Bee Gees

Tuesday, 23 November 2010

Kunjungan Balas Chew Ka Gee dan Ng Lay Keong

04112010

Diawal perancangan saya dan Ka Gee , ini sepatutnya pertemuan pertama kami tanpa pengetahuan Roziah.

Tetapi perjumpaan mengejut di KLCC merubah segalanya. Rencana pertemuan ini pun menjadi lawatan balas daari keluarga Ng ini.

Asri tak dapat penuhi jemputan kerana kerja, dan hanya Shamsiah sekeluarga yang hadir.

Temujanjanji kami, jam 1815 di plaza tol Sungai Dua. Kenderaan pulak banyak gara gara cuti hujung minggu, dan kami hanya mula berkonvoi tepat jam 1835.

Ternyata cara pemanduan saya dan Lay Keong amat berbeza.

Sempat kami berhenti mengisi minyak sebelum terus ke rumah saya.

Tiba dirumah menghampiri jam 1915 mlm, dan Ka Gee tanpa segan silu terus kearah dapur mencari Roziah yang sedang bersiap.

Akhirnya kami berbual diruang tengah , tak kan nak sembang kat dapur pulak.

Ka Gee , ole olekan Roziah dengan hadiah beg tangan , katanya untuk 'catch up' perpisahan yang sekian lama ini.

Terima kasih Ka Gee, pada kami , tak perlu semua ini, yang penting anda berdua sudi bertandang, ini lebih bermakna. Ada tak rakan rakan se SMDA yang anda pernah bertandang kerumahnya. Ya, selain dari kaum Tionhua, dari kami rakan Melayu anda?


Acara wajib saya kepada setiap tetamu SRJK/SMDA dan King Edward yang bertandang
Komputer serta album menjadi bahan rujukan.

Anak bongsu Ka Gee selalau menceritakan kepada beliau tentang kenakalan monitor kelasnya, dan ka Gee memujuk dengan berkata, "Ini uncle latiff monitor kelas mama darjah 2 dulu, sama jugak, teramat nakal dan suka menggangu rakan perempuan sekelasnya ."

Apa yang tersimpan selama hampir 30 tahun, kami ceritakan semula malam ini. Dari keluarga, Ayah dan Ibu, serta perjalanan hidup kami, dari awal remaja hingga keawal 47 ini.

Untungnya album2 lama masih tersimpan untuk dikenang semula.

Saya dan Lay Keong boleh berbual kerana mempunyai 'kepentingan' bersama tentang visi masa depan.

Kami mula bergerak ke Tanjung Dawai melepasi jam 845 malam, menanti Shamsiah yang baru bergerak dari Taman Bakar Arang.



Ini pertemuan semula Shamsiah dan Ka Gee selepas lebih 32 tahun. Mereka rakan se SRJK dan se SMDA



Mereka sambung bercerita di dalam gerai Mak Anjang

Makanan agak lewat tibanya , gara gara terlalu ramai pelanggan.

Kami hanya mulakan acara makan makan ni melepasi jam 920 malam.
Ka Gee dan Lay Keong , bertaichi dengan ikan siakap steam dan jenahak bakar , untuk suapan anak anak mereka. Baru Wei Han Hun da Wei Yi faham mengapa dinner selewat ini, tidak seperti kaum Tionhua yang makan malamnya seawal jam 7 mlm.

Dan saya amat berterima kasih bila kawan kawan memuji keenakkan masakan disni.

Abang Husin pun pandai mencelah setiap perbualan, jadi tiada terasa asing bagi keluarga Ng ini bila duduk semeja dengan kami.

Dulu seSRJK, mereka bertiga duduk semeja di kantin sekolah, tak pun di perpustakaan , mentelaah buku pelajaran.

Saya tiada kenangan bersama Ka Gee, cuma saya masih ingat kepada beliau yang setaraf dengan
Kak Faridah kita tu! Dan kali terakhir berjumpa di stesen bas Taiping masa tingkatan 4, itu pun melalui Saiful.

Acara makan makan ni berakhir menghampiri jam 1030 malam, dan seperti biasa , acara fotografi, suatu kemestian bagi saya.

Keluarga Ng, Keluarga abang Husin dan Keluarga Latiff di malam Deepavali. Maaf , tiada rakan India ya.....

Di rumah saya semula melepasi jam 11 malam.

Saya minta Shamsiah turut serta , untuk memastikan Ng dapat mengekori mereka mengarah ke
Plazza Tol SP Utara, kerana kami hanya gunakan sebuah kereta sahaja ke Tg Dawai.

Dan sempat berfoto sekali lagi , yang lebih proper didalam rumah kami, sebelum kami menghadiahkan sebiji kek untuk Mdm Ho, emak kepada Ka Gee, yang menyambut Hari Kelahirannya malam esok di Pulau Pinang.

Dah tahu awal yang Ka Gee ada membawa ole ole kepada Roziah, jadi ini yang termamapu kami sediakan sebagai balasan.


Wei Yi, Ka Gee , Roziah , Aqilah dan Shamsiah

Lay Keong, Wei Han, Eka, Bg Husin dan Arief.
Latiff dan Izzuddin
TV restoran mamak dibelakang sekali.

Kek Harijadi untuk Mama

Dan lambaian tangan Shamsiah sekeluarga sebagai tanda jumpa lagi dialain masa
Lambaian Wei Han dan Lay Keong dari keluarga Ka Gee. mereka mengekori abang Husin untuk mencari jalan keluar dari bandar Sungai Petani mengarah ke Pulau Pinang.

Saya dan Roziah tersenyum kepuasan. Tiada keletihan melayan rakan rakan sekolah ni. Lagi pun esok cuti panjang, dan akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu lagi, rakan rakan se SRJK ni.

Selamat hari lahir Madam Ho, terima kasih Keluarga Ng dan Bang Husin.

Datang lagi tau!!!




Latiff Hariri
1938 23112010
Sungai Petani

No comments: