!! Lihat peta, ada perkataan Yan diatas laut, itulah Pulau Bunting.
Jaraknya dari rumah saya dalam 60km, kami kena kelilingi Gunung Jerai, dan menyusuri pantai untuk sampai kesini.Kami bergerak jam 1600, dan tiba di destinasi jam 1720 di tapak jambatan Pulau Bunting.
Ternyata saya silap, sebenarnya jambatan dibina dari Yan menuju ke Pulau Bunting, dan bukannya ke pulau di Indonesia, sepertimana penulisan saya terdahulu.
Dalam Google , tengok jalan mcm cantik aje, sebenarnya hampeh. Mereka buat projek tanpa mendapat kelulusan, buat dulu, akhirnya projek tak mendapat restu rakyat, tinggalkan aje sampah kat Kedah Sejahtera.
Jarak ke Pulau Bunting , ikut kiraan meter basikal ni, tepat 2km. Ada papan tanda tak benarkan memancing diatas jambatan kununnyalah, tapi.......
Cantikkan Pulau Bunting. Tiada jalan raya disini, hanya lorong denai.
Dari bawah jambatan tepi kiri mengadap Yan
Dengan Izzuddin
Dengan Zulkifli
Pulau batu karang
Pulau Bunting dari tengah Jambatan, kira kira 0.5km kearah Pulau
Besi solid tu!!
Pemandangan kearah Yan
Indahnya Pulau Bunting yang masih dara, dan mahu dikomersialkan oleh mereka yang rakus dibawah naungan DK & S.
Lenjun.... menuruni tengah jambatan , kira kira 1.5km kearah pantai Yan.
Beginilah indahnya Kedah Gemilang dan disambung tadbir Kedah Sejahtera. Saya bukan kontraktor atau Jurutera JKR, tapi dari congak saya dan Zul, kami anggarkkan kos pembinaan melebihi RM25juta. Kalau salah, dah mahukan saya dapatkan fakta, insyaallah, saya akan sahut dengan bertemu dengan pakar di JKR negeri Kedah.
Bayangkan kalau betul RM25juta, 1000 rumah kos rendah dapat dibina untuk gemilangkan lagi negeri Kedah ni.
Dalam saya seronok nak tengok 'keindahan' Kedah Gemilang ni, saya terlupa , di SP pun ada jugak jambatan begini, nanti saya fotokan.
Latiff Hariri
0910 04042010
Sungai Petani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kOs 7 bilOn brO
Salam.... baruni saya naik ke gunung jerai, memang cantik dr atas dan tergerak hati nk pergi ke sana. Dalam hati terbayangkan pulau ni ada chalet...rupanya tisda yer..
Salam...
Kos jambatan RM120 juta pada tahun 2004. Yang 7 billion memang ada disebut dalam satu website tapi rasanya tak logik lah.
Mengapa ada jambatan ni ada sejarahnya... yang lebih dahulu lagi sebelum adanya idea nak jadikan kawasan ni pusat industri petrokimia sdb-nya. Tanya otai-otai TNB... sebenarnya Pulau Bunting ni pada tahun 90an dulu telah di'earmark' sebagai tapak stesen janakuasa elektrik tapi tak jadi dan telah di'privatize' dan dipindahkan... yang sekarang ni di Tanjung Bin, Johor.
Rasanya plan tu tak lah mati lagi... ada simpan dalam fail. Bakun dulu ingat mati jugak kan tapi last2 idup jugak...
Wallahualam.
Pernah mancing kat sini tak...
Macm best je...
Bape panjang jambatan ni
Post a Comment