I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Bee Gees
Saturday, 2 October 2010
Sesudah 28 Tahun
Salah, kalau saya katakan tidak merancang perjalanan ini.
Cuma hanya saya wartakan pada Khamis malam. Jumaat 011010 saya memang bercuti.
Tepat berita jam 8pagi di radio Klasik, kami bergerak . Saya hubungi emak di Taping, dan berjanji untuk singgah, bersarapan.
Jam 925 pagi kami tiba, rupanya emak dan Zali baru sahaje keluar dari kereta menapak ke Restoran Bismillah ni. Jadi kami berlima lah.
Pekena saorang 2 keping roti, kira melepas rindulah ni
Kami bergerak jam 10 pagi terus ke Sungai Buloh, ke rumah Pakcik Rosli untuk berjumaat di sini.
Mendengar Imamnya berkhutbah, memang panas telinga puak sebelah sana. Disentuh tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati, Ratu Monggolia yang dibom dengan C4 tu, kes dadah bernilai R280juta yang ada unsur unsur rasuah puak PDRM. Ditegur Kastam DiRaja, Jabatan Imigresen dan JPJ.Bukan semua , tetapi segelintir wargakerja.
Panas dan tidak melenakan.
Tahniah Masjid Kubu Gajah!
Bergerak ke Shah Alam, dan terus ke Kuala Lumpur untuk beriadah pada malamnya.
Kira cuci mata dan tabur RM.
Saya tidak beritahu rakan rakan tentang perjalanan ini. Hanya mahu bersama anak anak. Tapi, ada juga yang saya bersms, cuma tidak mendapat balasan, jadi saya diamkan sahaja.
Kira dah menghampiri Maghrib, baru saya warwarkan kepada rakan yang saorang ini.
Tidak menghampakan, beliau setuju. Jadi saya aturkan semua ini tanpa pengatahuan Roziah.
Kami menapak ke KLCC yang terletak kira kira 400m dari pansapuri ini.
Memang santai malam ini, siap berposing sambil menapak.
Ini foto terbaik yang Muhammad Izzuddin lakukan.
Kami memasuki KLCC dan mundar mandir. Saya dalam diam masih bersms dengan beliau, rupanya beliau hanya menaiki Putra train dr PJ-KLCC. Beliau terlebih dahulu sampai dan kami berjanji bertemu di tingkat atas KLCC .
Ternyata , untuk menjamu selera, harus beratur hampir di kesemua restoran disini.
Akhirnya , beliau memilih restoran masakan Thai, Chakri Palace. Dari jauh saya sudah melihat kelibat beliau, lalu mengarah Izzuddin supaya menyusul dahulu.
Izzuddin terus ke dalam Rastoran, sedangkan saya , Roziah dan Aqilah masih mundar mandir di tingkat yang sama.Hingga bila mereka menyedari kehilangan Izzuddin, baru saya mengarah ke tempat yang dituju, berpura pura mencari sama.
Kira risaulah jugak emaknya bila anak dah hilang ni.
Ini foto pertama yang dicuri rakam Izzuddin.
Kami masih di luar mencari cari, kununnyalah.
Setelah memperkenalkan diri kepada Auntie Ka Gee, Izzuddin teruskan aktiviti merakam foto kandid ni.
Saya terus masuk ke restoran, ternyata Ka Gee sibuk membuat pesanan makanan. Saya senyum aje, akhirnya, baru Roziah menghidu ada sesaorang yang menanti di meja makan, terlindung oleh pelayan restoran.
Yes, heboh dan kecuh lepas tu!!
Dah 28 tahun tak berjumpa ni! saya sengih aje kat belakang
Suami Ka Gee , Lai Keong masih dalam perjalanan dari pejabat beliau di Jalan Ampang, kira dekatlah. Kami teruskan perbualan.
Ya, saya setuju, saya lambat untuk 'mesra' dengan setiap kenalan yang pertama kali berjumpa.
Ka Gee tanya, mengapa saya serius sangat, sedangkan dalam SMS bukan main lagi gebangnya.
Memang begitu. Saya selalunya tunggu dan kaji suasana rakan sekeliling sebelum mencelah. Kiranya topik kena, dan sudah tahu rentak perbualan dari rakan, saya akan masuk jarumlah!
Kan saya dah sengih tu
Sementara menanti Lay Keong hadir, kami berceritalah. Baru saya tahu Ka Gee dulu di Hua Lian Taiping, dan sambung Tingkatan 6 di King Edward. Saya pernah bertemu Ka Gee masa Tingkatan 4 rasanya, tapi beliau agak 'blur' waktu itu dengan menyatakan adakah saya sesaorang, yang juga rakan SMDA beliau.
Bagaimana saya 'maintain' badan dan bertenaga dengan kayuhan saya, serta mangatur jadual harian saya dengan kerjaya dan aktiviti luar?
Paling senang , kalau anda sudah lebih 10 tahun bekerja di Kuala Lumpur, keluar rumah seawal subuh, dan pulang kerja selewat Maghrib. Menetap di daerah kecil atau bagi saya, kampung ni. tiada menjadi masaalah lagi.
Saya ambil mudah, tiada tekanan sehebat waktu menetap di Kuala Lumpur, yang sekarang ini saya ambil lewa sahaja. Mengapa harus susahkan diri, kerana kita hanya ada 9 tahun sahaja untuk jadi warga tua.
Akhirnya , lebih 15 minit, 'the other half' of Ka Gee sampai.
Ok, memang pasangan ideal.
Sepadan kan!?
Kami mulakan acara makan makan ni. Pertama kali duduk semeja bersama Ka Gee dan Lay Keong ni. Mungkin Roziah dah biasa makan bersama waktu SRJK dahulu.
Ka Gee kata saya nakal dahulu waktu darjah 1-2 dan suka 'membuli'
Ya, saya setuju, dan saya selalu terlepas dari tindakan Guru sebab saya Monitor kelas.
Baru Ka Gee tahu mengapa saya mulakan karier seawal tamat SPM dan mengapa kami berkahwin seawal usia 21 plus plus tu.
Hm , masakan disini sedap, saya pernah juga mamasuki restoran ini. Saya gemarkan masakan isi ketam yang di letakkan didalam kulit ketam tu.
Sambil makan, sambil berkisah kisah lama, serta isu menarik politik.
Now Ka Gee dah tahu , siapa 'siapa' di dalam jabatan 'itu', yang ternyata merupakan rakan Tingkatan 6 beliau waktu di King Edward dahulu.
Hebat dan 'dot dot dot' kan rakan rakan SM King Edward tu kan?
Saya belajar dengan rakan baik saya di Sungai Petani, Zaki, bagaimana cara menyelesaikan isu
nak belanja kawan kawan makan ni.
Pastikan selesai memesan makanan, 'excuse'kan diri anda sebentar, seakan akan mahu ke kamar kecil, settlekan bil telebih dahulu.
Selepas itu, rakan anda tiada hak persoalkan tindakan anda! Betul tak Ka Gee?
Satu pos istimewa dari 2 gadis sunti Lenggong 1976
Sambung lagi berborak di baranda KLCC sepanjang berjalan ke arah parkir kereta.
Rasanya tak puas berbicara disini dalam masa singkat ini. Saolah olah Ka Gee dan Roziah tak mahu berhenti bersembang. Terbawa bawa di luar restoran, saya kira 3 kali saya bersalamanan dgn suami Ka Gee diluar, selepas bersalaman semasa bangun dari meja makan.
Akhirnya kami berpisah jam 10mlm.
Kami berempat menapak ke MARC Apt#, kira kira 400meter dari KLCC.
Menara Kuala Lumpur waktu senja
Berlatar belakangkan, Menara Public Bank
Dari beranda tingkat 26 MARC Apt#.
Malam ni, tidur tak lena, sebab berubah tempat. Dan ada permainan mercun di samping Pangsapuri ini, mungkin ada sambutan pesta agaknya.
Terima Kasih Ka Gee & Lay Keong!
Ada yang nak jumpa kami lagi?
Latiff Hariri
1850 021010
MARC APT#, Jln Pinang, Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment