Bee Gees

Sunday, 22 September 2013

Sandakan Lagi Kali Ke-2

Rancangnya 'simple' aje, tak perlu nak kecuh kecuh .

Berdua dengan Osman. Saya dan Osman ni dah berpuluh kali dah bercuti bersama, sesekali kami bawa keluarga . Kali ini pun rancangannya pun begitu, untuk membawa isteri masing masing. Tapi bila salah saorang tidak dapat turut serta, yang lain terpaksa mengundurlah.

Akhirnya saya berdua dengan Wan yang mahu turut serta. Senang pergi gang bujang aje. Kami memandu petang Khamis 12 haribulan, dan bertukar kereta dengan anak saya Noor Aqilah di Stesen Keretapi Rawang. Dan kami bergerak ke Kuala Lumpur dengan keretapi, dan dijemput di KL Sentral oleh rakan lama kami warga Gurun , Si Kimie.

Kimi dan Wan.

Malam tu kami makan Nasi Ayam Penyet Taman Maluri

Nor Zila, Kimi dan David

David turut hadir untuk makan bersama kami berdua malam ini. Itu yang saya susah tak nak berkawan dengan mereka ini, sanggup bersusah payah semata mata mahu meraikan.

Pulang bertiga dengan Osman menuju ke Bandar Tun Husseion Onn.

LCCT 445 pagi 13 September 2013.

Antara penumpang terakhir memasuki pesawat  

PutraJaya sekitar 635 pagi.

Cuba nak lena, tetapi agak payah. Perjalanan ini mengambil masa sekitar 3 jam. Osman siap melunjur kaki di ketiga tiga bangku yang kosong dibarisan belakang persawat.

Saya menyedari Pesawat melepasi KK sekitar pukul 9 pagi, dan sebaik melintasi Gunung Kinabalu, Pengemudi Pesawat yang merupakan Kapten kedua duanya, memberi arahan untuk sedia mendarat.

Gunung Kinabalu

Persekitaran udara Sandakan

920 pagi Lapangan Terbang Sandakan.

Lega ....bila penerbangan yang agak panjang berakhir sudah. Memamg boring duk lama lama ni.
Kali ini banyak yang saya hendak terokai sepanjang 4 hari di Sabah. Harap tiada halangan yang besar sepanjang kami di Sabah ni.

Latiff Hariri
1848 22092013
Sungai Petani

No comments: