Bee Gees

Sunday 11 January 2015

13 September 2014 Bukit Tinggi - Padang

Sebaik cek-out dari Gran Malindo Hotel Bukit Tinggi.

Selesai makan tengahari di Rumah Makan Sederhana


Beli lagi sekali, Bingka Neraka.

Suasana agak berkabus, mungkin lepas hujan. Sebaik melepasi Kota Padang Panjang saya minta Ad berhenti disisi untuk melihat panorama indah menuruni Banjaran Bukit Barisan ini. 

Kalau di Malaysia kita namakan Banjaran Titiwangsa lah.

Dibawah tu jalan raya yang bakal kami susuli nanti.

Melepasi Lembah Anai, Air Mancurnya.

Kami tiba sekitar menghampir Maghrib. Tak lah lewat , cuma asar dah tinggal sipi sipi je.

Cek in di Hotel Bunda pulak.

Memang letih tapi puas hati. Sebaik selsai mandi dan rehat, kami keluar lagi. Kali ini  mereka dah tak mahu menu Nasi Padang lagi.

Makan ala carte spt nasi goreng dan sebagainya.

Hujan pulak malam ni. Sempat saya beli pisang goreng , keledek, ubi kayu dan tauhu goreng buat lapik perut dalam perjalanan pulang.

Berhenti beli telur penyu rebus.


Malam tu tidur lena, sebab tak prlu bangun awal. Esok perjalanan pulang lepas tengahari, jadi tak perlu tergesa gesa.

Latiff Hariri
1648 11012015
Sungai Petani

No comments: