Bee Gees

Tuesday, 14 September 2010

Susun Rumah - Babak Kedua

Pagi Raya kedua , temujanji diatur lewat SMS sahaja dengan dua rakan sekampung ni. Saya pun baru tahu yang rakan lagi saorang ni , rupanya sudah berkampung di Padang Rengas jugak sejak kematian Ayah beliau. Itupun melalui FB.

Tepat sekali "kepulangan untuk kebaikan' beliau setelah bertahun di Tanah British tu.

Setelah dipersetujui kedua dua mereka, saya berada tepat dihadapan Balai Polis Padang Rengas, jam 915 pagi, untuk ' pick up' Hatta, dan kami berenam terus kerumah rakan ini. Hatta rumahnya di depan Balai Polis, sedangkan rakan ini di tepi Balai Polis, kira berjalan kaki pun boleh.

Pertama kali berjumpa semlua pada 'Sesudah 23 tahun ', reunion batch SPM 1981 .

Suzaili pernah bertandang dan berdinner di rumah kami di Sungai Petani sebelum berangkat ke England untuk bersama isteri dan anak anak beliau di sana.














Suzaili Shaari, Hatta Ghazali dan Latiff Hariri. Syawal 1431H/2010

Selesai di rumah Suzaili pun sudah menghampiri jam 1020 pagi.

Kami ke tanah perkuburan , menziarahi pusara bonda Hatta . Anak anak tetap terkenang.














Ayahanda Ghazali, bersama anak menantu, dan cucu cucu Hariri. Adik kepada Pakcik Ghazali juga duduk setaman dengan rumah Emak di Taman Sri Kota, Taiping.

Kami bergerak meningggal Padang Rengas menuju ke Lenggong jam 1140 pagi.

Bertandang ke rumah Cu, pangkat emak kepada Roziah.

Cu menginap di Banggol Batu, dan merupakan saudara jauh kepada Arwah Ayah Abd Kadir.
Asal usul mereka dari utara jugak.
















Cu dengan Aqilah dan Faiqah

Perjalanan seterusnya ke Kg Bukit Nangka, kawan yang sorang ni ajak makan tengahari berlaukkan Ulam Pucuk Kayu sahaja.

Tiba disini menghampiri jam 1300, dan terus menjamu selera dengan hidangan yang telah tersedia.

Gulai lemak ikan sungai, gulai lemak jantung pisang, kari ikan masin, ulam ulaman.

Fuh!! Power! Terlupa , yang ada lagi rumah yang harus diatur selepas ini















Adik dan emak Shamsiah sedang menyediakan rempah ratus buatan sendiri untuk dibawa pulang serta untuk masakan perniagaan emak di sisi rumah.















Shamsiah dan Roziah, dua runner SRJK(I) 1976 .

Seterusnya ke arah Gelok kerumah kawan lama ni, Hasnah .

Disini pun tak kurang hebatnya, nak kata nasi beriayani pun tidak, nasi tomato pun bukan. Memang langkah kanan kami hari ini.














Kami mengapit Hasnah dan Hadi, suami Hasnah.














Kami sebak tengok tapak rumah lama kami ni!

Seterusnya ke rumah Kak Midah Putih di Kampung Sira, memang acara tetap setiap Hari Syawal ni.














Roziah dan Kak Midah

Melalui Kak Midah, dah tercanang yang si Zam, adik Syaiful buat BBQ dirumah untuk jemputan rakan rakan persekolahan beliau.

Pertama kali jugak, dapat bertemu dengan Syaiful, yang jarang jarang saya jumpa setiap Syawal, kerana beliau hanya pulang sekejap sekejap aje. Kira kali ni memang langkah kananlah.

Punyalah ramai tamu. Kak Lin pun ada. Kak Liza , anak Pak Teh Ghazali pun ada. Last jumpa Kak Liza masa form 2 atau form 3 di rumah Pak Teh di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Masa tu saya hanya berbasikal aje dari Ampang Jaya.

Kak Yah( sepatutnya Mak Yah) , makcik Shaiful yang duduk di belakang kebun rumah pun datang bertandang dari Kg Tersusun Ipoh. Ternyata beliau masih mengingati 'Boy' .

" Masa tu, Boy ni comel sangat sangat" komen kak Yah.

Nak tergelak pun ada. Blush pun ada.
















Suami Kak Liza, , Shaiful dan saya.














Mak Bie(sepatutnya Nenek Bie) dan Roziah dan anak anak.

Kami lebih mesra panggil Mak Bie sebab dari kecil dah guna panggillan itu. Masa tu Kak Lin dan Khairi dibawah jagaan Mak Bie, nenek mereka. Dan mereka membahasakan Emak kepada Nenek mereka. Mak Bie dah 84 tahun!

Masa mengarah ke pekan Lenggong ni, memang dah nampak , tingkap atas rumah terbuka luas.
Sah Manan ada di rumah. Saya tahu mini reunion rakan rakan SMDA malam tadi, tapi tak pasti berapa ramai yang hadir. Bila berjumpa Shamsiah baru tahu, memang ramai yang hadir.

Tahniah angkatan SPM 1981 SMDA














Dua keluarga berRaya.

Arah seterusnya, ke rumah Sorala dan Mazlan, di Bandar Baharu, Lenggong.

Tak sah kalau tak menggoreng, setiap kali bertandang ke rumah Sorala.














Bersembang.mengadap TV dan cerita kisah lama.

Melalui Mazlan, rakan rakan India SMDA sudah beliau temui dan kemaskini dimana mereka berada. Nama seperti Ragawan sudah ditemui.

Kami keluar dari rumah Sorala pun dah menghampiri jam 1850 petang. Jalan agak sesak sepanjang kearah Lubuk Merbau.

Tiba di Padang Rengas bertepatan azan Maghrib. Dan kami langkah kanan lagi, bila rakan ni memberi lampu hijau yang beliau baru tiba dari Teluk Intan.















BerSyawal di rumah Nora . Rumah ke sepuloh yang terakhir untuk Syawal kedua ni.

Di rumah Emak pun dah menghampiri jam 2045.

Wizan pun dah call, dan dah bersms, supaya hadir untuk minum minum bersama seperti biasa di malam Syawal ni.

Seleszai mandi, terus keluar mengarah ke bandar Taiping, paling tepat, restoran mamak di tepi Pejabat Daerah dan Tanah Taiping. Sudah menanti Wizan, Nazir, Badrul dan Mustafa Ahmad rupanya. Saya yang kelima hadir diikuti Malek Iboi bersama istrinya.















Mus, Bad dan Azlin

Sebaik sahaja Malek tiba, Mus pulak mengundur diri untuk pulang ke Sauk, rumah mertuanya.














Nazir, Bad, Razak, Azlin dan Wizan.

Malek yang kedua mengundur diri, diikuti kehadiran Razak Yusof, rakan dari Johor ni.

Kami berborak hingga ke jam 0045 pagi. Kira dua kali 'order' minuman lah. Seronok ungkit cerita lama terutamanya kisah nakal sebahagian dari rakan rakan ni.


Acara 'bersahur' ni tamat jam 0045 pagi. Saya dah mula rasa seperti dilambung ombak.
Terus terang, saya jenis yang tidur awal, seawal jam 2200 .

Puas dan gembira terukir dihati saya, kira punya kira, hari ini sahaja melebihi 10 buah rumah yang saya kunjungi, dicampur Raya pertama, dah melebihi 20 rumah untuk Hari Syawal kedua ni. Nak buat rekod terbaru, jika boleh.

Rumah dah gelap. Cari ajelah penjuru mana nak lena.


Latiff Hariri
2128 14 September 2010
Sungai Petani

No comments: