Bee Gees

Wednesday, 13 March 2013

Konvesyen Fiqh Politik Islam 2013 (II)

Masih awal untuk Zuhur, tapi saya mengambil keputusan untuk lepak didalam Surau sahaja . 

Duduk bersila , brmain dengan 'maya' seketika, sambil melakukan tasbih mudah mengisi masa lapang.
Makanan tengahari telah kami jamah sebelum ke Surau ini. Menunya, Nasi Ayam. 



Menuggu Zuhur.

Saya kagum dengan anak anak IPTA ini, mereka tahu tugas, sebaik masuk waktu sesaorang melaungkan Azan , dan terus Imam dari sesama mereka menerajui Solat. Pantas, kerana di luar menanti sekumpulan tagi jemaah yang tidak dapat memenuhi surau ini secaraa serentak.

Jam 2 saya sudah di kerusi saya semula.



Dr Zaharuddin setia menuggu, walaupun beliau sudah selesai dengan kertas kerjanya.


Masih belum penuh hadirin....




Ustaz Roslan Mohamed dengan topik ' Musim Mengundi : Media, dipercayai atau Tidak dan
Apabila Bertembung Calun Muslim vs Non-Muslim.

Ustaz Roslan selesaaikan pembentangan sekitar 315 petang.

Diikuti dengan sesi Dialog dimana ahli panelnya adalah Ustaz Roslan Mohamed, Dr Maszlee Malik dan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. 


Ternyata Ustaz Roslan menerima soalan 'maut' dari hadirin tentang kisahnya TV3 itu, hehehe.

Terima kasih Ustaz Roslan, anda memang berhati hati menarik rambut didalam tepung itu.....

Sesi dialog ini memang menarik dengan gelak ketawa dan soalan maut yang sengaja dijolok oleh hadirin yang nakal. Dr Maszlee menceriakan suasana.



Berhenti Solat Asar dengan menu kuih dan air mineral.

Sekitar jam 5, tiba sesaorang yang memang mendapat perhatian kesemua hadirin

Dato 'Dr MAZA. 

Saya pun teruja untuk bersalaman dengan beliau



Dato'Dr Mohd Asri  Zaibnal Abidin dengan topik 1) Dakwah dan Siyaasah dan 2) Politik dan Prinsip

Memang menarik kupasan Dr Asri ini, beliau memang pakar yang serius tapi masih boleh bertolak ansur dengan pengkritik.


Muhammad Nassir Hanapi tak lepaskan peluang meraikan Dato Dr Mohd Asri


Saya pun sama, cuma rasa tak layak berdiri seiring dengan Ulamak besar ini.


Duduk diatas boleh tengok ajelah....hahaha.

Rehat Solat Maghrib sekitar 7 petang. Saya dah booking awal untuk Solat ini supaya dapat segerakan ke dewan Auditorium.

Malam ini makannya adalah nasi tomata sambal ayam masak merah. Ok ni!


Ini 'hero' lama yang saya nanti, hehehe. Memang macho Ustaz kesayangan ramai ni.


Sambil menanti acara bermula, dia boleh buat lawak lagi .....

Ustaz Azhar Idrus memulakan topik beliau sekitar 805 malam. 1) Hukum Mengundi dan Apa Erti Undi Anda, 2) Haruskah Tipu Daya dan Helah Ketika Pilihanraya 3) Undi kerana Hadiah.

Korang tahulah, UAI ni suka melawak 'merapu', jadi kami tak kering gusi. sesi soal jawab bersama beliau tetap ada, itu yang menarik tu.


Pelancaran Komik UAI oleh Dr Zahazan

UAI bergerak meninggalkan majlis sekitar 915 malam.

Rehat seketika menanti hadirnya ahli ahli Panel Forum " Masa Depan IslamPasca PRU13"



Dr Siddiq Fadhil dah tiba.


Ustaz Roslan, Dr Zahazan dan Sifu Nassir sudah sedia menanti.

Forum bermula sekitar 930 malam. Ahli ahli panelnya adalah Dr Siddiq Fadhil, Dr MAZA, Dr Maszlee Malik dan Sifu Nassir.

Dr Ridhuan Tee Abdullah menarik diri disaat akhir diganti Sifu Nassir . Saya boleh rasakan kepanasan yang bakal dialami Dr Ridhuan Tee sekiranya beliau berforum bersama DR Maza saorang pun cukuplah. Inikan pula ada Dr Siddiq dan Dr Maszlee. Sebeluam beliau di'malu'kan , lebih baik undur diri aje.

Saya sendiri terasa gerun dengan Ulamak seperti Dr MAZA, kerana kata katany adalah fakta dari AlQuran dan Sunnah Nabi.



Memang menarik bila Dr Maszlee menjadi pengerusi Forum, dia pandai 'mengena' ahli panel.

Dr Siddiq dengan 'telo' bahasa baku Indonesianya, Sifu Nassir dengan bahasa Inggeris selang seli Bahasa Malaysia.

Saya tidak dapat bertahan lama bila adik saya menanya saya pukul berapa beliau harus datang menjemput saya untuk pulang. 

Jawab saya, ' Datang sekaranglah....saya nak balik SP malam ni jugak.


Masjid Negeri Selangor


Persekitaran MBSA

Adik saya menjemput saya sekitar 1040 malam. Saya tidak mengikuti Forum hingga tamat. Mengikut jadualnya tamat sekitar 1115 malam.

Terus kami meluncur laju ke  Sek 17 Shah Alam untuk mencari bas malam ke Sungai Petani.

Memang tiada masaalah , bas banyak, saya mengambil tiket bas Shira yang bergerak meninggalkan Shah Alam sekitar 1120 malam, dan tiba sekitar 450 pagi di Sungai Petani. memang payah nak lena, tapi dalam mamai tu, sedar sedar drebar dah jerit, " Sungai Petani! Sungai Petani!'

Kelam kabut saya gagau beg sandang dilantai bas.

Latiff Hariri
2108 13032013
Sungai Petani

No comments: