Bee Gees

Tuesday, 13 November 2012

Pertamakali Berangan....

Sepanjang minggu 3 November hingga 12 November ini, boleh dikatakan selang sehari sahaja saya ke kebun. Sekadar memeriksa samaada duriannya sudah gugur, dan mencantas daun daun kering pokok pisang ini.

Kalau penasihat/pengkiritik saya melihat akan foto ini, pasti perkataan ini akan terkeluar dari mulut beliau, "tahap gaban kebun ni!!"

Nak buat macam mana, kerja pagi ke petang, tak sempat nak jenguk kebun ni. Adakalanya , Sabtu kerja sekerat hari, petang dah hujan, mana nak sempat cerahkan kebun ini.

.
Petang Khamis 8 habribulan, berangan nak kemaskan sedkit kebun ini, tapi awan hitam berarak garang dari timur.

Tak sempat pun, sekadar 15 minit sahaja, hujan mula melanda.

Pisang Berangan sudah berputik. ini yang pertama.

Bila melihat kehijauan dan putik putik awal pohonan pisang ini, hati saya tersa lapang dan tenang. Tak susah membela anak anak pokok ini, sekadar meracun , mencantas daun, membaja sesekali, sudah memberikan hasil. 

Memamg ada berbual dengan penasihat/pengkiritik saya ini, " Tak perlu buat sifir yang besar, sekadar setandan RM10.00, berapa pokok pisang yang abang Latiff tanam? Itu soalan sifir mudah.

"Adalah dalam 200 pokok", saya membalas pantas.

"Kalau kitaran hayat serumpun pisang tu boleh pusing 3 kali, abang Latiff kira lah....", kata kata semangat dibakar untuk saya tiupkan apinya.

Huh!! Aku kaya ! Aku Kaya!!   Hahaha.

Dan pada petang jumaat ini juga, serentak 3 biji durian ini gugur dari dua pokok yang berbeza.


Malam minggunya pula, selain dari rumah saya dipenuhi ketiga tiga anak saya ini, hadir jug adik saya dari Pulau Pinang ni. Sesuai sangat dengan hidangan instimewa hari ini yang menjadi rezeki ramai, termasuk si Zul yang datang berbuah tangan untuk kami.

Amin dan Fatimah menjamah Nasi Beriani Kambing, berlaukkan dalca daging dan kurma daging, berbuahkan durian , untuk makan malam dimalam minggu ini.

Ikan Kertang - hasil jalaan si Zul bersama rakan rakannya. Saya tak pernah membeli ikan ini, hanya sekadar melihat sahaja di pasar tani itu. Tapi malam ini , saya diberitahu Zul yang ikan Kertang ini enak digoreng atau dibakar begitu sahaya.

Sekadar melahirkan keseronokan dihati, walaupun dihati masih tersayat kesedihan kisah kisah duka yang dilalui bersama Emak. Banyak kesilapan yang ada pada diri ini.

Latiff Hariri
0958 11112012
Sungai Petani



No comments: