Bee Gees

Tuesday, 24 September 2013

Coto Makassar Orang Utan berKaki Ayam

Abang Bacho memenuhi permintaan saya untuk bersarapan di sini.

Sebaik keluar dari Dewan Ketibaan, saya disambut dengan senyuman dan pelukan dari abang saya ini. Saya tidak mahu menyusahkan beliau, kerana rancangannya, pemilik kereta sewa yang akan menyambut kami dengan kunci kereta Saga yang telah diatur oleh anak saya untuk kemudahan pengangkutan kami.

10 pagi Coto Makassar

Osman dan Wan pada awalnya agak janggal untuk menerima hidangan ini....

Sekitar 1040 pagi kami bergerak ke Bandar Sandakan. Kali ini dengan sebuah kereta. Abang Bacho memakir kereta beliau bersebelahan sekolah anak beliau. Kami menuju ke sebuah puncak bukit untuk menikmati keindahan Kota dan Laut Sandakan.

Tapi, sebelum tu, kami buat pemetaan Pasar Awam Sandakan dahulu. Ternyata Osman dan Wan terkejut dengan kemurahan harga makanan laut Sandakan ini

Persekitaran Pasar yang bersebelahan dengan laut.

Ikan yang baru dipunggah


Berlatarbelakangkan Polis Marin.

Memasuki Pasar Awam Sandakan ini, baru Osman dan Wan sahkan , memang murah makanan laut di Sabah ni!

Mereka teruja dengan Rumpai Laut. Harganya sekitar RM8-12 sekg

Sekitar setengah jam kemudian, kami bergerak ke arah timur menuju ke Pelabuhan Sandakan. Kali ini untuk melihat Sandakan dari atas Bukit.

Ok, memang cantik.

Kami pulang sekitar Solat Jumaat bermula. Memang tak Solat Jumaat sekadar Zuhur sahaja. Saya cuba lena dirumah Aqilah, tapi bukan waktunya. Dan sekitar pukul 2 kami bergerak ke rumah Abang Bacho. Kami tidaklah kelaparan, sekadar mahu mengejar jadual .

245 petang dah terpacak dihadapan Papan Tanda

Untuk memasuki Pusat Orang Utan, tiketnya hanya RM5.00 saorang, warga asing RM10.00


Saya kira sekitar 80 pelancung asing

Hanya seekor Orang Utan ibu bersama babynya dipinggang, dan seekor remaja Orang Utan.

Kehadiran Orang Utan petang ini begitu mengecewakan. Ini adalah kerana banyaknya buah buahan hutan yang sedang bermusim, jadi Orang Orang Utan ini tidak mengharapkan jadual makanan yang disediakan setiap pagi jam 10 dan jam 3 petang.

Kami pulak yang kelaparan.

Meminta Abang Bacho membawa kami  menikamati makanan tengahari yang berlainan rasanya dari yang ada di Semenanjung. Abang Bacho cadangkan kami mencuba Nasi Jawa.

Sup Kaki Ayam - bukan pilihan saya!

Tapi bila dah mencuba dengan 'melupakan' apa yang  saya kunyah ini adalah kaki ayam....ternyata teramat lembut.....rapuh macam keeropok.

Kami pulang kerumah sekitar Maghrib. Malam ni tak pasti nak keluar 'dinner' atau tidak.

Latiff Hariri
1958 23092013
Sungai Petani

No comments: