Bee Gees

Wednesday, 21 August 2013

Ziarah Pakcik Rosli & Makcik Maznah

Pulang ke rumah Rasi di Sek 7 untuk bersiap pulang. 

Tapi sebelum itu, acaranya , mahu menziarahi Pakcik Rosli dan Makcik Maznah di Paya Jaras, Sungai Buloh. Makcik Maznah merupakan adik emak dari ibu kedua, sedangkan Pakcik Rosli merupakan sepupu emak dari salasilah Sariah. Jadi ,kira ikatan kekelaurgaan ini masih kuat lah.

Bertemu di Tol Guthrie melepasi Shah Alam. Kami bertiga kereta.

930 pagi di rumah Pakcik Rosli.

Berhari Raya dengan pakcik Rosli didalam kamar beliau....

Pakcik Rosli terlantar dikatil beliau kerana angin ahmar, walaupun begitu, ingatan dan selera beliau masih kuat. Beliau mengingati kesemua kisah kisah silam keluarga. Usia beliau muda setahun dari arwah Emak.

Makcik Maznah pulak kena berdiri - bersama menantu menantu Emak.

Kuih Raya meriah dirumah Makcik Maznah ini

Farid - anak kedua pakcik Rosli, kini berkerjaya di Dubai.

Kami disini sehingga pukul 11 pagi, lama berkisah dengan Pakcik Rosli. Dia gembira melihat kehadiran anak anak dan cucu cucu beliau ni. Sesekali di Hari Mulia ini, dapatlah menziarahi secara serentak, selain itu, masing masing kena tahulah tugas kewajipan masing masing.

Kami berpisah di sini. Rasi mengarah ke Gombak ke rumah mertua beliau, sedangkan Rahman dan Fadhil mengarah ke BTHO. Saya sekeluarga mengarah ke Perak

Latiff Hariri
1908 2013
Sungai Petani


No comments: