Bee Gees

Monday, 9 May 2011

Semalam di Malaysia (II)


Sedari kecil , seawal umur 6 tahun , saya sudah mengenali nama nama besar, seperti penyanyi ini. Tapi kalau umur 6 tahun, mana ada kumpulan D'lloyd. Ya lah, tapi D'lloyd sebahagian yang mewarni minda telinga dan hati saya. D'lloyd dilahirkan ditahun 1976, semasa saya darjah 6.

Ia meletup secara tiba-tiba mengiringi kumpulan The Favourite Group dan Mercy. Mereka ini mewarna irama nusantara dengan irama Melayu Asli/Deli bersama irama pop.

Yang menjadi ingatan saya , suara penyanyi Veteren ini, yang saya kenal sekitar tahun 1970-1972. dan sudah tentu di Lenggong. Sudah tentu Datuk Ahmad Jais menjadi kegilaan, tertamanya anak anak gadis remaja waktu itu.

Suaranya nyaring dan bertenaga walaupun pada usia 70an.


Kali terakhir beliau bersama Istana Budaya pada tahun 2006, dan kini , sebagai artis jemputan, mengiringi D'lloyd.


Datuk Ahmad Jais seangkatan dengan AyahBonda saya, seakan berdiri bersama saorang ayah.

Konsert yang sepatutnya bermula pada pukul 830, tetapi tertunda hingga ka pukul 845 malam, gara gara menanti ketibaan Baginda Sultan Perlis, Penaung Istana Budaya.

Sekitar pukul 9.00 baru nyanyian pertama dari Datuk Ahmad Jais keudara. Memang tiada bezanya suara penyanyi veteran ini, masih mantap dan bertenaga. Datuk menyanyikan 4 lagu yang mana lagu akhirnya , Bahtera Merdeka yang menjadi hit sekitar tahun 70an dahulu.

Pada awalnya muzik yang dipimpin Saudara S Atan agak tenggelam. Saya perhatikan, S Atan terpaksa memberi isyarat kepada Penata Bunyi supaya manaikkan suara irama muzik. Mungkin pertama kali, atau, tak disengajakan? Sedangkan mereka sudah berraptai pada malam kelmarin bersama wartawan.

Namun bagi saya itu perkara kecil.

D'lloyd muncul dengan lagu pertama , SUDAH LAMA TAK JUMPA, sesuai untuk pertemuan yang sekian lama terpisah. Lagu SEPANJANG LORONG YANG GELAP berirama rancak, hingga saya turut sama menyanyikannya sambil dikuit Izzuddin supaya 'behave'. RINTIHAN HIDUP mengisah anak kecil yang miskin menjalani kehidupan untuk berjaya, dan ditutup oleh Yuhanny Fatmarida Susilo @ Yuyun dengan nyanyi vokal yang bertenaga, ENGKAU LAKSANA BULAN (Lagu P Ramlee)


Mereka tetap bersama, walaupun 2 rakan telah pergi buat selamanya, S Panggabean dan Reshamal Dengkel. Kumpulan ini tak pernah berpecah, hanya maut yang memisahkan, namun setiap yang pergi tetap ada penggantinya.

Seterusnya, CINTA HAMPA, TAK MUNGKIN, MENGAPA HARUS JUMPA, OH DIMANA, PANDANG-PANDANG, SEMALAM DI MALASIA, KHAYALAN PENYAIR . Dan disambung oleh Yuyun dengan lagu FATWA PUJANGGA.

Seterusnya ROCK & ROLL, APAKAH SALAHKU, TITIK NODA, NASIB.

Persembahan berakhir sekitar 1050malam, boleh dikatakan terlalu awal untuk sebuah band yang menjadi satu legenda kini. Tapi, kena ingat jugak, Sam sendiri sudah melepasi usia 65 tahun. Suaranya masih mantap, tapi tenaganya?

Maaflah, foto didalam Istana Buadaya tidak boleh dirakam. Jadi tiada foto persembahan mereka. Sekadar sesi bertemu peminat sekitar jam 1140 malam. Lewat dek kerana Baginda Sultan Perlis adakan sesi santapan bersama Baginda.



Lagu nyanyian mereka terlalu banyak, tetapi hanya 16 lagu yang dipersembahkan.


Saya agak terkilan kerana PR Istana Budaya gagal memberi tunjuk ajar protokol kepada D'LLOYD terutamanya Sam bila beliau cuba berinteraksi dengan Sultan Perlis. Sebagai penyanyi yang datang dari jauh, beliau begitu teruja untuk bertemu muka dengan Baginda, hingga sanggup turun dari pentas semata mata mahu mengadap Tuanku....tetapi, saya dengar dari mereka mereka yang hadir, reaksi Pengawal Peribadi agak keterlaluan dan tidak bersopan.

Irama muzik pun ada cacatnya, sekurang kurangnya ada dua kali dentuman yang datangnya dari pemain muzik orkestra S Atan semasa persembahan D'LLOYD. Dan Datuk Ahmad Jais gagal menghafal nyanyian duet bersama Sam.

Kesimpulannya, saya anggap, kurangnya raptai antara Orkestra/D'LLOYD dan Datuk Ahmad Jais. Dan kehadiran orkestra tidak diguna sepenuhnya. Kalau dibandingkan persembahan BLACK DOG BONE, jauh sekali dimana ketika itu 85% back-up muzik orkestra, sedangkan yang ini , saya anggar tidak melebihi 40%.

Saya bukan pengkritik muzik ek, hahaha.



Berce dan Yuyun sudah mula duduk, sedangkan Sam masih berinteraksi dengan peminat.


Pemain Bass Tooto, Bertje gitar utama


Yuyun, peniup flute menandatangani autograf untuk Roziah.

Sedangkan saya masih belum mahu beredar, masih mahu menyakat Sam..

'Pak Sam...., pak Sam tak nyanyi lagu ini....Kisah Saorang Gadis....." Sapa saya kepada Sam dan saya terus mengalunkan lagunya kepada Sam D'lloyd


"Kulihat saorang gadis manis......." mula saya mencabar Sam. Sam terpegun seketika tapi dia tak mengalah..


" Dia berjalan saorang diri....." Sam mula membalas. Yuyun dah mula senyum.


Akhirnya kami berduet " Sambil menundukkan mukanya, dan menitiskan air matanya...."
Pak Bartje Van Houten tersenyum mendengar duet ini.

Mbak Yuyun terus komen. " Wah, kamu ingat lirik lagu ini ya?"

Nak kata apa, ini nyanyian saya masa Tingkatan 2 bersama rakan sekelas 2A4 serta anak anak Polis Aulong masa itu terutamanya Husni Mokhtar.


Izzuddin pun dah kenal siapa D'LLOYD, siapa Bapak Sam, siapa Barcy dan siapa Yuyun.


"One Two... Yang dulu telah kau lupakan........." Ingat lagu Rock and Roll ini? Sempat kami bernyanyi mengiringi Sam.

Sebenarnya, ini konsert kedua Semalam di Malaysia. Tajuknya sepertimana yang pertama, sebab penaungnya Life Record, merupakan pengedar utama CD/VCD penyanyi Indonesia di Malaysia. Kisah yang pertama boleh dibaca disini

Kalaulah saya masih menetap di Shah Alam, sudah pasti tiga malam berturut turut saya akan bertandang ke Istana Budaya. Tak puas rasanya mendengar alunan muzik dialam remaja ini.

Terima Kasih D'LLOYD. Remaja saya dipenuhi warna dari irama muzik anda!!


Latiff Hariri
2117 07052011
Sungai Petani

2 comments:

Daud Khan said...

excellent collection

Unknown said...

TQ Daud Khan