Bee Gees

Monday 12 January 2015

14 September 2014 - Bandara Minangkabau - KLIA2

Saya kut mana pun bangun awal macam tu jugak. Sikit liat je, Azan terdengar disekeliling Hotel Bunda ni.

Saya dan Syam antara tetamu yang awal bersarapan.

Anak Menantu Arwah Pak Kamal

Selesai sarapan saya paksa mereka mengekori saya ke pusat Kota Padang . Disini terletaknya pasar ikan dan pasar harian . Pusat membeli belah.

Angkut - Bas mini Angkutan Kota.

Masih terlalu awal untuk kami pelopori pusat kota ini, jadi saya bawa mereka ke dataran Staduim Padang.

Ini stadium mini Padang.

Akhirnya semua mengaku kalah, Letih berjalan, Saya benarkan mereka pulang sendirian ke Hotel, sedangkan saya menemani adik dan isteri Din untuk berbelanja minit minit terakhir.

Korang percaya, disini saja habis RM1,000.00  !!

Akhirnya kami melangkah laju pulang, sebab kehendak hati sudah tertunai.

Terus bersiap untuk bergerak ke Bandara. Jam dah melepasi pukul 1030 pagi waktu WIB.

Ad dah sediasiaga.

Ok, last posing.

Kami keliling Kota Padang, melihat pantai Padang dan Jambatan Siti Burbaya. Terus bergerak perlahan ke Bandara dan bertembung dengan perarakan pengantin. 

Ada sesiapa yang berminat bernikah disini? Cantikkan.?

Kira kira 1km dari Bandara, kami berhenti untuk makan makanan ringan  - Soto. Disini terletaknya Soto terbaik Kota Padang.

Masa ni saya perasan Din selamat dah tak ceria....


Didepan gerai Soto ni ada bangunan kubah besar.


Dah di Bandara sekitar menghampiri pukul 12 tengahari.

Saya tak gemar bila nak keluar dari wilayah Indonesia ni. Staff AirAsia mereka terlalu mencari duit dengan memaksa kami menimbang setiap beg yang kami bawa.

Untung kalau ada yang mengenali staff didalam ni. Jadi, Ad lah tukang 'kautim' setiap kali di Bandara Padang.

Kira kami sempat solat Zuhur dahulu sebelum penerbangan pukul 2 petang WIB. 

Sham duduk dihadapan saya.

Perjalanan di udara ini cukup sempurna, kami  tiba KLIA2 sekitar 4 petang.

Beg berbundut bundut, tiada halangan bila melalui lorong Kastam.

Berpelukan dan bersalaman sebelum berpisah

Dhiya antara yang tak suka bila perjalanan ini tamat

Sebaik sampai KLIA2 sekitar setengah jam kemudian, Hatta pun sampai untuk mengambil kami pulang ke Enstek kerana kereta kami parkir di rumah beliau

Tiga sekawan budak KE.

Bersaing pulang dengan Din Selamat, dan saya teruskan perjalanan pulang tergesa gesa ke Sungai Petani.


Di Sungai Petani isteri saya masih mampu tersenyum dalam kesakitan bila nampak muka saya, huhuhu.

Latiff Hariri
1708 2015
Sungai Petani


No comments: