Bee Gees

Friday, 25 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Selamat Tinggal Bukit Tinggi

Subuh di Bukit Tinggi, azannya dua kali. Yang pertama mengerakkan umat bangun untuk bersedia solat. Yang kedua , benar benar waktu solat subuh.

Itu yang saya dengar dari perbualan kedua dua Ustaz ini. Mereka bersoal jawab sesama mereka samada , sudah masuk waktunya subuh, sedangkan waktu di jam tangan mereka mengikut WIBnya adalah sekitar 440 pagi, sedangkan subuhnya sekitar 510 pagi.

Tapi, apa apa pun saya pasti, Ustaz berdua ni berjemaah di Masjid berhampiran.

Mereka pulan ke kamar sekitar pukul 7 pagi. Ramai kenalan yang mereka buat agaknya di Masjid itu.

Sebaik mereka pulang, saya mengajak mereka naik keatas untuk pemandangan indah.


Atas bumbung ni nampak keindahan gunung Merapi dan Gunung Singgalang. Yang ini Gunung Singgalang, berkabus.

Selesai berfoto, kami terus bersarapan sekitar pukul 730 pagi. Tak ramai tamu pagi ini.





Dan Si Roni dan isterinya, Si Ojha sudah menanti di kaunter hadapan untuk sesi fotografi.

Abang Ned dan Uztaz Kamal akan ke Pagarruyung bersama Roni, sedangkan saya dan Izzuddin akan berangkat pulang ke Padang bersama si Ad.


Roni bersebalan Ustaz Kamal, disisi Ojha.








Abang Ned dan Ustaz Kamal bergerak ke Pagarruyung sekitar pukul 830 pagi, sedangkan saya dan Izzudin menapak ke Pasar Atas untuk membeli ole olenya sebelum pulang.



Avanza yang dipandu Roni

Selesai saya membeli sebarang dua tiga helai pakaian busana Muslimnya, kami pun bergerak meninggalkan kota Bukit Tinggi.

Si Ad mencadangkan saya berhenti seketika di Museum Minang yang terletak di Padang Panjang. Saya memang tidak pernah kesini, ini adalah yang pertama. Ok jugak, menarik, menambahkan pengetahuan saya tentang budaya Minang ni.


Pegawai Dinas yang mengiring saya dan memberi penerangan tentang segala aspek kebudayaan Minang dan adat pepatihnya.

Beliau tidak menafikan bahawa adat ini masih digunapakai hingga kini. Banyak yang saya persoalkan tentang ketidakadilan adat ini, dan beliau pun tidak menafikan, tetapi, ianya sudah sebati.......

Suku Chaniago - Ini suku Minang keturunan emak saya! Lihat bentuk rumah Gadangnya.

Terdapat 7 kamar utama di museum ini, yang mana setiap anak yang berkeluarga akan menginap disetiap bilik yang tersedia. Apabila tiba giliran anak yang kecil atau bongsu untuk mendirikan rumahtangga, yang tua di'persilakan' keluar mendirikan rumah sendiri.

Tiangnya senget......, tapi itulah keistimewaan seni pembinaan rumah Gadang Minang ini, supaya kukuh kiranya dilanda gempa.


Kalau guna simen, nak juga saya bina sebuah di Sungai petani. kalau kayu, tak mampu rasanya. Nak bina mampu, tapi nak menjaga kayu supaya tahan selamanya, itu yang susah.

Kami bergerak sekitar pukul 1230 tengahari menuruni lereng gunung mengarah ke Padang.

Jambatan keretapi yang suatu masa dahulu digunakan untuk membawa arang batu. Tetapi semenjak gempa bumi sekitar 2009, kegunaannya tertutup hingga kini.

Salah satu selekoh yang terdapat di pergunungan ini. Kami tiba di pinggir Kota Padang sekitar pukul 2 petang. Terus berhenti untuk mengalas perut dengan makan tengaharinya.



Salah satu gerai ikan bakar yang saya kira, rugi jika tidak berhenti makan disini.

Terus bergerak mencari cari hotel penmginapan kami berdua. Rupanya si Ad sudah mempunyai aturan caranya sendiri.

Saya ikut ajelah.


Latiff Hariri
1850 25112011
Sungai Petani

No comments: