Bee Gees

Monday, 1 March 2010

JALAN JALAN CARI KAWAN

Selesai solat Jumaat dan kenduri Maulidur-Rasul, baru saya dapat bergerak. Kejiranan harus dijaga. Sepanjang jalan , bermula dari Taiping hingga ke Rawang, hujan tak berhenti. Kami hanya berhenti isi minyak berhampiran Simpang Pulai , itupun dah ada 3-4 kemalangan kereta terbabas, gara gara memandu laju ketika hujan.Nasihat saya, secanggih mana kenderaan anda, bila hujan, pastikan dibawah 80km per/jam . Melihat kenderaan yang terbabit, bukan calang calang jenama, M/Benz, Honda Civic, semua model terkini.

Kami tiba KL jam 815 malam , langsung 'dinner' di Ampang Park sebelum ke Bandar Hussein Onn.

Perassan 'excited untuk bertemu rakan rakan, siap remind rakan rakan lain yang berada di KL supaya 'on stand-by' mode , tak perlu kalut 'prepare untuk pertemuan, memadai secawan teh tarik di gerai mamak . Tapi, bukan hanya kami yang teruja, tengok ajelah makanan sarapan pagi ini.....


Kuih kundas bercicahkan kuah kacang dan roti labu, buatan sendiri lagi, menjadi hidangan sarapan kami di Shah Alam. Panjang cerita, dan betullah. Nora sekelas dgn Roziah di 5sc1 SM Convent Taiping, 1981 . Bila orang perempuan berjumpa, kita tak payah masuk campur, duk jauh jauh aje.




Kuih kundas, silakan. Sarapan pagi tu, kalau Faridah ada, selesai ni....hehehe.



Baru bertemu pertama kali selepas meninggalkan 5Sc1 SM Convent Taiping, lebih 29 tahun.

Rencana hari Sabtu dah diatur, tetapi bertukar disaat akhir, ajak Nora ke Ampang cari
'baby cute' yang tiba tiba boleh muncul di KL sepertimana kemunculan kami malam tadi.
Jadi, gemparlah jugak si Nora bertemu si Faridah selepas lebih 30 tahun berpisah.
Kisah kenakalan di SMDA dan rahsia 'sensasi' kisah cinta lama, hahaha.

Dalam jam 130 ptg, kami bawa Faridah bersama ke Kuala Lumpur, cadangnya makan tengahari, tetapi ditolak semua, jadi fikir punya fikir, hm, ke area Pandan Indah. Talipon dia, syukur dia ada, terus kerumah rakan SRJK ni. Bila ada lagi saorang kawan lelaki, tak lah saya terasa janggal bawa berjalan 3 Mak Dara Pinggitan ni. Punyalah lama bersembang , rupanya Ramli pun dah pernah dioperasikan pada bahagian jantungnya, tetapi tidaklah serius sangat, cuma kosnya yang'serius'!! Ketawa dan tersnyum menjadi halwa disetiap ungkitan kisah remaja. Memang u all(SRJK/SMDA) kena duduk semeja dalam dewan SMDA Syawal tahun ni, itu yang Asri, Cikgu Manan, Nora, Amnah, Zahari, Ramli, Faridah setujukan.

Mini Reunion pada 5 June 2010 di rumah Faridah sempena menyambut Menantu beliau, pastikan semua yang dekat hadir jam 4 petang. Ini bukan jemputan saya, tetapi Faridah.



Sembang santai di rumah Ramli



Zaharah(isteri Ramli), Faridah, Nora dan Roziah
Latiff dan Ramil
Taman Kencana, Pandan Indah, Ampang.



Tiga Mak Dara Pinggitan




Ini tempat biasa yg saya suka bawa kawan taulan makan . Al Rawsha Restoran, dibelakang Balai Polis tepi Ampang Park tu. Sayangnya Faridah dah kalut balik rumah adiknya , kena masak air.....



Bersama abang Din, dan anak bongsu Norlela. Ingat tak kawan kita Norlela ni, masa SRJK(I)? Ruginya dia tiada dirumah waktu kami tiba di Putrajaya.

Tiba di Shah Alam jam845 mlm, selepas tinggalkan Nora di rumahnya, kami teruskan acara makan malam bersama anak kami yang di ITM tu, sebelum kami pulang ke Bandar Tun Hussein Onn.

Ucapan terima kasih kepada Ramli, Faridah , Nora, yang menjadi 'tuan rumah' yang menyerikan hari kami. Jugak kepada Asri, Ismail, Zahari, Norma, Rosmah dan Jefry, yang sering berhubung melalui saya/Nora/Faridah sepanjang pertemuan kali ini.

Agak ralat, tak dapat mengusap kepala anak anak yatim tu...




Datuk Harun Din Al-Hafiz memeluk saorang waris beliau sebaik tiba di KLIA.Dah berselang tetamu yg bersalam, Izzuddin pun tak lepaskan peluang sama. Untuk rekod, ini kali kedua beliau bersalaman dgn Datuk Harun Din, yang pertama semasa perasmian Sekolah Tahfiz Al Amin, Sungai Layar, Sungai Petani, diawal peralihan kuasa Kerajaan Negeri Kedah.


2 Haji Kecil, Haji Akmal dan Haji Rahman..welcome home


Makan malam disediakan untuk kami, sedap pulak mee mlm ni.


Foto Keluarga abang Halim & Normah, Latif & Roziah. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami .

Tersenyum puas dalam lena malam tadi.Jadi betul tak 6 orang, (5 SRJK, 4 SMDA, 2 Convent, 1 KE)


Latiff Hariri
1010am 01032010
Sungai Petani

No comments: