Bee Gees

Tuesday, 16 April 2013

Pemilihan AJK Masjid Al Amin Sesi 2013 - 2018

Sebenarnyakan, inilah pertama kali saya hadiri Mesyuarat Pemilihan AJK MAsjid Al Amin ni, sejak saya jadi pemastautin tetap perkampungan Sungai Layar ini , sekitar 2001 . Ish, 12 tahun tu!

Saya punya alasan yang boleh diterima tau diatas keculasan ini. Saya bekerja di Butterworth, tiada kesempatan untuk berpatah balik ke Sungai Petani didalam waktu bekerja ini.

Kehadiran ini pun adalah tanpa saya rancang. Nak jadi cerita, saya pun sememangnya bercuti Jumaat ini, dan anak anak bujang ini yang ingatkan saya supaya hadir beramai ramai memilih AJK Masjid ini demi kebaikan perkampungan kami ini.

Kalau korang faham mengapa, pasti korang tau alasan kuat mengapa setiap penduduk harus hadir memilih AJK baru ini.

Alah, senang cakap, macam PRU lah jugak, kalau dapat kat tangan tangan yang boleh merosakkan Negara, haruskah kita Rakyat mendiamkan diri? 

 
Setiausaha Hj Shahidan memulakan ucapan aluan kepada hadirin yang hadir.

Jangan salah anggap pulak, selama ini pun, saya rasa pentadbiran Masjid Amin ini pun ditahap yang baik. Cuma perlu diperbaiki lagi. Banyak ruang yang perlu dilihat dan diberi perhatian. Tiada salahnya dengan Imam Ustaz Ibarhim Ahmad itu, dia adik yang baik dan bertanggungjawab.


Wakil dari Pejabat Agama Kota Kuala Muda pun turut hadir..

Sebenarnya , ahli Masjid hanya boleh melantik 3 perwakilan yang akan mentadbir urus Masjid. Pejabat Agama akan memilih 3 lagi wakil yang dilantik mereka sendiri. Bermakna, akan ada 6 Jawatan didalam AJK Masjid ini.

Imam saya sudah pasti , adik saya itu!!



Saya cadangkan Mahathir Osman...aka Pak Tam Det!

Pak Tam Det anak jati Sungai Layar. Beliau disenangi masyarakat baik pangkat Ayah, mahupun anak anak darjah 1 sekolah berhampiran.

Bila melihat nama nama yang dibarisi dari orang orang yang boleh bekerja tanpa mengira dari pehak mana, maka adalah yang mula mencadangkan dari 'puak' sebelah sana pulak. Ini yang kami kena perbetulkan.


Akhirnya terdapat 8 pencalunan.....

Inilah demokrasi namanya. Tapi, dalam hal Masjid ini, demokrasi seharusnya diletak ketepi. Masjid bukan untuk mencari habuan dunia tau!!

Jadi, kami anak khariah kena mainkan peranan supaya orang orang yang layak sahaja mentadbir utrus Rumah Alllah ini.

AJK yang berjaya, Pak Tam Det 60 undi, Abang Rashid 52, Abang Yusuf 38 . Semua ini pilihan kami, dan syukur yang lain jauh ketinggalan.


Senyum riang. Gang veteran dan gang Anak Muda berganding bahu memastikan tiada unsur politik serong meresap dalam Masjid.

Sebenarnya ini baru permulaan. Sebaik selesai perlantikkan 3 wakil dari Pejabat Agama, akan ada sesi kedua sesama qariah ini, masa itu kita kena atur sekali lagi siapa pegang apa, siapa urus apa.

Kami pulang dengan berlapang dada. Kini kami hanya menunggu perlantikkan rasmi 3 penama dari Pejabat Agama. Selepas itu, secara resmi setiap dari AJK ini akan diberi tugasan sesuai untuk mereka. Dan saya pasti akan ada pemilihan kecil dikalangan kariah untuk jawatan kecil Bilal/Tok Siak dan sebagainya.

Alhamdullillah

Latiff Hariri
2008 16042013
Sungai Petani

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

Maaf saya nak tanya sat, Tuan Haji Ahmad Tabri bin Abdullah tiada lagi duduk dalam AJK mesjid ni kah?

Unknown said...

Waalaimussallam,
Maaf Tuan, tiada nama itu. Yang ada , dan selalunya dilantik kemudian sebagai AJK Kecil Masjid, Ahmad bin Abdullah @ Cikgu Mat, Mantan GPK SMK SunLay.