Bee Gees

Monday, 15 April 2013

Rezeki Ubi Kayu Pertama

Saya sering diingatkan supaya jual sahaja hasil ubi kayu kebun saya ini , tetapi sifat malas nak buat 'marketing' itu yang membuat saya membisu. Saya kira sudah melebihi 5 rumpun ubi kayu yang saya makan/sedekah kepada rakan taulan saya. Pada saya, sedekah itu lebih kepada simpanan saya di Sana nanti.

Jadi , bila petang/malam minggu ini, kiriman ringkas  dari Tart menanyakan samaada stock ubi saya melebihi 50kg tak? Jawapan saya, 'tak ada kut, sekitar 20-30kg adalah."

Lebih kepada merendah diri . Tak mahu akui yang stock ubi kayu saya melebihi dari itu didalam tanah kebun saya tu.

" Ok, abang Latiff korek esok petang, kami mai ambik, abang Latiff nak tolak berpa RM?"

Mana saya nak tahu harga, Adalah jugak desas desus mengatakan harga tolak ke kedai sekitar RM1.00 - RM1.30 sekilo, sedangkan pekedai akan menjualnya sekitar RM2.00 sekilo.

Jawapan saya mudah, ikut ajelah, saya tak kisah.Memang ikut nafsu nak jual RM2.00 sekilo!!

Petang tu bertungkus lumuslah saya bersilat di kebun menggali lubang....


 
Lengan Anold Schwnnagger - saya hentam aje 5 kilo, tapi bila timbang, Masha Allah, 12 kilogram tu!!


Haa, korang korek lah sendiri, saya dah patah pinggang!


Penuh satu bonet kereta. Semua saya jual kepada yang membelinya. Iku lah berapa yang pembeli timbang nanti dirumah. Harga saya belum letak lagi.

"Bang, sungai sebelah ni boleh menjala tak?" Soal si Hafiz, yang membeli ubi kayu saya.

"Boleh..." jawab saya ringkas.

"Saya ada bawa jala ni." 

Hm, kalau dah asal anak kampung , memang lah pantang tengok sungai.


Tebar.....


Sekali tebar dapat seekor Sepat Ronggeng XXL

Lepas tu , dua tiga empat lima kali tebar, dah tak lekat dah. Siap kena terjun sungai lagi sebab jala sangkut kat ranting didasar sungai.


Menyelamlah pulak.

Balik rumah, sekitar Isyak, si Tart menalipon saya.

"Abang latiff agak berapa berat lengan Anold Schwanngger tu? "

Tahu tak berat lengannya sahaja dah 12 kilogram, kesemua satu rumpun tu abang ingat berapa?
Manalah saya nak tahu, tak pernah ambil kira pun, tahu korek, sedekah kat orang.

"Kesemua adalah 48 kilogram Bang!!"

Masya Allah. Syukur! Saya tak terfkir. Jadi soalan seterusnya, barapa abang nak tolak kat Hafiz Ubi tu?

Petang Isnin, 8 April, poket saya bertambah RM50.00 hasil dari 48 kg, RM2.00 si Hafiz sedekah kat saya. Hahaha. Ini diam diam ubi berisi poket ni!

Latiff Hariri
1858 14042013
Sungai Petani

No comments: