Bee Gees

Friday, 12 November 2010

Kunjungan Kasih - Ayam Penyek di Tebing Sungai Sarawak

23112010

Selesai solat Maghrib, kami bersedia untuk bergerak lagi.

Tapi, sebelum tu, Awi dah menghantar Joe ke Lapangan Terbang, untuk pulang ke Ipoh, melalui Penang. Memang Awi siap nak beli tiket lain, supaya Joe ubah fikiran, dan saya memang dah berkali pujuk dia, tapi dia tetap nak balik awal.

Mungkin nak hadir Perhimpunan, hehehe.

Acara makan malam di luar. Tak adil asyik Zawawi dan Kem Pakit yang sediakan makanan untuk kami, mahu juga kami pulak berbelanja. Kami sepakat, " Ikut hang Latiff, kita tong-tong" , Asri memberi cadangan.

"Tip, nanti u kira semua, kita share ramai ramai", itu kata Abang Yamin .

Gang budak bujang, semua dah kena cucuk hidung dengan saya , tak perlu tanya.
Wan, Osman, Rod dan Fazrin sudah biasa mengekori saya ke Jakarta , Padang dan Semarang, cukup hari aje saya hantar bil, dan mereka bayar aje. Senang bila kawan kawan jenis ni ; - tak berkira dan saling membantu bila rm berkurangan.

Tapi di Kuching ni, bukan soal RM berkurangan, memang dah sedia pun bila 17 orang mengekori saya.

Kami bergerak, entah kemana tujuan kita malam ini, kira dalam 15 minit memandu kearah Bandaraya Kuching ni. Berdekatan Pasar Satok rupanya, sekali pandang gerai ni....., biasa aje.

Saya tanya Kapt Firdaus, "Kat mana ni? Apa menu malam ni?"

"Restoran Ayam Penyek, yang tersedap di Kuching ." Balas Kapt Firdaus.

Alah, ayam penyek, dah besa makan ni, di Bandung dan Medan, Restoran Wong Solo. Eleh, kita dah biasa makan, eksyen lah ek?

Hujan gerimis bila kami memasuki gerai cum restoran ni. Dah tersedia lebih 8 meja untuk kami yang melebihi 25 orang ni.


Tengok foto memang menarik, tapi tukang ambil pesanan kurang menarik....


Jadi, semua acuh tak acuh memesan makanan. Awi cadangkan semua makan makanan yang sama supaya cepat dan puas hati, semua memesan Nasi Ayam Penyek



Tukang ambil pesanan makanan, bercakap, tapi yang duduk buat acuh tak acuh aje


Saya kaleh kebelakang, haa, dah tukar orang lain pulak ambil pesanan


Rashi buat tak heran, tapi kakak kakak dia disebelah, terpesona tak berkedip mata, kenapa ek?




Sengaja ambil shot jauh pun supaya tak berapa jelas. Tengok ajelah Awi , Saiful, saya, Osman, Hisham dan lain lain, boleh terkehel tengkuk!



Osman tak habis habis dengan FB nya, upload foto segera. mungkin wife tanya ada kat mana, kenalah hantar bukti.




Ini anak anak buah Awi yang sedia dan setia melayan kami. Malam ni kami pulak jadi tuan rumah


Memang sedap Nasi Ayam Penyek ni. Kalau di Wong Solo, saya beri 10, disini 8.7, termasuk harganya. Tempe, tahu, ulam kobis dan........


Haa, dah dapat makanan baru aman, senyap sepi seketika



Siapa nak tambah nasi? Sedapnya hingga tak terkata

Saya agak, kami bergerak meninggalkan gerai ni melepasi jam 10 malam. Rakan PDRM abang Man dari Kuching pun datang bertandang sama disini, sepatutnya mereka datang awal supaya boleh makan bersama.

Hujan masih gerimis, kami bergerak ke arag WaterFront.

Pada awalnya berpecah sebab ada yang turun di bahagian hulu, ada yang di hilir berhadapn Hilton.


Hisham, Osman, Zulkifli dan Latiff berlatarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Dua kawan baik, mengenali Osman pada tahun 1989 , junior setahun dr saya, dan berbintang sama

Kami menapak perlahan lahan ke arah hilir , berhadapan Hilton. Sudah menanti Saiful Awi, Asri dan Jamilah.

Kira sambung gelak ketawa, baru saya tahu cerita sebenarnya disini.

Kak Dah baru tiba, kami berpecah masa di Restoran Ayam Penyek gara gara rakan rakan PDRM abang Man berkunjung bila tahu abang Man turun ke Kuching.


Foto tanpa tripod, agak bergoyang, kena belajar lagi ni

Saiful sedang menalipon sesaorang sedangkan Kak Dah cari suami dia hilang




Gang PDRM Kuching datang memberi kunjungan hormat kepada sifu mereka abang Man.

Memang kecoh malam ni. Saya tumpang gelak besar dengan perangai Saiful dan Awi ni.

Kami melepak disini melepasi jam 12 mlm, bila saya mula menalipon Wan supaya mereka bergerak dengan aktiviti bebas mereka, tak mahu mereka menunggu kami yang baru nak belajar berlepak ni.

Wan dan rakan rakan ATM bergerak , tinggalkan kami.

Ini lah rakan , teman, sahabat, staff yang setia menunggu kami di Sungai Sarawak ni




Kami tinggalkan Sungai Sarawak dengan penuh seribu kenangan.

Malam ni, pulang agak awal dari biasanya, tak melebihi jam 1 pagi.

Osman bermalam diruang tamu rumah tamu kami.

Esok pagi dah nak ke Serikin pulak, tabur RM kat sempadan Indonesia.


Latiff Hariri
1600 12112010
Sungai Petani

No comments: