Bee Gees

Sunday, 18 April 2010

KAKI GUNUNG JERAI

Bila dah mula mengayuh petang Jumaat semalam, pagi Sabtu ni saya rehat . Dah kira hampir Asar, baru buat keputusan. Naikkan basikal , terus ke kaki Gunung Jerai. Selepas Asar, baru mulakan kayuhan. Seronok masuk kampung kampung ni, bendang, tali air, rumah kampung, anak anak berlumba basikal, aman dan nyaman. Mula jam 1705 , cuaca elok terang.Mula di Jalan Negeri K159, dlm peta tulis Guar Chempedak, sebenar pusat pekan Guar Chempedak terletak di simpang empat yang ada tulis Taman Yan Jalan Negeri 1 tu. Disini kami panggil pekan Guak aje. Jalan Kampung tidak terdapat dalam peta, tapi nama kampung Titi Teras jelas , sekiranya anda 'klik' ZOOM IN + peta ni.


View Larger Map
Dari hadapan surau, ke kiri jalan Negeri 1 menuju ke Guar Chempedak. Disini banyak jagung manis taiwan.


Surau Kampung Kepala Bukit





Pejabat kecil Hotel Regency Gunung Jerai, harga bilik bermula dari RM200++ hingga RM500+++..... lain kali ajelah....hehehe.


Taman Perumahan dibelakang surau Kampung Kepala Bukit, berpemandangan Gunung Jerai. 8km untuk sampai ke puncak.


Masjid Kampung Titi Teras, Guar Chempedak, daerah Yan.


Melintasi perkampungan Titi Teras menuju ke Kampung Teroi


Masjid Pekan Teroi, Jalan Negeri K146.


Pemandangan dekat Kubota sedang bekerja


Dihadapan Gunung Jerai mengarah ke pekan Guar Chempedak. Hantar repot sekejap.


Bendang yang sudah diairi serta sedang dibajak.


Saya ingat masa 'kecik kecik' dulu, di Lenggong masih digunakan Kerbau untuk membajak, tapi bila ada yang guna mesin ni, ingat sampai sekarang, orang kampung panggil Kubota masa tu. Kalau di Bukit Tinggi , Sumatera serta Jawa, tak akan jumpa kubota ni, sebab akan merosakkan sistem ekonomi yang mana, lebih mengutamakan kederat Sapi atau Kerbau.


Di simpang empat, tengah tengah pekan Guar Chempedak. Pekan kecil, seronoknya di Kedah ni ramai anak bangsa yang berniaga di sepanjang pekan minggu di persimpangan ini.

Jarak perjalanan sekitar 10km sahaja, masa 55 minit, kira melepaskan lelahlah.
Setiba di kaki Gunung Jerai, ada 3 brothers chinese tengah pack basikal MTB mereka masuk ke dalam pacuan 4 roda. Seperti biasa saya menegur mereka yang 'kaki kayuh' ni.
Mereka baru turun dari Gunung Jerai, jarak dalam 8 km, kalau tak silap lah, masa kayuhan hingga kepuncak 1 jam 30 min!! Oh Mak! Nasib baik saya buat keptusan kayuh disekitar kaki Gunung, kalau tidak harus, 2 jam 30 minin dengan basikal ni!

Pulang ke Sungai Petani dalam jarak 30 km, perjalanan ditemani hujan dan angin. Rupanya, malam di berita TV, sudah tersiar kisah bumbung berterbangan di Baling gara gara ribut kuat. Di Kedah ni, kalau angin ribut, memang menakutkan, termasuk disekitar perumahan saya ni.

Latiff Hariri
1850 18042010
Sungai Petani

Saturday, 17 April 2010

Tikam Batu, Sungai Petani

Tak sangka pulak, rupanya saya tidak bersendirian dalam mempertahankan isu air di Negeri Kedah Sejahtera ni. Ramai yang bersetuju dgn saya walaupun saya bukanlah ahli dalam pentadbiran negeri ni. Yang saya tergelak sendirian bila terbaca sindiran Datuk Ismail Kamus terhadap Shafie Apdal Pengerusi Perhubungan DK&S Kedah, bila Shafie Apdal membuat komen isu Air Kedah . Begini bunyinya , 'bila buka mulut nak bercakap, nampaknya macam tak tau apa-apa, tapi bila bercakap, confirm bangang'.

Berita benar lagi tepat tentang Air dan Negeri Kedah ni, boleh dibaca melalui
Warta Kedah.com

Yang pasti, warga Negeri Kedah memang tiada yang layak menjadi ketua Perhubungan DK & S, sebab, majoritinya orang orang Pakatan Rakyat. Nak lantik DR M, dia dah ......lama dah.Terpaksa diimpot wakil dari Semporna, Sabah. Mungkin jugak sebab 'bapak mertuaku' orang Sungai Petani Kedah. Tengok Semporna dan Sungai Petani, macam pekan Changlun nak dibandingkan dengan bandar Sungai Petani.

Sekarang kita bersiar di persekitaran Bandar Sungai Petani, dengan keindahan, kekurangan dan kelebihannya. Minta kita renungkan apa yang baik dan tidak baiknya.

Ini peta sekitar kayuhan saya jam 1810 16042010 . Setiap Jumaat , saya akan cuba pulang kerumah awal hanya gara gara mahu berkayuh. Apa yang saya rasa, saya semakin sihat, walaupun berat badan agak perlahan untuk menurun, tapi tanda tanda positif sudah ada.


Bermula dari kampung Teroi, terus melintasi sekitar Taman Perumahan di Bandar Sp menuju ke simpang Sungai Pasir/Batu Lintang-Berapit-Tikam Batu-Padang Temusu-SP.
Kami guna laluan K160 kearah Kg Telok Wang Kechil/Wang Besar. Di Kg Telok Wang Besar ada jalan kecil, bukan warna kuning tu, mengarah ke Berapit/Tikam Batu. Kira jalan pintas, selain dari ke arah Batu Lintang seperti dalam peta ni.Masuk jalan K175 mengarah Tikam Batu dan terus ke arah jalan 1 menuju bandar Sungai Petani.






View Larger Map
Inilah salah satu jambatan dibina , kalau tak silap perancangan time Wakil Rakyat yang asalnya saorang pemandu , tapi, akhirnya jadi MB Kedah.


Bila line clear setiap malam, kaki dadah akan cungkil skru dan tarik keluar besi penghadang jambatan, dah lopong pun. Tunggu ada yang terjun, baru tindakan akan diambil. MPSP, apa lagi, turun padanglah, tengok tengok apa yang patut.


Dulu ini kawasan setinggan , rata rata anak bangsa yang menginap, tapi MB tu berpakat dengan towkay , halau orang kampung, bagi rumah PPRT kat Paya Nahu tu.

Sebaiknya , untuk menjadi Wakil Rakyat ni, biarlah berijazah, bukan bekas Posmen seperti yang terjadi kat satu Negeri tu.







Simpang kiri kearah Berapit/Tikam Batu. Ini jalan pintas seperti tertera dlm peta tu.


Bendang dah mula ditajak, siapa kata Kedah tak ada air?


Masjid Pekan Tikam Batu, walaupun sudah melebehi usia 30 tahun, masih utuh dan cantik.


Masjid Padang Temusu yang baru siap dibina. Saya rasa satu satunya Masjid yang cepat binaannya, serta cantik rekabentuknya.


Simpang 4 Giant. Kanan ke arah Tol SP Selatan, terus, ke bandar Sungai Petani.


Kayuhan hari ni bersama Zulkifli Omar, 1 jam 20 minit, jarak 30km. Seperti yang saya jangka, sampai rumah didepan pagar, azan Maghrib pun berkumandang. Kalau saya kayuh saorang, bercinta dibuatnya, bila ada gang, baru semangat. Ada yang ajak saya bersama group cyclist SP ni, berminat jugak, terutamanya dengan abang Ramli SP. Dia ada blog sendiri - Ramli SP - blognya. Memang kagum dengan stamina yang dimiliki abang Ramli ni.Tengok blog beliau di ramlidirtcorner.blogspot.com . 'Jealous' tengok tubuh sasa/usia abang Ramli tu.


Latiff Hariri
1730 18042010
Sungai Petani

Friday, 16 April 2010

Bedong, Kedah

Ada yang menyebut Be'dong, ada yang kata Bedong, tapi yang sebenarnya kena sebut Bidong, walaupun ejaan Bedong. Terletak 10km dr bandar Sungai Petani. Taman Teratai Indah adalah Taman Perumahan yang siap dibina pada tahun 1999, maknanya Google ni dah out of date. Rumah saya berhampiran dengan Kampung Teroi, mengarah ke Taman Seroja, ke arah jalan Negeri 1, selari dengan lebuhraya Plus. Jalan Negeri 1 Taman Ria tu tol SP Utara, jalan Negeri 1 yang keutara tu, itu pekan Sungai Lalang, yang ada simpang ke kanan tu.


View Larger Map
Ini Pekan Sungai Lalang, simpang lampu isyarat ke kanan tu ke Bukit Selambau. Mesti ingat Bukt Selambau, selain dari Pilihan Raya yang menyaksikan 15 penjuru, yang mana 13 wakil bebas tajaan 'porak peranda DK & S' tu.

Dan juga ingat tak kes Arwah Mat Komando yang diburu Polis hingga ke akhir hayat beliau. Dan juga kes kecurian Rm3juta dari kereta Keselamatan , yang mana gelaran 'Harimau' cukup terkenal di utara ni. Banyak cerita menarik kat SP ni.
Saya tak anggap Arwah mat komando seorang yang ......... Ada sebab mengapa beliau jadi buruan. Apa yang boleh saya katakan, ketidak-adilan sosial. dari mulut mulut orang, beliau saorang yang penyayang dan mempunyai anak OKU. Moga rohnya diRahmati.









Bila melepasi Taman Budiman, ada simpang kiri, ada lintasan keretapi. Itu pekan Bedong. Tahun 80an dulu, Malaysia pernah digemparkan dengan kematian lebih kurang 10 gadis kilang dilintasan ini. Bila Van yang mereka naiki melintasi lintasan yang terbuka/atau separuh tutup pagarnya, dan bertembung dengan keretapi barang KTM. Gempar 1 Malaysia. Sebut KTM aje, terkenang dipertengahan 80an, dimana saya menjadi penumpang setia setiap minggu BM-KL. Masa tu saya istilahkan KTM-Ketibaan Tidak Menentu. Pernah naik jam 230 ptg, tiba KL jam 3 pagi. Menggigil dalam koch.

Ke kiri, jalan K1 melepasi Taman Tasek Indah, Taman Desa Semeling. Dan terus ke arah Kampung teroi semula. Di antara dua taman ni, ada Universiri Aimst milik MIC. Saya tak nak komen panjang, cukup kata, dah siap lama, tapi, macam Gajah Putih aje, tak da duit kut? Kena tanya Samy mana pi duit Maika, hehehe.


Ini Mokhtar yang temankan saya. Jarak 30km, mula jam 1722 dan tiba dirumah jam 1845.
Sempat pekena capati sebelum Maghrib. inilah aktiviti Ahad 11 April 2010


Latiff Hariri
2309 17042010
Sungai Petani

Saturday, 10 April 2010

HARUSKAH KITA BERPISAH-BROERY

Saya tak boleh dengar lagu ni, rasa macam berada dalam kapalterbang, meninggalkan sesuatu tempat yang penuh dengan kenangan pahit manis. Mulalah terbayang saat kanak kanak dan remaja hingga ke alam dewasa , sebelum 'matang' ni. Lagu ni memang syahdu, ciptaan Dr Ahmad Nawab nyayian Broery.Memanmg tiada dalam pasaran sebab ianya lagu Tema filem di tahun 70an dulu. Fahami bait bait cinta dan perpisahan, yang akan sering terjadi dalam kehidupan kita.



Sebak mendengar gemersik suara Broery

Latiff Hariri
1517 10042010
Sungai Petani

BASUH BALAI


Menunggu YB Aziz, biasalah orang kenamaan ni last baru sampai....Geram tengok ikan tu tergolek

Istilah ini agak pelik. Secara sepontan, macam nak cuci Balai Polis yang semestinya dicuci setiap hari tu. Tetapi kepada orang Kedah, istilah ini biasa digunakan selepas selesai majlis kenduri perkahwinan. Tapak perkahwinan seperti khemah, tempat memasak dan sebagainya hendak dibuka dan sebelum dibuka , tapak atau Balai harus dibasuh, dan orang orang kampung yang bergotong royong tempohari, akan sekali lagi diberi majlis makan makan. Senang cakap Appreciation Dinner lah. Payah sangat! Ish ish ish.

Saya pun tak pernah dengaq perkataan ni walaupun dah 10 tahun di Kedah. Jadi bila abang Fauzi kata jam 830 malam, malam Sabtu, ada makan makan sikit kat tepi Sungai Semeling. Ya, jambatan yang saya sering cycle tu. OKlah, saya pun turun anak beranak. Tak sangka pulak majlis ni namanya Basuh Balai. Tapi ikut cara orang sekaranglah. Mana ada balai balai lagi, semua pakai katering , depa yang basuh semua, kita bayar aje.




Makan pun bermula selepas doa diaminkan , Amin.... Bismillah.....


Makan bermula jam 9 malam, selesai dalam 30 minit, ingatkan dah kenyang boleh angkat kaki lah, hehehe. Rupanya.....


Cikgu Azizi menerima 'awardnya' sebagai jiran terdekat terbaik



Kategori Berita terbaik dari blog Teratai Indah, Sungai Petani.

Aziz pemenang Tukang Karut terbaik. Dah kenyang makan, baru dia tanya, Biras abang Fauzi datang tak? Terpaksa saya mencelah, 'dia dah kenyang, mcm tu lah, baru teringat kawan kawan' hahaha, satu meja ketawa. Masa terima hadiah tu, tiba tiba 'blackout' , mungkin baju kuning sangat
YB oi.

Dapat keychain lagi dari pengantin baru Mac 2010



Kata kata kertas pembungkus hadiah.

Kalau macam ni punya senang kerja, bawa pengantin, hantar pengantin, tiap tiap tahun pun kami sanggup. Tamat majlis, Basuh Balai, dapat hadiah. So, tanpa segan silu kami tanya, 'next' bila? Eh, spontan je jawab abang Fauzi ni, 'lagi 3 tahun. Hmmm, yang mana, Putera ke Puteri? Mungkin waktu tu Aziz dah pakai BM 7 series rasanya, mengikut ramalan Pak Belalang lah.


Latiff Hariri
1503 10042010
Sungai Petani

Saturday, 3 April 2010

PULAU BUNTING, KEDAH DARUL SEJAHTERA


View Larger Map
Kepada yang menanya, Pulau Bunting ni kat daerah mana, ini petanya. Keluar tol Gurun, terus ke arah Guar Chempedak, guna jalan negeri K146 dari Guar Chempedak ke arah Yan, belok ke Kanan Jalan Negeri K142 hingga melepasi Kampung Kuala Dulang Kechil, anda lihat ada simpang kekiri, masuk kearah itu, bila jalan itu menyusuri pantai, kira jalan ke Gerik tahun 1960 pun lagi lawalah!! Lihat peta, ada perkataan Yan diatas laut, itulah Pulau Bunting.

Jaraknya dari rumah saya dalam 60km, kami kena kelilingi Gunung Jerai, dan menyusuri pantai untuk sampai kesini.Kami bergerak jam 1600, dan tiba di destinasi jam 1720 di tapak jambatan Pulau Bunting.

Ternyata saya silap, sebenarnya jambatan dibina dari Yan menuju ke Pulau Bunting, dan bukannya ke pulau di Indonesia, sepertimana penulisan saya terdahulu.


Dalam Google , tengok jalan mcm cantik aje, sebenarnya hampeh. Mereka buat projek tanpa mendapat kelulusan, buat dulu, akhirnya projek tak mendapat restu rakyat, tinggalkan aje sampah kat Kedah Sejahtera.



Jarak ke Pulau Bunting , ikut kiraan meter basikal ni, tepat 2km. Ada papan tanda tak benarkan memancing diatas jambatan kununnyalah, tapi.......


Cantikkan Pulau Bunting. Tiada jalan raya disini, hanya lorong denai.


Dari bawah jambatan tepi kiri mengadap Yan


Dengan Izzuddin


Dengan Zulkifli


Pulau batu karang


Pulau Bunting dari tengah Jambatan, kira kira 0.5km kearah Pulau




Besi solid tu!!


Pemandangan kearah Yan



Indahnya Pulau Bunting yang masih dara, dan mahu dikomersialkan oleh mereka yang rakus dibawah naungan DK & S.


Lenjun.... menuruni tengah jambatan , kira kira 1.5km kearah pantai Yan.

Beginilah indahnya Kedah Gemilang dan disambung tadbir Kedah Sejahtera. Saya bukan kontraktor atau Jurutera JKR, tapi dari congak saya dan Zul, kami anggarkkan kos pembinaan melebihi RM25juta. Kalau salah, dah mahukan saya dapatkan fakta, insyaallah, saya akan sahut dengan bertemu dengan pakar di JKR negeri Kedah.
Bayangkan kalau betul RM25juta, 1000 rumah kos rendah dapat dibina untuk gemilangkan lagi negeri Kedah ni.

Dalam saya seronok nak tengok 'keindahan' Kedah Gemilang ni, saya terlupa , di SP pun ada jugak jambatan begini, nanti saya fotokan.

Latiff Hariri
0910 04042010
Sungai Petani

Friday, 2 April 2010

ADUAN RAKYAT

Memang kelakar menonton Aduan Rakyat TV3, rabu 31 Mac 2010, yang diterajui Karim Singgah Walia tu, apa apa saja yang boleh menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, mereka akan hentam. Bukannya Aduan Rakyat , jadi Adu Pakatan Rakyat. Masaalah air Negeri Kedah bermula sejak dibawah pimpinan DK & S lagi, terutamanya bila penswastaan bermaharajalela dibawah pimpinan Dr M. Air memang jadi isu dari dulu. Bak kata Karam Singh:- tepuk air didulang , terpercik kemuka Karam Singh Walia jugak!!

Musim kemarau memang teruk di Kedah ni, dah jadi kebiasaan , air akan diangkut dengan lori tangki kekawasan yang terjejas. Tengok ajelah Pegawai Juruteknik Kanan yang ditemubual TV3 tu, dia pun tunjuk muka malas nak jawab kat TV3, mcm acuh tak acuh aje, tak malukah TV3. Seronoknya bila pencacai DK & S marahkan Kedah Sejahtera dan puji Kedah Gemilang. Berapa TV3 bayar kat orang kampung tu agaknya?

Setahu saya memang Kerajaan Kedah pimpinan Ustad Azizan tiada dana untuk majukan Negeri Kedah, hutang Air Negeri sahaja RM30juta, kerajaan DK & S tidak menyalurkan Dana langsung kepada Kerajaan Negeri, bagaimana "Kedah Maju 2010" ni? Ini slogan MB dulu dululah.


02042010
Sudah 2 Jumaat , khutbah di Masjid Kubang Buaya, di muliakan oleh dua tokoh tersohor, salah saorang darinya, Datuk Ismail Kamus. Banyak yang disentuh , dari parlimen :- berapa banyak lesen perjudian yang beraktiviti, dan lagi 60 bakal diluluskan, diperinci setiap syarikat judi menyedekah cukai jutaan RM kepada kerajaan DK & S, juga cukai ekspot/impot arak yang bermula dari 200 juta setahun, menjadi 500 juta dan terus meningkat setiap tahun. Dan kerajaan DK & S salurkan wang haram ini kepada Rakyat, dan terjadilah isu soal masaelah (mcm sebutan dalam Nujum Pak Belalang) sosial, kes buang anak dsbnya. Ini gara gara duit sedekah dari DK & Slah.

Ini mukadimah kecil aje, kita teruskan aktiviti harian hari hari berlalu....

030410 . Rencananya, sabtu ni mahu berkayuh ke Pulau Bunting disebelah pagi, saat akhir ditukar kesebelah petang, gara gara jiran ketat, si Aziz ni mengidam nak makan nasi lemak untuk sarapan. Saya part makan ni, memang A lah. Kemas keliling rumah, buka payung gazebo, susun kerusi, jemput jiran jiran rapat bertandang. Tepat jam 845
Mokhtar dan Zul sampai, diikuti Lan, abang Rahman, Aziz dan Yuslan. Najib sekeluarga terakhir sampai.

Yang seawal jam 630pagi, yang greet saya setiap pagi, burung murai ni. Jinak jinak merpati, sebab sarangnya di rumpunan pohon lengkuas ditepi dapur rumah. Kalau saya keluar rumah, cek kereta sebelum ke tempat kerja, sepasang burung ini seolah olah mengusik saya dgn berlegar legar disekitar Kancil merah yang saya panaskan enjinnya.




Mokhtar, Azlan, Zulkifli dan abang Rahman.









Najib anak beranak


Kalau Tekong datang, maka ketawalah pengisi halwa telinga selain dari isi perut.

Jadi, beginilah aktiviti 2-3 bulan sekali , tak pun 6 bulan sekali di Taman Teratai Indah ini. Yang pasti, kalau Aziz ada, ditambah Najib, maka cerialah taman ini. Petang ni kita tengok cuaca, kalau ok, saya korek rahsia Pulau Bunitng tu, dan kita 'story' tentang kehebatan kerajaan DK & S dibawah kepimpinan MB dulu dulu.

Tunggu ya.


Latiff Hariri
1422pm 03042010
Sungai Petani

(Terkini 04042010- rakan rakan di daerah Batu Pahat Johor pun dah beritahu saya yang mereka pun jadi 'mangsa' dicatukan penggunaan air oleh oleh kerajaan DK & S pilihan mereka. Diminta TV3 segerakan lapuran .

Wang Ihsan Kelantan yang diberi kepada pelajar pelajar miskin tu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun dah salurkan Rm100 kepada setiap warga emas. Pulau Pinang ada minyak ke? Mana datang wang mereka? Bukankah itu dari usaha gigih Pemimpin

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani pun saorang wanita, moga tiada lagi penyelewangan sepertimana terjadi dulu)