Bee Gees

Monday 26 January 2015

20-21 November 2014 SP-KL- Jakarta

2014 sudah menghampiri penghujungnya, jadi saya dipaksa menghabiskan saki baki cuti tahunan saya. Walaupuna masih dibulan November dan cuti sekolah baru bermula, tetapi anak anak saya sudah tidak bersekolah lagi, jadi terpaksa dicepatkan supaya Izzuddin boleh terus pulang ke UiTM.



Penuh bonet kereta.

Terus ke Kuala Lumpur petang itu untuk makan bersama kakak saya.

Bangunan Great Eastern Jalan Ampang.

Selesai berkisah sambil mengisi perut, kami bergerak ke BTHO, untuk bermalam dirumah abaang saya , Rahman. Dia tak berapa nak sihat.

Malam tu saya tidur tidur ayam sahaja kerana tidak mahu terbabas untuk ke KLIA2.


Akmal yang hantar kami ke KLIA2 subuh itu.
(Rahman disahkan terkena denggi beberapa hari kemudian)


Ustaz Fauwaz yang baru kami kenal subuh 21 November 2014. Orang kuat Mapim. Gaya dah memang macam Cikgu Azmi

Kami naik penernbangan pertama ke Jakarta, dan tiba mengikut jadual. Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dalam pengubahsuaian, jadi berlaku ketidakselesaan untuk tetamu. Kami berhenti di padang terbuka, dan menaiki bas tersedia untuk memasuki ruang Immigrasi.
Bingung jugak dibuatnya kerana telah berubah lokasi dari bangunan sediaada.

Cari teksi tiada masaalah bagi saya. Gunakan perkhidamatan Teksi BlueBird atau Silver Bird. Dua jenama yang terbaik. Kami naiki Innova paling mudah untuk 6 tetamu.


Filem yang bakal hit di Jakarta pada bulan November lalu.

Mad Iban berselfie Monas.

Kami berhenti agak lama di Monas dan disisi statuin KA Gambir. KA tu keretapi lah.
Saya beli tiket keretapi untuk esoknya ke Bandung. Bagus dan ketat kawalannya, haru ada no ic atau paspot sebelum pembelian. Harganya Rp110,000 seoarang atau sekitar RM26.00 ke Bandung dari Jakarta.

Dari Stasiun kami terus ke Hotel. Memang pelik bila pemandu teksi sendiri tidak tahu lokasinya Menteng, dimana terletaknya hotel pilihan kami sekeluarga ni.

Beli ubat herba Keladi Tikus dikirim langsung ke lobi Hotel.

Sebaik lapur masuk Hotel, saya mengarahkan semua segera keluar untuk berbelanja di Tanah Abang, Jumaat ni kami berzuhur di Hotel sahaja.


Paksa mereka jalan kaki atau naik Bajaj aje.

Rumah Makan Garuda.

Mereka lapar? Yes. Itu yang saya buat sebaik tiba di daerah Sabang. makan dahulu sebelum berbelanja.

Dari Sabang kami naik Bajaj ke Tanah Abang. Disini, saya dah ajar Fauwaz dan Mad Iban cara mudah jika hilang dari kumpulan, belanja sendirian, dan pulang ke Hotel sendiri jika tercicir.

Tanah Abang.

Saya izinkan mereka bebas, lagi pun semua dah dewasa, pandai pandai lah bawa diri.

Malam tu pun , anak anak saya yang masih kekenyangan tidak mahu kemana mana lagi, jadi saya hanya bungkuskan nasi goreng untuk mereka makan malam di kamar sahaja.

Lama juga tunggu budak bujang dua orang tu pulang malam....risau jugak, dah lepasi pukul 12 malam!
Sedangaka saya juga menanti kehadiran anak sulong saya Noor Aqilah yang sendirian dari KLIA2 ke Jakarta dengan penerbangan terakhir , jadualnya 1030 mlm dari KLIA dan tiba Jakarta 0015, tetapi penerbangan ditunda dan Aqilah tiba sekitar pukul 3 pagi di Hotel. 

Tak tidur kita dibuatnya. Subuh tu pakat tak tidur dah sebab harus ke Stasiun gambir untuk berangkat dengan keretapi pukul 6 pagi.

Latiff Hariri
1838 260115
Sungai Petani

No comments: