Bee Gees

Sunday, 29 August 2010

Duit Raya

Budaya memberi duit raya ini, seingatan saya, bermula diawal persekolahan saya.

Selalunya, kami 4 beradik teratas akan menunggu Syawal dengan penuh debaran, siapakah yang berjaya mengumpul duit raya terbanyak.

Nama nama pakcik makcik yang sering menjadi penantian kami disetiap Syawal ialah , Pak Long, Mak Cak, Pcik Ya, Mcik Miah , Pcik Man , ini menjadi kemestian, kerana mereka tidak pernah jemu bertandang kerumah Bapak setiap kali Syawal. Pakcik makcik yang lain tu ada juga, tetapi, ikut nasib lah, sempat jumpa dan bersalaman, dapat lah.

Minggu pertama Syawal, kami berempat akan membandingkan sesama kami, siapa yang mendahului dalam jumlah pungutan duit Raya ni. Seringnya, yang tua dan teratas akan mendahului, sebab pakcik makcik ni 'sayang' lebih kat mereka. Tapi ada kalanya, saya mendahului, gara gara berombongan dengan kawan kawan kesetiap rumah jiran terdekat, sedangkan kakak dan abang lebih suka memerap di rumah sahaja.

Diawal karier saya, setiap Hari Raya saya pasti akan asingkan RM1 - RM5 untuk adik adik saya, mengikut peringkat usia. (La, kenapa kedekut sangat?!) Ya lah, waktu tu gaji pun sederhana, RM5 besar masa tu. Kena beringat, adik adik 10 orang masa tu.

Tahun 80an tu.

Untungnya, majikan saya tidak pernah menghampakan dengan "Festive Advance'nya. Ada kala saya ambil dan guna, ada kala saya simpan sahaja kedalam tabungan. Dan yang menarik bila majikan istiharkan bayaran bonus tambahan, dan bayaran dibuat sebelum Hari Raya atau sebelum Tahun BAru Cina.

Teramat sesuai untuk bersedekah jariah dibulan Ramadhan ni.

Setiap tahun juga, saya tidak pernah gagal menjadi pembekal wang kertas baru untuk sanak saudara dan jiran tetangga. Ada yang mengerti, terus dikirimkan duitnya untuk ditukar, ada yang buat buat tak faham, mengharap saya membawa pulang duit kertas baru, untuk ditukar kepada mereka. Adakalanya sehingga RM5K sehari yang meminta saya membawa pulang. Risikonya amat tinggi untuk saya tanggung.

Sudah saya bawa, mereka tak kunjung tiba, dan akhirnya duit kertas baru tu saya buat belanja pasar saya. Mesti peniaga terfikir, pakcik ni guna duit raya anak anak apa? Belanja isi minyak kereta pun guna duit RM1 baru, sah dah kering ni.

Sejak krisis moniter ni, (krisis kewangan la) 1999, BNM dah mula kurangkan pengeluar wang kertas baru. Saya sendiri sering hadapi masaalah dengan rakan sepejabat, kerana stok untuk kakitangan turut dikurangkan.

Jadi , sebaiknya anda menukar wang kertas baru ini pada Isnin ni, kerana keseluruhan bank sudah mengedarkan wang ini seawal 23 Ogos yang lalu.

Setiap pelanggan dihadkan jumlahnya, dan

First Come First Serve Basis.

Lainlah kalau anda punyai kenalan didalam bank perdagangan itu.















Raya , raya jugak, belanja kena hati hati ya, dah 46 tahun ni, dah cukup matang untuk mentadbir urus wang keluarga.

Selamat mengira duit bonus anda. Ciput kepada yang bergaji besar, besar kepada yang bargaji kecil dan punya tanggungan yang ramai.


Latiff Hariri
0604 29 Ogos 2010
Sungai Petani

No comments: