Bee Gees

Sunday, 9 September 2012

Perjalanan Hidup.....

Saya menerima pesanan ringkas dari abang saya , mengatakan emak semakin kritikal, dan kini berada di Shah Alam.

Saya pun pelik jugak, emak kata tidak mahu bergerak kemana lagi, lebih selesa duduk di Ampang, rumah Kakak sulong saya.....

Tiada siapa yang boleh  mengahalang pegrgerakan saya bila berita kemasukan kali ketiga emak ke Hospital . Kali ini Darul Ehsan Medical Centre , Shah Alam

Selasa malam 4 haribulan, sebaik selesai solat Isyak, kami sekeluarga, tanpa Izzudin bergerak ke Kuala Lumpur. Dan berada betul betul disisi katil emak sekitar 120 pagi. Emak sudah tidur, hanya adik saya yang menunggu.

Ya, tidurnya terganggu dua tiga kali malam tu. Saya cuba membaca beberapa Surah AlQuran untuk menenangkan emak. Yang pertama, gagal saya habiskan, saya teruskan yang kedua, tenyata emak masih tidak lena sehingga jam 220 malam, bila beliau mengadu gatal gatal kaki, dan kepanasan. Mungkin gara gara sampingan kerana kekurangan gula dibadan beliau.

Dan terus lena tanpa apa apa gangguan sehingga sekitar 520 pagi, apabila kedenganran alunan lunak bacaaan AlQuran dari masjid Negeri Selangor itu.

Baru emak perasan akan kehadiran saya. Hanya saya berdua bersama adik saya, sedangkan keluarga saya sudah bermalam disalah sebuah rumah adik saya di Shah Alam juga.

Zali hanya dapat menyuap 3 sudu kueteow sup , emak tidak ada selera.

5 September 2012.

Emak tiada selera makan, dunianya saya anggap tunggang terbalik, kerana beliau tidak boleh duduk, inikan pula berdiri, hanya terbalik.

Sebaik Subuh, jururawat yang memeriksa memberitahu tahap gula 5.1, dan sekitar jam 11 pagi menurun ke 2.7 . Sedangkan tekanan darah 90/51 dan menurun lagi 82/42 .

Emak terus dibawa ke bilik Scan untuk pemeriksaan lanjut.

Ujian scan ultra sound dan yang lain lain itu, hanya dapat diketahui keputusannya sekitar lepas Asar. Saya tidak boleh menunggu lama, untungnya anak isteri mahu ditinggalkan di Shah Alam, dan saya boleh pulang sendirian ke Sungai Petani dengan menaiki bas.

Sempat rakan sekolah saya sdr Din Selamat , membelanja makan tengahari saya . Terima Kasih Din dan Osman/Zila yang sudi datang melawat emak disaat kritikal ini.

Saya bergerak pulang dengan menaiki bas dari Shah Alam/Kelang/SP sekitar 345 petang, dan tiba di SP sekitar 9 malam.

Malam ini juga, saya diberitakan , sebaik doktor memberi penerangan kepada adik abang saya tentang keputusan pemeriksaan siang tadi, emak terus ditukar ke kamar ICU. Hati saya dah tak keruan.......

Makan malam bertiga dengan Izzuddin dan Zul.

Esoknya Khamis, merupakan hari terakhir persekolahan untuk minggu ini, jadi saya benarkan Izzuddin sendirian menaiki bas ke Shah Alam sekitar 630 petang 6/9/12.


6 September 2012
Izzuddin bergerak sekitar 645 petang.

Saya sendirian malam ini dirumah, tetapi anak anak jiran ini pasti datang bertamu.

7 September 2012

Petang Jumaat saya bergerak sendirian ke Kuala Lumpur dengan memakir kereta disisi hentian bas Butterworth, dan menumpang bas yang masih ada kekosongan tempat duduk itu.

Malamnya menginap di rumah adik di Shah Alam, kerana, bila hujung minggu begini, ramai yang sedia untuk menemani emak di Hospital

Sabtu 8haribulan ini, sebaik saya memasuki kamar emak, emak sudah mahu dibawa kebawah untuk pemeriksaan Cityscan, dan saya menurunkan tandatangan tanda setuju bagi pihak Emak. Mendengan penerangan jururawat itu, membuat saya dan emak was was akan kesan sampingan yang bakal emak hadapi.

Pujukan dan nasihat doktor saya terima, dan anhirnya kami mengalah. Kami teruskan jua, itu pun bila abang dan adiik adik lain datang untuk bersama mendengar penerangan.

Emak berada didalam bilik Cityscan, dan kami dibenarkan melihat dari cermin diluar, serta skrin komputer yang merakam pergerakan mesin itu

Agak lama juga kami di lobi ini menunggu emak.

Emak ditolak semula menaiki lantai 5 untuk kekamar Separa Perhatian beliau. Sebenarnya, emak dah letih diperiksa begitu oleh jururawat dan doktor. emak mengeluh keletihan. Tapi apakah daya kami menghalang , demi kesihatan emak.

Dan emak juga mengeluh kerana terlalu ramai pelawat yang datang. Beliau tidak dapat berehat.....

Saya minta kan pengertian dari kesemua yang memahami.

Tapi, anak anak emak pun, yang ada ni pun sudah mencecah 12 orang, tidak termasuk cucu cucu, adik beradik emak, jiran kenalan emak. Emak senyum juga pada tetamu yang hadir, bersembang juga, bertanya khabar setiap tamu yang hadir......

Saya sekeluarga pun sudah 5 orang, biliknya kecil.....

Saya dan anak anak hanya dapat bersendirian dengan emak sekitar jam 3 hingga ke 4, Sabtu petang ini, itupun sudah ada yang datang, dan kami terpaksa meminta diri untuk pulang ke Sungai Petani.


Rahman melayan emak dengan teh o dan kek 'bodo' yang disediakan untuk minum petang emak.

Saya suka bila emak mula komplen itu ini, tentang ketidakselesaan beliau, maknanya emak sudah sihat.

Ramai yang kata begitu, sebab sebelum ini emak terlalu 'murung'.

Tapi dalam keadaan kesihatan emak yang mula meningkat, saya baca dari skrin komputer itu, tekanan darah sekitar 120/80, tapi tidak stabil, ada kala bacaannya mencecah 100/72 .....

Bergerak sekitar pukul 5 petang, kami makan tengahari di Sek 13 dan bergerak menuju ke Sungai Buloh untuk menziarahi salah saorang pakcik kesayangan saya ini. Berita tentang kesihatan Pakcik Rosli yang tidak mengizinkan ini pun saya terima dalam sehari dua ini, sedangkan Pakcik Rosli sudah terlantar melebihi 3-4 bulan yang lalu.


Pakcik Rosli Saam merupakan adik sepupu emak, beza usia mereka hanya setahun.

Saya ada kenangan perjalanan dengan pakcik Rosli ini suatu ketika dahulu. Dan kenangan beliau jatuh ke lurah pada malam itu, saya ungkit dan saya meminta maaf kerana gagal menjaga beliau dengan baik. 

Saya memohon maaf atas segala dosa yang saya lakukan sekiranya ada, kepada Pakcik Rosli, memeluk beliau dan mencium kedua pipi dan dahi beliau.

Pakcik Rosli senang bercerita, selera makan masih tinggi, cuma tidak dapat bergerak lagi , gara gara serangan jantung.

Berbagai perasaan timbul pada diri saya, apabila ramai yang terlantar, dan ada yang telah pergi, dan sengaja dirahsiakan dari pngetahuan saya, dan saya pun tidak mahu menceritakan kepada emak dalam suasana begini. 

Alfatihah untuk makcik saya itu.....kelembutan dan kedamaian wajah beliau selalu menjadi ingatan saya. Saya jua punya kisah perjalanan peribadi bersama makcik ini, yang saya kira, tak ramai keluarga seangkatan saya yang berkesempatan untuk bersama secara peribadi , sepertimana perjalanan saya dengan Pakcik Rosli itu dan makcik makcik saya ini, serta emak saya.

Kenangan abadi hidup saya.

Latiff Hariri
1058 09092012
Sungai Petani


No comments: