Bee Gees

Sunday, 16 January 2011

KELAHIRAN KE-34 , 19 RAMD MEKANIZE KEM LAPANGAN TERBANG

Saya ni, ada kalanya , terasa kerdil sangat, bila rakan rakan tentera ni menjemput saya hadir bersama meraikan acara ketenteraan ni. Nak hadir rasa segan, tak nak hadir, dah dijemput. Bukan apa, kita ni orang awam, jarang berhubung rapat dengan orang tentera ni. Tapi sejak mejak ni, saya semakin kerap berhubung dengan rakan rakan serta anak anak buah mereka, didalam tentera ini.

Bila Zawawi datang pada petang akhir 2010 lalu, saya memang tiada apa apa rencana untuk keesokkan harinya, jadi saya terima ajelah.

Saya dan Izzuddin tiba kedalam Kem Lapangan Terbang ni sekitar 755 pagi. Parkir kereta sudah hampir penuh. Selamba aje masuk kedalam Kem tanpa banyak soal jawab.

Kini saya dah pandai mencari dimana sudut yang sesuai untuk saya duduk dan meminta Izzuddin aktif merakam acara yang bermula sekitar jam 815 pagi ini.

Memang teruja melihat tentera berkawat.


Ini anak anak buah Lt Kol Fazal Abdul Rahman
































Mej Jen (B) Dato' Mohd Rozi Baharom, Mantan Panglima Tentera Darat Jen(B) Dato' Sri Che Md Noor Mat Arshad, disamping Pegawai Memerintah yang ke 19- 19 RAMD Mekanize, Lt Kol Fazal Abdul Rahman


Tabik hormat dari boss 19 RAMD kepada anak anak buah yang 'berkawad' dengan kereta perisai
Kenangan bersama ini tidak saya lepaskan untuk rakaman



Saya berkenalan dengan Lt Kol Sallahuddin dari Kem 6 Briged, Sungai Petani
Kedua duanya Pegawai Memerintah dan RSM yang pertama 19 RAMD tahun 1970an



















Tabik Hormat dari Pegawai pegawai Kanan 19 RAMD Mekanize


(Gambar dirakam disisi tempat duduk pemandu truck tentera)



Saya akhiri acara ini dengan foto keluarga besar 19 RAMD ini. Sebenarnya, masih banyak acara
selepas acara ini, tetapi keadaan tidak mengizinkan saya untuk hadir bersama.

Kami tinggalkan Kem sekitar pukul 10 pagi, dimana acara makan makan sedang dimulakan.
Terima Kasih atas jemputan ini, walaupun sedikit untuk kami kongsi bersama, tapi cukup bermakna untuk saya dan Izzuddin


Latiff Hariri
1004pg 160111
Sungai Petani

No comments: