Bee Gees

Wednesday, 24 April 2013

Calon Tandop Batu

Rakyat Malaysia sibuk dengan Penamaan Calun PRU13, kami di Sungai Layar sibuk juga dengan menghantar calun kami ke Dun Merbuk. Ya, tempat Daim Zainuddin tu.

Merbok memang kubu kuat Umnu, kami sedia maklum, dan kami mempunyai niat untuk menyatukan kedua mempelai ini supaya ukhwah Islam ini semakin kuat!

Hehehe, politik tak boleh ditinggalkan.

Pagi ini, Sabtu 20 haribulan Mac saya , seperti baisa ke kebun. Tujuan utama untuk menuai barang beberapa mayang pisang untik saya jadikan modal membeli hadiah kepada Pengantin . Dapatlah saya mencantas 6 pisang berangan . Hasilnya sekitar RM94.50 . Syukur, Alhamdullillah.

Sarapan dan pulang kerumah untuk bertandang ke rumah Abang Omar. Ya lah, jiran berdekatan, tak kan nak buat 'dek' aje akan kemeriahan yang bakal mereka alami.

Empat khemah pengantin sudah tersedia oleh pehak JKR.




 1200 tengahari masih belum siap rupanya, saya yang tergesa gesa.



Pengantin baru siap sekitar 140 tengahari

Dan rombongan 'PAS' bergerak meninggalkan Sungai Layar sekitat 145 tengahari. Kami hanya memasuki perkarangan rumah Pengantin Perempuan ini sekitar 220 petang.


Budin sudah sedia menanti di Merbok sekitar 12 tengahari, sedangkan kami hanya tiba sekitar 220 tengahri.

Maximum punya lapar ni!!



Menanti doijemput Pengantin Perempuan.

 Noor Izzwa datang menjemput rombongan suaminya


Tema untuk hari bersejarah ini adalah Ungu, tidak Hijau, tidak Biru


Angkatan Muslimat Sungai Layar

Terus ke meja makan yang tersedia. Kami tidak menunggu lama, kerana rata rata, semuanya kelaparan.


Makan Beradab

Sebenarnya , kamera saya ini tidak merakamkan suasana pengantin menjamu selera, sebab kami pun kelaparan. Dan , ada tiga lagi kamera yang sedang beraksi, maknanya, tak perlu berebut rebutlah untuk acara ini.

Ruginya ialah, hanya setakat ini ajelah foto yang terdapat didalam simpanan kamera saya.


Yang sebelah tu pun bakal Pengantin, In Sya Allah, tak lama lah tu

Kami bergerak pulang sekitar 320 petang. Itupun kerana ayahnya Pengantin lelaki tergesa gesa bergerak ke Yan untuk mengambil seekor kerbau yang telah siap dilapah untuk kenduri keesokkan harinya pula di Sungai Layar.


Tunggu bas datang angkut semua pulang

Kisahnya pernikahan kedua mempelai ini boleh dibaca diPErnikahan Zulkifli Ahmad & Noor Izzwa Md Saad

Selesai satu acara bersejarah untuk hari penamaan calun PRU13 ini!!

Latiff Hariri
1958 23042013
Sungai Petani

No comments: