Bee Gees

Saturday 10 January 2015

3 Oktober 2014 - Melayan Anak Anak di Kota Bukit Tinggi

Sebaik melapurkan diri di Hotel Ambun Suri, kami tiga beranak terus bergegas ke Pasar Atas. Kena cepat, kerana toko toko disini tutup perniagaan awal sebaik selesai Asar.

Dari lantai 1 Hotel Ambun Suri.

Kerana masa yang suntuk saya dan anak anak paksa diri untuk berbelanja di Pasar Atas, walaupun keletihan kerana tak cukup tidur.

Telekung, suatu ketika dahulu RP50,000 sepasang, tapi kini RM100 untuk 4/5 pasang. Pada saya mahal, sebab Ringgit tinggi. dahulu Ringgit sekitar 2.7 kini 3.6, jadi lebih baik korang tawar ke Rp50,000 sepasang  atau sekitar RM16.00 sahaja. 

Puas berbelanja walaupun udah lewat

Gunung Singgalang dilatar.

Sementara itu, rakan baik Darjah 1 saya ini sempat posing untuk saya dari Rawang, kiriman ole ole dari Bukit Tinggi, yang saya beli waktu bersama rakan OE81 itu.

Hensem orangnya....hehehe.
(Sebelum saya selesai menulis kisah ringkas ini, dukacita saya maklumkan bahawa rakan darjah 1 saya ini , kehilangan isteri tercinta pada 28 Disember 2014 yang lalu. AlFatihah untuk Allahyarhamah Khalidah)

Malam tu kami makan di Rumah Makan Wong Semarang aje, mudah ala-carte.

Masa turun dari mobil si Ad, sudah kedengaran takbir Eid Adha dari Masjid berdekatan. Ada yang meraikan Eid Adha pada 4 Oktober, sedangkan majoriti Rakyat Indonesia mengikutinya pada 5 Oktober sepertimana di Malaysia


Sepatu getah gaya terkini Bukit Tinggi.

Tidur awal malam tu, sebab paginya nak ke pasar beli ikan dan  keperluan dapur.

Latiff Hariri
0828 09012015
Sungai Petani

No comments: