Bee Gees

Sunday, 1 August 2010

Semeja Makan berlima(campur 11)

(Suami dan 4 isteri. aik.....keluar tajuk ni)

Dalam seminggu ni , dah 3 kali saya makan malam disini.

Maaf, saya ada menjemput yang lain lain, mungkin juga Asri dan Zul pun sama, tapi, saya faham sangat sangat, terlalu jauh untuk mereka turun ke Kedah ni.

Seperti yang telah saya janjikan, dan warwarkan dahulu, akhirnya terlaksana impian kami berlima untuk duduk semeja, makan makan, sambil mengungkit kisah SRJK Lenggong.

Zul dari Bandar Perda, Bukit Mertajam. Bersolat Maghrib di Masjid Bakar Arang , Sungai Petani. Sedangkan Asri berMaghrib di Pokok Tai, daerah Pendang, berhampiran Gurun. Dan Shamsiah bersolat dirumahnya di Tmn Bakar Arang.

Saya kira yang pertama tiba ialah Shamsiah sekeluarga, sebab mereka dah hafal setiap gerai makanan di Tanjung Dawai tu.(Sampai anak bongsunya mengantuklah tunggu kami tiba) .

Zul berenam, tiba dirumah saya jam 2020mlm. Tak sampai 5 minit pun mereka bertandang, sebab harus bergerak, tak mahu Shamsiah tunggu lama di sana.

















Muhammad Nasrullah, Muhammad Nawa Wi, Muhammad Nazreen, Zul Rahim dan saya.
Bertandang tak lebih 10 minit, posing yang lebih.















Rosni Mat Rashid(Isteri Zul Rahim ) dan Roziah.

Kami bergerak menuju ke Tanjung Dawai jam 2035 malam. Berhenti di persimpangan lampu isyarat jambatan Semeling, menanti kahadiran Asri dari arah Tol SP Utara.

Tiga kereta ke Tanjung Dawai. Dan tiba di pinggir muara Sungai Semeling, Tg Dawai ni jam 2107 malam. Besalaman dan bepelukan di tepi pantai kami bertiga. Shamsiah dan suaminya, bersama anak anak, berlima sudah menanti didalam kereta, turut serta menyemarakkan kegelapan pantai Tg Dawai malam tu.

Kalau biarkan mereka bersembang kat situ, harus tak jadi makan, terus saya tarik semua masuk ke Gerai Mak Anjang tu, dah tersedia 4 meja yang direservasi.

Kami berlima duduk rapat , sedangkan anak anak di hujung meja. Memula tu, lebih tertib dan bersopan menanya khabar masing masing, tunggu aje lepas makan nanti....















Makanan belum tersedia, adalah lebih 1o minit menanti makanan. Kira ok, sebab saya dah pesan seawal jam 2015 tadi. Lagi pun nak sembang sembang jugak sebelum mulut berkunyah ni.















Sesi temuduga sedang berjalan antara kami berlima.
Shamsiah, Jamilah Malek(isteri Asri) Roziah, Rosni,
Asri, Latif & Zul
Soalan kertas sejarah secara subjektif bermula dari tahun 1970 Tadika Bunga Raya hingga terkini. Siapa temuduga siapa ni?















Kan 4 meja tu

Menu malam ni. Siakap 3 rasa, Jenahak bakar , Udang goreng tepung dan Tomyam.
Air Fresh Orange, ais kosong dan air suam.















Anak Zul, Muhammad Nawa Wi, semeja dengan anak anak Shamsiah, Muhd Nur Arief Asyraf dan Muhd Nur Izzat

















Sambil makan, sambil menyakat........















Lepas tu , ketawa......

Memula tu ada jugak yang komen, kurang menarik sebab hanya berlima sahaja malam tadi. Kenalah tunggu 21 November 2010 nanti. Kita -Hi-Tea di padang SMDA, dan sambung kemalamnya pulak, di Rumah Rehat Lenggong.

Si Shamsiah kata, Rosmah ada di Kulim semalam, laaa, mengapa tak beritahu, sekurangnya , boleh i pelawa sama malam ni. Hm.....
















Anak bongsu Nur Aqilah Aisyah,Abang Husein Othman(suami Shamsiah) dan isterinya.


Komen abang Husein kepada Zul. " Zul awet muda" I say man, kami sudah jealous ni.

Mungkin Zul makan jamu "Hati Muda" setiap malam ni!

















Asri tak tengok dah kat Nora dan Rosmah, dia 'belasah' terus.















Foto yang dibawa Asri untuk diketawakan oleh anak anak Zul dan anak Shamsiah. Sampai berair mata ketawa si Zul ni.


Ya, bila foto yang dicetak si Asri ini terpapar, panas meja malam tu. Manakan tidak, muka muka emak bapak yang saya kata 'toye' tu menjadi bahan ketawa anak anak. Tercari cari mereka yang mana satu ayah, yang mana satu emak. Foto foto ini tersimpan pun hasil ihsan dari Sekolah Kebangsaaan Bukit Balai yang saya scan Ramadhan lalu bersama Coolbatch 70-75 .

Ketawa besar bila foto di lereng bukit mengarah ke kantin tu, si Asri kata mini stadium Wembley. Ha ah, dalam foto tu ada Zul , Shaiful, Ismail, Azizun. Yang sensasinya, latar belakang foto tu, hahaha.















Pengumuman : Amaran!!
Jangan komen lagi tentang rambut siapa yang dah beruban, yang tiada langsung di hari Reunion 21 November 2010 nanti, OK!? Ini amaran pertama!














Ini bebudak kecik Lenggong SRJK(I) 1971-1976(saya 71-72), semua dah remaja dah.
Yang 2 orang tu runner sekolah, sorang tu main bola, sorang tu boleh lentikkan badan seperti ahli jimnastik, sorang tu suka menyakat dan berangan.

Saya dah beri amaran, kira blackmail kawan kawan lah jugak ni, foto tanpa singlet dan berseluar pendek gaya ahli jimnas tu, ada dalam simpanan saya, dia harus berhati hati supaya tidak tersiar dalam blog ni.

Hahaha, ketawa kami bertiga.

"Kau jangan buat begitu Latiff." keluh risau sahabat saya ni.

Tapi, setidaknya, slideshow reunion pun kira ok apa?














Membelakangkan Pantai Merdeka yang gelap gelita tu, di tepi pantai Tanjung Dawai
















Ini baru makan malam bersama di Pantai Tanjung Dawai, dah 16 orang kehadiran, tidak termasuk anak anak saya dan anak anak Asri .

Saya cuba nak bayangkan nanti , pada 21 November nanti, kalau 5 keluarga dah banyak ini, bayangkan kelas SPM 1981 ada berapa, dikalikan dengan minima 5 orang satu keluarga, berapa ribu ek? Kalau tak pun berapa ratus?
















Sesi makan tamat jam 2300.

Kami ke kedai runcit yang dibuka hingga ke awal pagi tu , untuk belian belacan dan ikan masinnya.

Di akhir bersalaman itu, saya janjikan untuk bertemu semula di Idul Fitri nanti di Taiping juga di Lenggong.

Kira makan malam , malam ini, boleh diibaratkan seperti menyambut kahadiran Ramadhan pada Rabu kedua Ogos mendatang.

Saya amat berbesar hati atas kehadiran Zul, Sham dan Asri ni. Kalaulah mereka tak dapat hadir, tak akan ada kenangan pada malam ini, selain dari makan makan tiga beranak dirumah, tak pun di Gerai Mak Anjang ni.

Ok, yang lain lain, kalau ke Utara dan inginkan mini reunion dengan saya, dan bermenukan masakan yang sama, sudi sudikanlah.


Latiff Hariri
1420 01082010
Sungai Petani

No comments: