Bee Gees

Saturday, 6 September 2014

Ketua Darjah 1972 Bertemu Guru Darjah 2A

Kami sampai betul betul azan Maghrib. Serba salah jugak ni. Kami tunggu hingga Azan tamat lebih 10 minit sebelum keluar dari kereta dan memicit loceng pagar.

Saya boleh agak, orang tengah sembahyang, mana nak buka pintu segera!



Cikgu Lily baru nak Solat, kami dah kacau.

Jadi kami tunggu aje di ruang tamu sementara Cikgu Lily selesaikan kewajipan beliau.

Dah mula bersembang.....

Siap kami dijemput minum dan menjamah kuih kuih raya yang terhidang. saya waktu ini masih belum membuat keputusan samaada mahu mengajak Cikgu Lily bertandang ke rumah Cikgu Faridah atau tidak.

Tetapi bila Cikgu Lily kata dah lama tak jumpa pasangan Cikgu Hizam tu, dan kalau ada orang yang sudi membawa beliau, memang beliau hendak sangatlah!

Jadi, kami paksa Cikgu Lily bersiap cepat.

Haaa, dah siap pun, tapi kami kena minum secawan kopi dulu sebelum bergerak

Bermacam yang dikongsi bersama.

Sementara itu rakan rakan yang saya titipkan arah tujuan pertemuan malam ini, sudah mula mengirim pesanan melalui SMS dan WhatsApp bertanyakan lokasi saya, memberitahu bahawa mereka tersesat dan bermacam halangan lain.

Jam sudh menunjukkan 840 malam, kami baru nak bergerak keluar, sedangkan perjanjian awal adalah pukul 8 malam.

Faiqah terima duit Raya.

Kenangan Syawal 1435 bersama Cikgu Lily mantan guru kami Darjah 2A, SRJK(I) Lenggong.

Cikgu Lily siap sebut nama sesaorang yang tak pernah lupa berkunjung setiap kali Syawal, hm, terasa malu dan cemburu jugak ni.

Ok, terus ke rumah Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah pulak. Kenagan pertama kali memandu kereta berpasangan dengan Cikgu Lily!!

Roziah, Aqilah  dan Faiqah duduk dibelakang.

Latiff Hariri
0838 06092014
Sungai Petani 

No comments: