Bee Gees

Friday, 10 May 2013

Tipu - Kemenangan Tidak Bermoral

Saya akui, saya lakukan ini bukan untuk berpatah arang atau bermusuhan.

Saya memang aktif sendirian menyedarkan kawan kawan disebelah sana tentang bahaya fitnah dan mendokong pemimpin yang zalim. Tidak dinafikan , status update saya adakalanya 'keras' tak beri muka kepada kawan kawan Fb saya yang khayal dengan kesenangan hidup yang kita lalui. 

Ada sesaorang itu, kerjanya, menghina Tok Guru Nik Aziz, seoalah olah dia lebih warak dan berkelulusan agama setinggi TGNA. Dia hina betul betul , siap ada foto mengaibkan.

Perlukah saya berkawan dengan beliau didalam FB saya?

Saya nasihatkan beliau dahulu. beritahu beliau jangan panjang panjangkan fitnah. Ternyata budak muda kelulusan Kolej Komuniti(?) itu berkasar dengan nasihat saya. 

Saya katakan budak kerana baru mendirikan rumahtangga pun. Kerja pun tak sehebat mana. Maksudnya, gaji tak sehebat TGNA , tapi mengata TGNA mengalahkan gaji beliau sebesar gaji MB.

Akhirnya saya 'delete' beliau dari fren list saya. Bukan saya tak berkawan terus, sekadar tidak mahu memanjangkan fitnah beliau melalui wall saya, itu aje.

"Musim sebelum, semasa dan selepas PRU 13 ini ramai yang 'unfriend' satu sama lain. Perlu difahami 'Unfriend' di facebook JANGAN SESEKALI ditafsir MEMUTUS SILATURRAHIM. Ia pada banyak ketikanya dilakukan kerana apa yang dikongsi oleh kawan itu, dirasakan tidak sesuai untuk dibiar terpapar di wall kita. Justeru, tanggungjawab kita agar tidak 'bersubahat', atau kita tidk mahu menyakiti dia dengan pendapat kita yang tidak mampu diterimanya atau ada ketika, wujud pandangan yang melampau, umpatan, fitnah, sembang kosong yang lagha, link & gambar yang berdosa dll. TIDAK PUTUS ok..hanya 'unfriend' di facebook, masih kawan di alam realiti Insha Allah."

-Zaharuddin.net-

Dan tak nafi jugak, ada kawan kawan saya yang mendelete saya dari list of frens FB mereka. Saya tak kisah, bukannya saya bergaduh, cuma mereka rasa benda yang sama tentang apa yang saya komen diatas. Cuma , saya sertakan foto foto , kata kata hikmah, katun katun yang 'memperli' pemimpin mereka. Akhirnya , mereka tak tahan dan terus mendelete nama saya.

Tak jadi hal.

"Timbul agak banyak seruan untuk redha dengan keputusan pilihanraya ke-13 tanpa perlu ulas dan bangkitkan isu ragu itu ini. Katanya, Itu adalah tuntutan qada' dan qadar serta matang. Walau saya bersetuju dengan seruan itu & puji mereka yang redha, saya TIDAK BOLEH mengecam atau menyalahkan mereka yang TIDAK REDHA &; membuat bantahan, luah kecewa di fb etc. Bagi mereka yang YAKIN ada penipuan &; keraguan, mereka berhak untuk tidak redha hak mereka dirampas, itu juga tuntutan Islam, lalu saya PUJI sifat itu juga. Kerana mereka berjuang serta memprotes pencabulan hak &; ketidakadilan yang mereka rasa berlaku. Namun, proteslah ikut saluran yang disediakan dan PIHAK BERKUASA pula, jangan sekali diremehkan perasaan & suara mereka ini. Pemimpin perlu BANYAK SABAR dan layanlah mereka dengan memberi penjelasan mantap lagi telus, jika itu mampu dibuat, pasti mereka redha insha Allah"

Zaharuddin.net

Bila ada yang minta saya redha dan terima kekalahan dan takdir Illahi ni, ini jawapan yang terbaik dari sorang Ilmuan Uztaz Zaharuddin. 

.
Tipu pun berada di Lahti, Finland - foto ihsan Aunt Insun Sony

Saya tidak pernah redha dengan apa jua yang terjadi semenjak PRU13 dan PRU PRU yang sebelumnya.
Pada usia mencecah 50 tahun ini, dan seawal usia saya melepasi 21 tahun, setiap kali mengundi, tidak pernah Umno kalah diperingkat persekutuan. Ternyata , kesemua kemenangan mereka adalah atas tipu daya serta kelicikan undang undang yang memihak kepada mereka. 

Saya tidak pernah redha akan DRM-Abdullah Badawi-najib  menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada saya mereka menang pilihanraya adalah dengan cara menipu. 

Setaip sen yang mereka gunakan untuk diri mereka dan anak anak mereka adalah haram. Dan akan terus saya tuntut di Sana kelak. Ya, saya rakyat marhaen yang kerdil. tapi di Sana nanti, pemimpin tiada yang lebih besar dari diri rakyat yang dipimpinnya.

Jadi kepada rakan rakan saya yang telah saya delete dari list of frens di FB saya, saya tidak pernah menganggap anda musuh saya. Di FB lah tempat yang boleh saya luahkan ketiadaksenangan hati saya terhadap media milik pemerintah yang menghalang rakyat untuk bersuara.

Kita kena sedar, setiap projek yang kita perolehi melalui kroni kita itu akan dikira dengan seadilnya bila di Sana kelak. Mungkin kaya di dunia, tapi belum tentu kaya di Sana

Latiff Hariri
1758 10052013
Sungai Petanu

No comments: