Bee Gees

Sunday, 23 March 2014

2014 Sharing Our Journey II

Subuh tu saya terjaga sekitar pukul 5.

Mandi , kemas kemas apa yang patut supaya waktu pulang nanti tidak berkelam kabut untuk mengemas rumah tumpangan kami ini.

Sebaik selesai Subuh, sekitar 630 pagi baru saaya terperasan ada 'missed call' dari rakan saya ni.

Alamak alamak. Maafkan saya.

Untungnya kami semua sudah bersiap untuk keluar sarapan di 'pelabuhan' biasa kami sekitar 80an dahulu.

Jadi saya dan Pak Lan terus ke Stesen Bas kamunting untuk menjemput Muhammad Nassir Hanapi yang berangkat dari JB sekitar pukul 10 malam tadi.

Yang terjauh untuk SOJ2. Tahun 2013 yang terjauh adalah Khairul Azlin dari Kuching, Sarawak.
Tahun ini kerana kekangan masa Prof Azlin tidak dapat bersama. Tetapi kehadiran wakil UTM untuk kali kedua ini mengharukan kami

Jadi, sempatlah kami pekena saorang sekeping roti canai pagi ini.

Dalam foto atas, Anuar Othman, Dr Ismail dan Razak Yusoff .Pak lan dan saya dibelakang.


Mie Gelong, Anwer dan adik saya Rashi.

Nassir Hanapi....., tiada dalam foto Badrul, jrukamera kita, serta Badli yang lewat.

Kami bergerak sekitar 745 pegi menuju ke Lorong King Edward.

Dan sudah menanti guru guru dan pelajar akan kehadiran kami. Hati saya dah teruja.

Anuar Othman, Jalil Shaaib Naib Presiden OEKL, Roslan Rahman Presiden OE81 dan Razak Yusoff.

Acara bermula sekitar 820minit pagi, dan berlarutan hingga ke pukul 9 pagi.

Nyanyian lagu sekolah.

Foto dari atas pentas...kata kata aluan dari Pengetua.


Guru Kanan Tingkatan 6, OE Jalil, OE Pengetua Hj Aziz, OE81 Pak Lan dan OE79 GPK Zakaria.

Pak Lan mengalu ngalukan pelajar dan guru guru.


Ole ole dari Sekolah untuk OE81

Sebaik selesai acara bertukar tukar ole ole ini, acara peringkat pertama ini berakhir. Selain dari Pak lan dan Pengetua berucap, OEKL Jalil pun turut memberi sepatah dua kata untuk kami semua.

Untuk rekod , seperti tahun yang lalu, kami memberi Gambar berbingkai kepada Tuan Pengetua sebagai tanda kenangan Kumpulan OE81 ber'dinner' bersama Tuan Pengetua tahun 2013 yang lalu. Bersama foto tersebut terkepil sekeping cek brnilai RM1,000.00 dari OE81 untuk PIBG Sekolah.

Ini permulaan yang baik, kerana pada tahun 2013 tiada sumbangan kewangan dari OE81.

Sementara menanti, empat jejaka idaman ini beraksi di luar Dewan. Anwer, Nazri, Wizan dan Suhaimi.

Bersama orang kuat OE80 Cikgu Siva dan Cikgu Alisyah, orang kuat TMGS81.

Senang berurusan dengan Guru Guru ni.

Para hadirin VVIP dibawa bersarapan bersama Pengetua sedangkan kami dengan acara memilih pelajar yang mahu memasuki bidang bidang yang kami ceburi.

Latiff Hariri
0918 23032014
Sungai Petani

No comments: