Bee Gees

Tuesday, 19 January 2010

Tembang Kenangan

Masa remaja, pada saya, memang indah. Tapi bukan bercinta ekk.
Lebih kepada kenangan bersama kawan kawan sekolah dan lagu lagu hit yang mengiringi alam menuju dewasa. Saya boleh hafal lagu lagu J Mizan, Mercy, Favourite Group, Dlloyd, Edy Silitonga, Andre Goh,Mus Mulyadi, Frankie Cheah . P Ramlee jgn cakaplah, dialog lakunan pun boleh hafal. Hehe, tak termasuk penyanyi wanita spt K Pah, Sanisah Huri, Rafeah Buang , Emilia Contessa,dsbnya.

Tahun 2009 yang lalu, saya berkesempatan menyambut kedatangan Penyanyi2 spt Datuk Malek Ridzuan, Ernie Djohan, Tety Kadi, Ria Resty Fauzi, Endang S Taurina, Zaleha Hamid, Tommy J Pisa dan Halil Chik. Memang terhibur dan bernastolgia. Ternyata suara mrk evergreen dan power. Terutamnya Endang, Tety Kadi, Ernie Djohan dan Pak Tommy.
Umur dah 59 , tapi.....

Anak anak saya angkatan 2000 ni, walapun lebih minat pd angkatan Penyanyi terkini, sekarang mula kagum kepada penyanyi2 lama yang mrk tak berapa kenal.



Kalau dah minat, kena ambil front row, puas dapat tatap , bernyanyi n berdansa bersama Penyanyi
1) Eka, Penulis dan blogger Rahman
2) Qilah dan Ibu
3) Othman Hamzah


Tommy J Pissa dgn 'Suratan'

Tety Kadi dgn Tarikan Nafasku Yang Terakhir.
Penulis ingat lagu ni tahun 1969-1970 , menginap di Kg Sira, sebab lagu ni hit masa tu. Masa umur 6thn tu, terbayang yang penyanyi ni memang betul betul dah nak mati dan betapa kejamnya lelaki yang tak nak;-
Peluklah belai lah daku, oooo
itu tak pernah terjadi
semua harapan belaka
nafasku yang terakhir ini
hanyalah kutujukan pada mu.....



1)Ernie Djohan dgn Teluk Bayurnya. Teluk Bayur terletak di Padang. Tahun 60 , kira Pelabuhan Teluk Bayur ni tempat perpisahan kpd mrk yang berhijrah kerana kerja atau belajar

2)Aqilah depan poster aje.


1) Mohd dan Ibu.
2) Barisan Penyanyi
3) Zaleha Hamid, Tommy J Pisa danOthman Hamzah


1) Barisan Penyanyi malam itu,.....

2) Ibu pun nak cuba berduet dgn Endang dlm lagu Apa Yang Ku Cari.


1)Qilah nak ambil foto Endang, atau nak fokus kat rambut Blogger Rahman dan abah dia ni?
Bila masa pulak rambut saya dah pupus ni, tgk dpn cermin, ok aje.

2)Eka malu malu dgn Endang.


Tommy J Pissa dgn Izzuddin.

Abah , peminat No 1 Tommy J Pissa.Senyum sampai ke telinga. Siapa nak dengar suara Tommy J Pissa dgn lagu Biarkan Aku Menangis, sila silakan ke Sungai Petani.
Lagu ni berhantu masa umur belasan tahun dulu, almaklumlah, cinta remaja yang entah apa apanya, hahahha


1)Endang S Taurina kena 'himpit' oleh Anak Bapak, Izzudin & Latiff.

2)Aishah lagi sakan, tak kasi can, terus peluk. (Aishah adik bongsu Penulis)

Terima kasih Endang. Nak tengok lagi kalau Istana Budaya pulak jemput nama nama besar ni.


Apa yang lucu sangat tu? Roziah, Abby & Emak

Izzudin menari dgn Zaleha Hamid? Sakan!!


Izzuddin & Othman Hamzah .


Emak dgn Tety Kadi. Tety Kadi adalah Adun dalam Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

Rata rata malam tu memang terhibur . Puas dpt 'live' dgn penyanyi Tanah Seberang.
Ternyata PR mereka tinggi, sentiasa senyum dan ramah dgn peminat. Bila sesi otograf dan berfoto, penyanyi yang sapa saya ajak berfoto bersama, siap minta dua tiga posing dgn saya, dah terbalik pulak, esp kepada Ria Resty Fauzy yang terkenal dgn lagu Sepatu dr Kulit Rusa dasn Cinta Ku Sedalam Lautan Atlantik tu, harus luruh jantung saya.

Mengharap Istana Budaya lakukan sesuatu lepas ni.

Selamat Malam
2240mlm 21/01/10
Sungai Petani

2 comments:

Rahman Hariri said...

crop the pix first, then baru upload. baru cantik

Unknown said...

we don't have enough time to do so
we'll try thans for comment..