Bee Gees

Friday, 26 November 2010

Baru Berpisah, Dah Jumpa Lagi

05112010

Dalam blog ini ada saya mencangankan, bahawa saya sekeluarga akan berkonvoi ke KL dengan Asri dan Faridah, dan dihari akhir sebelum pulang ke SP, kami akan bermalam di Shah Alam.

Adakalanya bila kita terlalu teruja nak 'kejutkan' kawan kawan ni, kita tak baca habis, apa yang tertera dipapan iklan disebelah kanan blog penulisan ini. Bukannya kawan kawan terkejut, tetapi kita yang nak buat kejutan ni terkejut sendiri.

Ini yang terjadi dengan sahabat kita ni.

Kami memang bermalam di rumah anak Faridah ni, Nurul Ain. Apartmentnya , bertentangan dengan Hospital Ampang. Comel dan selesa apartmentnya.

Bila malam menjelma, saya mula fikirkan, dimana kami nak berdinner ramai ramai ni. Terfikir Nasi Lemak Taman Kosas. Tapi saya diamkan sahaja, bila abang Man dan Faridah dah mula bersilat di dapur.

Sedang kami enak memakan sambal ikan dalam sangkar air tangan abang Man ni, sahabat kita ni talipon. Yang saya tahu, dia kata dia akan balik pada hari esoknya untuk hadiri Majlis Rosmah.

"Tip, hang kat Shah Alam , hang duk kat mana", dia cakap telo Kedah, tapi lenggoknya Gelok.

"Aku duk kat Ampang, Shah Alam malam esok."

Jadi , dia nak kejutkan kita, dia yang terkejut. Sebabnya, dia sanggup bawa anak beranak dia ke Shah Alam tengok ICity, sambil sambil nak pekena kawan kawan, tapi dia yang terkena.

Akhirnya, dia mengarah balik ke Kuala Lumpur. Sikit punya baik jauhnya. Hahaha

Itu yang supper malam tu terlewat dari jam 11 malam hingga jam 130 pagi.







Dah kenyang , nasi bertambah berlaukkan ikan kurung, tapi, makan lagi disini, gara gara melayan kehadiran Zawawi. Disini saya dah terfikir, alangkah baiknya jika Sungai Petani ni dekat. Memamg saya nak 'balas' balik layanan istimewa yang saya terima sepanjang lawatan ke Sarawak tempohhari.

Tapi, entah bila Zawawi dapat bertandang sekeluarga ke sana?





Album ni modal yang saya bawa untuk majlis Rosmah dengan menantu sulongnya esok.

Awi kata saya rajin albumkan semua foto. Ini satu cara yang mudah untuk mengenang semula kisah kisah silam.

Walaupun korum tak cukup, tapi tak habis habis jugak kami bercerita, bezanya disini, Dr Zaharah dan anak anak pun ada bersama.



Kapten Firdaus pun turut serta. Beliau baru selesai kerja , untuk mengatur perjalanan
Baginda Sultan Kedah, yang akan berangkat pulang esok pagi ke negeriku.

Sempat saya kirimkan 5 helai Tshirt kumpulan baju merah tempohari, untuk rakan rakan Kapt Firdaus di Kem Pakit.

Asri dengan asam jeruk Penangnya, menjadi ole ole untuk Awi.


Latiff Hariri
0715 26112010
Sungai Petani

No comments: