Bee Gees

Sunday, 11 January 2015

13 September 2014 Bukit Tinggi - Padang

Sebaik cek-out dari Gran Malindo Hotel Bukit Tinggi.

Selesai makan tengahari di Rumah Makan Sederhana


Beli lagi sekali, Bingka Neraka.

Suasana agak berkabus, mungkin lepas hujan. Sebaik melepasi Kota Padang Panjang saya minta Ad berhenti disisi untuk melihat panorama indah menuruni Banjaran Bukit Barisan ini. 

Kalau di Malaysia kita namakan Banjaran Titiwangsa lah.

Dibawah tu jalan raya yang bakal kami susuli nanti.

Melepasi Lembah Anai, Air Mancurnya.

Kami tiba sekitar menghampir Maghrib. Tak lah lewat , cuma asar dah tinggal sipi sipi je.

Cek in di Hotel Bunda pulak.

Memang letih tapi puas hati. Sebaik selsai mandi dan rehat, kami keluar lagi. Kali ini  mereka dah tak mahu menu Nasi Padang lagi.

Makan ala carte spt nasi goreng dan sebagainya.

Hujan pulak malam ni. Sempat saya beli pisang goreng , keledek, ubi kayu dan tauhu goreng buat lapik perut dalam perjalanan pulang.

Berhenti beli telur penyu rebus.


Malam tu tidur lena, sebab tak prlu bangun awal. Esok perjalanan pulang lepas tengahari, jadi tak perlu tergesa gesa.

Latiff Hariri
1648 11012015
Sungai Petani

Saturday, 10 January 2015

3 Oktober 2014 - Melayan Anak Anak di Kota Bukit Tinggi

Sebaik melapurkan diri di Hotel Ambun Suri, kami tiga beranak terus bergegas ke Pasar Atas. Kena cepat, kerana toko toko disini tutup perniagaan awal sebaik selesai Asar.

Dari lantai 1 Hotel Ambun Suri.

Kerana masa yang suntuk saya dan anak anak paksa diri untuk berbelanja di Pasar Atas, walaupun keletihan kerana tak cukup tidur.

Telekung, suatu ketika dahulu RP50,000 sepasang, tapi kini RM100 untuk 4/5 pasang. Pada saya mahal, sebab Ringgit tinggi. dahulu Ringgit sekitar 2.7 kini 3.6, jadi lebih baik korang tawar ke Rp50,000 sepasang  atau sekitar RM16.00 sahaja. 

Puas berbelanja walaupun udah lewat

Gunung Singgalang dilatar.

Sementara itu, rakan baik Darjah 1 saya ini sempat posing untuk saya dari Rawang, kiriman ole ole dari Bukit Tinggi, yang saya beli waktu bersama rakan OE81 itu.

Hensem orangnya....hehehe.
(Sebelum saya selesai menulis kisah ringkas ini, dukacita saya maklumkan bahawa rakan darjah 1 saya ini , kehilangan isteri tercinta pada 28 Disember 2014 yang lalu. AlFatihah untuk Allahyarhamah Khalidah)

Malam tu kami makan di Rumah Makan Wong Semarang aje, mudah ala-carte.

Masa turun dari mobil si Ad, sudah kedengaran takbir Eid Adha dari Masjid berdekatan. Ada yang meraikan Eid Adha pada 4 Oktober, sedangkan majoriti Rakyat Indonesia mengikutinya pada 5 Oktober sepertimana di Malaysia


Sepatu getah gaya terkini Bukit Tinggi.

Tidur awal malam tu, sebab paginya nak ke pasar beli ikan dan  keperluan dapur.

Latiff Hariri
0828 09012015
Sungai Petani

Friday, 9 January 2015

13 September 2014 -Lubang Jepang dan Bende Berbende di Pasar Atas

Pagi sekitar 8, kami menapak aje ke Lubang Jepang ni.Jarak dari Hotel Grand Malindo tak melebihi 300 meter aje.


Minus Abang Hussin.

Menara di atas Lubang Jepang untuk view Panorama Lembah Ngarai Sianok.

Saya pulak dari atas.

Kami hanya bersiar siar diatas . Tiada berbelanja kerana rata rata toko tokonya masih belum berniaga. Terus menyusuri tangga menuju ke pintu terowong


Nak ajak mereka turun 100 lebih anak tangga ni, memang tak sampai hati

Jadi lepas tengok pintu terowong ini mereka berehat seketika disisi pintu keluar. Untungnya group yang saya bawa ini, tiada yang merokok

Sepupu jauh saya yang datang ke Hotel bila diberitakan kehadiran saya

Kami cek out dan Ad menghantar kami ke Pasar Atas untuk berbelanja saat akhir sebelum pulang ke Padang

Kenangan terindah 2014 bersama emak Din dan Sham. Bukan senang nak dapat bersama sama emak mereka

Saya lepaskan mereka sendirian di Pasar Atas dan menunggu di Dataran Jam Gadang , meninjau mereka dari jauh. Janjinya sekurang kurang sejam atau lebih sedikit

Kau tengok Intan, berapa bundut dalam masa sejam?

Dan mereka teruja bila bukan Bas Pariwisata yang menunggu mereka untuk dihantar pulang ke Hotel, tetapi kereta kuda

Dhiyaa yang excited lebih plus emaknya

Abang Ipar dengan adik iparnya.

Sebaik tiba di Hotel saya yang lewat sedikit kerana tak disangka abang sepupu saya, Abang Syafirman dari Lubuk Sikaping itu datang menemui saya dan kami minum teh botol aje di Rumah Makan Simpang Raya.

Sebaik saya memasuki Hotel, rupanya Sham dan emaknya sudah sedia menunggu, mereka berdua terlepas mendengar briefing pagi saya supaya berkumpul di Dataran Jam Gadang sebaik selesai berbelanja. Mereka pulang dahulu dengan menaiki taksi.

Bas kami bergerak sekitar pukul 11 lebih untuk keluar kota, tapi sebelum tu , terakhirnya , makan makan dulu di Rumah Makan Sederhana.

Emak Din yang tak pernah kata No akan semua yang terhidang di meja beliau.

Antara Rumah Makan terbaik di Kota Bukit Tinggi, Rumah Makan Sederhana.

Kami disini melepasi pukul 1 tengahari.

Latiff Hariri
0818 09012015
Sungai Petani


Saturday, 27 December 2014

Sambutan Hari Lahir di Bukit Tinggi - 12 sept 2014

Malam kedua kami di Bukit Tinggi ini , masih dihidang dengan gerimis dan hujan renyai. Nak keluar makan malam menjadi tergendala, akhirnya saya dan Ad tukar haluan, tak perlu kemana mana, memadai makan malan di Hotel Grand Malindo sahaja.

Makan cara ala-carte.


Ad menghibur kami dengan lagu lagu Broery Marantika, Ad ni Hero Lama.

Kak Ani dan Abang Husin. Kak Ani merupakan kakak Din Selamat.

Ok jugak makan malam ni.

Malam ini kami sambut Hari Lahir Abang Husin.Ad dah belikan sebiji Kek berlilin untuk ditiup oleh Abang Husin. Betul betul mengejutkan pasangan kekasih ini, hehehe.

Yang sportingnya, malam tu Abang Husin mendendangkan sebuah lagu lama, Begawan Solo.

Tak lama kami di Cafe Hotel, adalah sekitar sejam lebih sedikit, kerana rata rata semua keletihan.



Pagi 13 September 2014, kami dah terpacak di atas Lubang Jepang.

Latiff Hariri
1758 27122014
Sungai PEtani

Wednesday, 17 December 2014

12 sept 2014 - Sorenya di Danau Singkarak

Ini kenangan pertamakali merek di Danau Singkarak, danau kawah hasil dari pecahan gunung yang meletup.

Melingkari lereng Gunung Marapi untuk memasuki Kota Kecil Danau Singkarak.

Airnya jernih, saujana mata memandang seseolah berada di pantai lautan terbuka

Bot yang sama saya naiki bersama rombongan Pak Lan.

Kami seketika disini selepas minum petang. Perjalanan kami teruskan menembusi semula Kota Padang Panjang.

Sebaik tiba di persimpangan Kota, terpandang gerai menjual durian dan pulut..Apa Lagi!?
Berhenti pulak, abang Hussin tak sampai hati sebab Kak Ani dah bau durian malam tadi.

Saya dan Faiqah hanya memerhari mereka menjamu selera dari atas bas.

 Kerana tepat ketikan ini sekitar pukul 5 lebih waktu Indonesia saya mendapat berita yang agak merisaukan dari anak sulung saya tentang kesihatan isteri saya. Semua jadi terhenti seketika.

Rakan sepejabat Badrul dari Ibupejabat Kuala Lumpur. Dunia ni dekat sangat...


Kami bersiap untuk makan malam pula. Tak pasti nak makan dimana. Saya kali ini menggunakan khidmat sepenuh dari Janu Ad. Makan minum serta penginapan diatur  oleh Janu Ad.

Perbelanjaannya lebih kurang sahaja, walaupun makanan terbatas. Saya lebih gemar mengatur makan sendiri dari mengikat dengan pakej, kerana bagi saya nikmatnya hidangan masakan Padang ini tidak patut dihalang kepada setiap tetamu saya,

Latiff Hariri
2008 17122014
Sungai Petani

Sunday, 14 December 2014

12 sept 2014 Hari Kedua Bukit Tinggi

Sarapan pagi di Hotel Grand Malindo. Makanannya ok , mewah. Tapi bagi saya keenakkannya tetap di Ambun Suri. Maaf ya, saya dah lama duk di Ambun Suri sejak 1998 lagi.

Memang santai bila dapat makan semeja sekeluarga pulak tu. Semua asal Tepen.

Bas kami bergerak 9 pagi, tukar bas baru.

Ad jual minyak.

Destinasi kami hari ini adalah ke Istana Pagaruyung dan Danau Singkarak. Sambil sambil tu dilaluan kami berhenti menghabiskan rupiah.

Rumah Kerepek, di Bukit Tinggi dipanggil Sanjay?

Memang sedap , kami ralit makan yang terhidang percuma.

Semua pakat beli sorang sekotak dua untuk dibawa pulang.

Hentian kedua Rumah Sulam Hajjah Rosma.

Puan Hajjah Rosma yang sudah melepasi usia 80. Beliau pakar sulam/anyaman dan membuka kelas untuk anak anak yang mahu belajar .

Disini pun banyak belian yang kami buat.

Terus ke Kilang Kopi Minum Sorang Enjoy Berdua.

Dhiyaa tak ada mood untuk berposing.

Semua pakat beli kopi pinang dan kerepek pisang.

Lokasi ketiga Rumah Makan Texas - Tengah Sawah.

Intan dgn burung hantunya.

Aduh, sedapnya ikan bakar.....

Ini kerja Dhiya menghabiskan sisa sisa makanan.

Terus ke Istana Pagaruyung.

Terpegun mereka melihat keindahan senibina Minangkabau.

Sejak kebelakangan ini, setiap parawisata yang mengekori saya mahu berdandan busana Minang ini.

Tengok apa tu?

Puteri naik ke kamar lantai 5!

Ada yang mahu mengikuti saya seterusnya?

Korang tunggu ajelah, anak cucu dan adik adik duk memperaga pakaian disekitaran istana.

Ok, kan? Kenal sejak 1977 di King Edward VII kelas 1A3 pada usia 13 tahun.

Agak lama jugak kami disini, sedangkan perjalanan masih jauh. Kami mengeliling Gunung Marapi bermula dari Kota Bukit Tinggi ke Pagaruyung terus ke Danau Singkarak membelakangi Gunung Marapi .


Latiff Hariri
1218 14122014
Sungai Petani