Bee Gees

Wednesday, 19 February 2014

Destinasi Kedua 2014

Sebenarnya , setiap perjalanan saya ke sesuatu destinasi yang jauh itu, saya rancangkan tiga atau empat bulan kehadapan. Bila Aqilah pulang bercuri pada akhir penggal 2013, saya dah mula rancangkan perjalanan ini.

Semuanya tertakluk kepada harga tiket, sekiranya harga masih dibawah RM200.00 saya akan membelinya. 

Saya bukan jenis yang esok nak terbang, hari ini beli tak kira berapa harga. Saya jenis berkira.
 Saya pilih bulan Februari kerana saya jangkakan Aqilah sudah sebulan di Sandakan sebaik penggal 2014 bermula, sebagai memeriahkan beliau supaya tidak merasa sunyi.

Tapi, dia dah 2 kali balik ke Semenanjung sejak Januari 2014 ini!


Nazir Sekolah yang suka melawat KV Sandakan.

Saya aturkan perjalanan ini sama dengan harinya Kak Suhasni pulang ke Padang, supaya tidak 'dua kali turun' ke LCCT. Subuh Jumaat tu pun , Kak Suhasni dan Darlis masih belum 'menangkap' yang kami pun turut berlepas ke Sabah, hingga kami mengeluarkan beg kami bersama sama beg mereka dar bonet kereta.

Penerbangan kami pada jam 630 pagi, sedangkan Kak Suhasni ke Padang 750 pagi. 

Kami tiba di Sandakan pukul 905 pagi. Suasana agak suram seakan akan nak hujan, tetapi , seharian panas.

Selepas menghantar Aqilah ke Sekolah, kami bertga ke BDC pekena Coto Makassar.

Dah posting foto Coto tu di FB , baru saya diingatkan oleh Ustaz supaya mencuba disuatu daerah lain, keenakkan Coto Makassar ini. Saya pun dah lupa akan cadangan Ustaz Ramlan Porigi sewaktu saya dan Osman/Wan turun ke Sandakan 2013 yang lalu.

Ke pasar ikan adalah wajib. kali ini saya tidak 'hanyut' membeli ikan, sekadar udang sekilo, dan ikan sembilang 2 kilo. Udang yang harganya RM28.00 di Semenanjung , saya beli pada harga RM15.00 di Sandakan. Ikan Sembilang dua kilo hanya RM10.00 !!

Pulang ke rumah, saya sambung tidur. udah melepasi 24 jam saya bersengkang mata.

Bangun sekitar jam 3, berzuhur dan makan tengahari. Asar sekitar 355 petang, jadi kami selesaikan semuanya sekali sebelum sekali lagi turun ke Sandakan untuk menjemput Aqilah.

Gerimis petang di Sandakan.

Petang ni hujan gerimis. Mencari parkir ditengah Kota ini tiada masaalahnya sekiranya anda sudah hafal dimana lokasi kosong, walaupun kena jalan kaki agak jauh sedikit.

Stesen Bas Sandakan. Dibelakangnya laut.

Minum petang bergoreng pisang keju.

Suasana teluk yang melindungi Sandakan dari ombak besar.

Perut masih kekenyangan. Tengahari kami dengan sambal ikan sembilang serta sayur bayam. 

Pulang kerumah pun sudah melepasi jam 6, terus ke rumah Abang Bacho untuk memaklumkan kehadiran kami. Saya maklumkan rancangan untuk makan malam ini ditunda keesok malam sahaja, kerana hujan dan kekenyangan.

Di rumah sekitar 620 petang, sudah menghampiri Maghrib, tetapi pasanan WhatsApp saya terima dari Abang Bacho supaya bergerak sekitar 715 malam.

Aduh! Full ni. Rugi nanti, makan tak banyak.

Latiff Hariri
1908 19022014
Sungai Petani

No comments: