Bee Gees

Sunday, 16 February 2014

Darlis Rindu Bunga Cinta

Kak Suhasni yang bersama kami ke Malaysia bulan lalu itu akan saya hantar pulang Jumaat 14 Fenruari ini. Saya tidak ikut sangat perkembangan Kak Hasni di Kelang mahupun di Kajang. Saya beranggapan pasti sanak saudara di sana yang melayan Kak Hasni sebaik mungkin.

Dalam saya melayan beliau semasa di Pulau Pinang itu, masuk kiriman WhatsAPP dari Jakarta, namanya Darlis, anak kepada Kak Hasni.

Saya pun tak kenal dan Kak Hasni pun tak pernah bercerita. Jadi saya layan ajelah pesanan ringkaas beliau, dan bertambah rancak bila saya kirimkan foto foto terkini emak beliau menaiki feri dan sebagainya.

Teruja hati saorang anak bila melihat keceriaan wajah emaknya. Saya faham sangat, sebab saya pun punya perasaan begitu setiap kali arwah emak berkelana ke negeri orang. Risaukan keselamatan dan kesihatan. 

Akhirnya foto ini dikirim Darlis untuk simpanan saya.

Ini keluarga kecil Darlis semasa bercuti di Singapura. 

Bunga, Cinta, Rindu dan Darlis.
Rindu Cinta si Darlis.

Jadi Khamiis malam 13 haribulan ini, kami berkesempatan bertemu untuk petamakalinya di Kuala Lumpur. Saorang anak yang risaukan emaknya pulang sendirian ke Padang, sanggup datang dari Jakarta untuk menemani emaknya.

Jadi malam jumaat ini saya bertemu buat pertamakalinya kemanakan saya yg jauh dari Jakarta. Saya ambil beliai di Sungai Wang Plaza.
Pertamakali mencuba Satay Kajang.

Selesai makan malam di Kajang, terus kami ke Batu 13 Jalan Cheras Kajang untuk menjemput emak Darlis, Kak Suhasni.

Kak Suhasni tergamam seperti dalam mimpi bila melihat Darlis.  Rancangan kami mahu ' mengejutkan' emak Darlis berjaya.
Jam 500 pagi di LCCT Jumaat 14 Februari kami mengiringi anak beranak ini untuk pulang ke Padang..

Saya merasa lega kerana risaukan Kak Suhasni yang tiada berteman terselamat bila Darlis datang membantu. 

Latiff Hariri
2158 14 Februari 2014
Sandakan

No comments: