Soto jugak jadi hidangan pagi ini
Naik teksi RM30.00., sekitar 25 minit.
Dalam pejabat LIGS di tingakat 3, Bangunan Wisma Pertanian Negeri Sabah
Untuk kenangan yang kami sudah ke sini.
Nak jimat duit, kami nak bas sahaja untuk pulang ke hotel. Tambang RM1.20 saorang.
Naik bas penyokong kuat Arsenal
Jety untuk ke Pulau Gaya dan pulau pulau sekitaran.
Anak anak Kota Kinabalu yang bersekolah di Pulau Gaya, pelik jugak ni.
Sekitar 1 lebih baru saya bergerak ke pasar basah untuk melihat jualan ikan ikannya.
Ketam Nipah , saya tak makan ketam jenis ini, tapi Najib teruja. Yang paling besar harganya RM10.00/kg, yang termurah RM6/kg
Udang yang menjadi kegilaan saya. Yang besar tu RM75/kg, yang plastik merah RM55/kg, saya beli sekilo untuk dibawa balik ke Semenanjung.
Selisip atau selisih. Kalau saya ada dapur , harus saya gulai lemak cili padikan spesis kepah ini.
Jalan sesak rupanya, lama jugak menanti teksi, dan hanya dapat sekitar 615 petang, dan tiba sekitar 7 malam. Sempat makan mihun sepinggan dikongsi berdua.
Cek in seawal pukul 7 malam.
Perjalanan nyaman, cuma kerusi berdiri tegak tanpa boleh diturunkan menyandar, macam naik bas pencen aje, sebab barisan pintu kecemasan berada dilorong belakang seat kami.
Jangan duduk barisan 11 kalau naik AirAsia, memang menyakitkan.
Ingatkan kami dah terlewat, tapi pesawat yang terlewat.
Sekitar 820 baru kami dipanggil beratur untuk ke pesawat
Siannya dia...
Betul betul menjejakkan kaki di LCCT sekitar 11 malam.
Perjalanan dipandu saya sepanjang permulaan dari Salak Tinggi hingga ke Tapah. Kena saorang secawan kopi sekitar setengah jam, dan teraju seterusnya dimulakan oleh Najib. Saya tidur tidur ayam.
Kami tiba di rumah sekitar 430 pagi.
Letih dan mengantuk. Sebab itu saya ambil cuti sehari lagi bagi merehatkan tubuh.
Latiff Hariri
2038 24032012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment