Bee Gees

Tuesday 16 November 2010

Kunjungan Kasih -Serikin, Sempadan Malaysia/Indonesia

24102010

Pagi ini, kami bertuah, kerana rakan SeMemerintah Zawawi, dari Kem Perissen dan isteri, bersetuju mengiring kami ke sempadan Indonesia, Serikin.

Bertuah kan kami? Dua Pegawai Memerintah tu! Semangat setiakawan Awi and the gang ni, harus dipuji, sanggup berkorban masa demi menggembirakan kawan kawan.

Saya yang tak sabar sabar untuk kesana, tapi Awi kata lebih baik lewatkan, kerana barangan lebih murah disaat akhir pernigaan.

Sepertimana biasa, kami bergerak rengan kenderaan masing masing menghampiri jam 840 pagi, dan tiba di Serikin menghampiri jam 945 pagi.


Pemandangan sekitar perjalanan dari Kuching ke Serikin.

Arah haluannya sama, ke Seri Aman, tetapi, sekitar 40km, kami membelok ke kanan, sedangkan ke Seri Aman mengarah ke kiri. Kira saya dah hafal jalan jalan ini sebab sering jugak kesini sebelum kehadiran Zawawi ke sini.

Bila membeli dan belah ini, kita tidak boleh mengekori sesaorang, kerana masing masing mahukan kepuasan tersendiri. Kami berpecah untuk mencari kemahuan diri masing masing.

Saya sudah 3-4 kali kesini, jadi agak tidak menarik untuk saya membeli belah, kerana sudah biasa.

Akhirnya, Zawawi , Hisham(Pegawai Memerintah Kuching) dan saya, pekena teh O beng de gerai lorong belakang. Peniaga peniaga ni udah kenal Bapak Zawawi dan Bapak Hisham rupanya, terutamanya isteri Hisham, Ibu Mia .

Kami melepak disini hingga jam 1230 tengahari, tanpa membeli apa apa barangan.


Mokhtar membelek jaket kulit , teruja dengan coraknya, tapi harga agak tidak kena.



Zul dan Yob, kenalan baru Zul.Dua dua bujang?

Cap Gajah Duduk. Jenama ini pilihan saya, ada bermacam kualiti dan harga, hanya sediakan uangnya Pak!


Zul dengan telekong, nak buat hantaran ke?

Beginilah keadaannya pasar minggu Serikin, 100% peniaga Indonesia. Seakan Wang Kelian Perlis?

Menghampiri jam 1 tengahari, saya mula mencari kesemua rombongan Kak Kiah. Di parkir ini saya terjumpa gang bujang sedang melepak . Cuaca disini memang berbahang, sebab terletak menghampiri garisan 0' Khatulistiwa.

Wan mendodoi Osman supaya lena seketika




Sekali pandang , saya sangkakan bapak ini peniaga gerai ukir nama, jowo ke, timur leste?

Pasangan yang tak boleh dipisahkan. Mungkin jugak kena dera dengan jamilah, gara gara ditinggalkan pada malam pertama, semata mata nak bermalam dengan Awi.

Purse dengan baju sama aje coraknya, dah ada purse dan handbag pun, nak beli lagi kat sini

Kalau nak ikutkan, kat sempadan Perak/Betong pun ada jual jeans, kat pasar atau kedai di Lenggong pun ada, tapi, disini berbeza. Saya penggemar Jeans Indonesia yang qualiti ekspot.
Saya tahu membezakan yang Indon, yang Siam dan yang Malaysia, quality tak sama.
Kalau mahu yang bagus, ke Bandung confirm akan beli.

3 Jejaka ini pernah dicuba untuk dilelong melalui FB oleh rakan rakan SMDA, tetapi tiada yang berani membida, kerana sahamnya terlalu tinggi.

Kami bergerak meninggalkan pekan Serikin melepasi jam 2 ptg. Kepanasan disini boleh disamakan seperti berada di Langkawi.

Ada rakan bujang saya yang masih tak puas makan Ayam Penyek malam tadi, jadi kami berpecah. Tapi, saya pasti restoran tu ,tak dibuka siang.

Kami beramai ramai makan di restoran pinggir kota Kuching, dan selesai makan, yang perempuannya, diketuai oleh Puan Nia, isteri Pegawai Memerintah Kem Perissen, menuju kekedai manik dan crystal untuk menambah collection gelang tangan Kak Dah.

Saya dan sebahagian yang lain pulang ke rumah tamu, sementara sebahagian ke Water Front.

Dah tak berdaya untuk berjalan lagi, nanti malam dah nak balik ke Pulau Pinang.




Latiff Hariri
2100 16112010
Malam Idul Adha
Sungai Petani

No comments: