Bee Gees

Wednesday, 5 December 2012

Bertemu Lagi Selepas 3 Tahun

Tiga tahun yang lalu pun begitu, dia datang macam ribut, cari saya, ajak jumpa di Sungai Petani seketika.

Lepas itu dia menghilang.

Kini , selepas 3 tahun, dia datang sekali lagi,macam ribut jugak.

Saya menanti kehadiran dia sejak awal pagi, syukur akhirnya bertemu

Abdul Razak bin Husain

Sarimah Yusuf, isterinya Abang Razak kita ni

Muhammad Danish, anak bongsu (kempat) dari pasangan diatas

Sebaik memasuki pekan Gurun ini, mereka terus mencari saya , dan menunggu di Plaza Jerai. Terus saya bawa mereka menuju  ke Petronas untuk diisi penuh minyak keretanya.

Selesai, kami berempat minum petang bersama sambil pekena saorang semangkuk laksa Maksu Gurun.

Saya memang dah lama mencari abang saya saorang ni. Dia orang Nogori, ya lah, sonaang den nak bercorito bilo jumpo sesamo Nogori ni.

Saya mula mengenali beliau sekitar akhir November/awal Desimber 1981. Sebaik menamatkan peperiksaaan SPM, saya terus menetap di Ampang Jaya dan bekerja sambilan di Restoran A&W di Imbi Plaza Kuala Lumpur. waktu is abang Razak ni merupakan ketua antara pekerja . Jadi banyaklah yang saya belajar dari beliau. Pada mulanya agak payah jugak nak rapat, sebab beliau saorang yang agak tegas. Tapi lama kelamaan, saya mula faham tanggungjawab yang beliau pegang.

Pernah saya bertandang ke kampungnya di Sri Menanti, Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, dan saya turut hadir dimalam pernikahan mereka berdua di Seputeh, Kuala Lumpur.

Tagi tahun yang lalu, beliau mengahatar anak sulong beliau ke UiTM Arau, kini, beliau datang lagi mencari saya untuk majlis Konvokesyen Along. Cepatnya masa beredar.

Saya ada mencari beliau setiap kali ke Kuala Lumpur/Nilai itu, tetapi gagal dek kerana beliau sering bertukar talian taliponnya.


Di susur masuk Tol SP Selatan kami bertemu sekali lagi untuk berpisah. Kali ini saya dapat bertemu anak sulong beliau yang kini sedang meneruskan pengajian diperingkat ijazah di UiTM Dungun 

Petang Khamis mereka bertolak pulang dari Arau, dan saya meminta mereka , sekali lagi, menunggu saya di Tol Sungai Petani.


Biasalah, yang ini saja yang dapat saya titipkan di petang Khamis ini.

Berpisah seketika, tapi dah janji nak jumpa pulak di Seremban nanti. Petang Khamis 29112012.

Kisahnya diawal perkenalan saya dengan abang Razak ini boleh dibaca disini

Terima Kasih Razak sekeluarga kerana masih mengingati saya di Sungai Petani

Latiff Hariri
1958 02122012
Sungai Petani

No comments: