Bee Gees

Tuesday 29 December 2009

SRJK(I) Lenggong-Batch 71-76(aljh2)

Yang ini gambar hadapan sekolah SRK Bukit Balai, 33400 Lenggong. Siapa tahu pemilik kereta yang parkir di depan sekolah ni. Mlm ni agak lewat, tadi merayau kat town dlm setengah jam, esok dah 31 disember 2009. Banyak kenangan pahit manis tahun 2009 ni.






Sepanjang ingatan saya, era 70an, van volkswagon Milo akan muncul setiap kali Sukan Tahunan berlangsung di sekolah. Seronok bila guru serahkan kupon untuk ditukar dgn secawan gelas kertas milo. Beratur panjang tak jadi masaalah, sebab memang nyaman
bila air milo dingin mencecah kerongkong kita. Sila selesaikan nama nama mrk yang beratur dlm foto ini.



Gambar ini mungkin diambil dari atas Balai Polis Lenggong ketika Pesta Sukan Tahunan.
Saya bukan ahli sukan, kenangan yang saya ingat hanya berebut gula gula untuk Tahun 1, Tiup tepung, lari dlm guni. Itu aje. Kereta Morris Minor, Volkswagon dan Morris Austin di depan tu, milik ayah siapa?

Latiff Hariri
1022pm 30/12/09

1 comment:

Anonymous said...

bro kepala botak aku ligat mencari nama2 kwn lama adalah 1,2 yang aku cam.terfikir bagaimana sekiranya kita berada di bwh 1 bumbung walaupun sebentar cuma.marilah kita rapatkan saf dan mencari rakan2 kita.tq 2 latif n ruziah,sg petani.aku teringin sgt kita berkumpul.kita bdk kampung!walaupun u sapa kini.

-PENANG