Bee Gees

Thursday 14 July 2011

Dua Rakan Lama di Teluk Intan.

Ahad , sehari lepas Bersih 2.0 , saya masih merayau, meninjau ninjau daerah daerah yang sememangnya jarang untuk saya terokai. Sepertimana saya ceritakan dahulu, daerah hilir Perak memang terlalu asing bagi saya. Terakhir menjejaki Teluk Intan sekitar tingkatan 3 bersama kawan kawan rapat saya. Dan kini sekali lagi selepas lebih 32 tahun.

Kenal dengan wajah ini? Orangnya penyayang dan 'sentimental' .

Saya agak , foto ini dirakam semasa usianya 12 tahun? Tak pun muda dari itu.

Ini dihari bersejarah Allahyarham Zulkifly Bahrain bersama Cikgu Aspah. Saya rasa ini rumah pengantin lelaki ni.

Kami berada di teluk Intan tepat pukul 1230 tengahari, mengarah ke KFC untuk temujanji. Pertamakali Izzuddin melihat Menara Condong.

"TaK condong pun?" itu kata kata Izzuddin.

Tak lama menanti , Aspah Isni bersama ketiga tiga anak Arwah Zulkifly Bahrain pun memasuki KFC .

Bertemu buat pertama kali dengan anak anak Zul. Sedih, Zul tiada.

Bersama mereka penuh satu beg dengan lebih dari 10 albm foto foto lama kenangan Allahyarham Zul. Saya tak banyak bicara, terus telaah setiap album yang dititip. Ada foto foto lama alam Edwardian!

Sambil makan , saya teruskan kerja kerja saya bersama Izzuddin. Sedangkan isteri saya dan Aspah Isni terus bercerita tentang terkini serta kisah manis kenangan silam.

Acara berkenalan ini tamat sekitar 130 tengahari.

Saya teruskan dengan acara sebenar.

Kiriman dari OE Class 81 saya wakilkan kepada isteri untuk Puan Aspah dan anak anak Zul
Dan sedikit kata kata penutup dari saya, serta ucapan terima kasih dari Cikgu Aspah.

Seperti biasa, saya meminta agar perkembangan anak anak diberitakan selalu kepada OE81. Dan kata kata nasihat dan semangat kepada anak anak Zul supaya kuat belajar.

Memang, selalunya bila bersalaman dengan anak anak yatim ini, saya akan curi usap rambut mereka, ini acara sopan, lagi wajib!

Terus ke Taman Ros, mengarah ke Jalan Kempas. Berhenti di Resotran ini.

Mastan Ghani , Mee & Rojak.

Tak kan nak makan lagi, baru pukul 2, tadi dah kenyangpun kat KFC. Hanya sekadar segelas air, menanti kehadiran kawan OE ni.

Laaa, ini restoran ayahnya, saya tersilap. Di restoran ini sudah menanti adiknya , Shariff, yang akan menghantar kerumah kawan kita ni.


"Aku siap makan ubat lagi hari ni, sebab rasa macam ada nak jumpa orang, ada orang nak datang. Kalau aku tak makan, memang aku tak kuat dan sakit. Rupanya memang hang yang datang".

Sekitar usia beliau 20 tahun, tulang belakang beliau terkeluar dari sendi, gara gara mewakili Malaysia dalam Bola Sepak. Terus pencen bermain, dan bernikah pada usia 21 tahun.

" Dah 2 kali kena bedah Latif, skru tak kuat, baru guna , dah patah. Doktor pakar kata, aku kena tipu, sebab doktor yang buat operasi tu guna skru 'made in China'.

Sambil beliau membawa keluar 5-6 batang skru yang sudah dikeluarkan, dan ternyata patah 2. Satu skru siap bedah dan pasang, harganya RM6,000.00 .

"Engkau kali 6 batang skru, dah menghampiri RM36,000.00 sekali operasi!"

Kadir ada memohon bantuan dari Mumtaz Jaafar selaku orang kanan ehem ehem tu, dan bantuan MB Perak, tapi.....biasalah, kena tunggu.

Mana perginya Persatuan Sukan,bekas pemain Negara ni, mereka tak ada insuran kah?


Kadir rupanya bersaing dengan saya, kawin pada usia 21 tahun.

Kan saya dah kata, Kadir dulu kurus tinggi lampai, dan ditambah kaki kelakar dan senang disakat, sebab dia sporting teramat.

Kini pun dia masih tinggi dari saya, cuma saya maintain, sedangkan Kadir...., hehehe.

Saya dah kata pada Kadir, engkau kena kuruskan badan tu. Dia kata , nak buat macamana, kerja memasak, ambik bau pun dah cukup mengenyangkan, belum makan lagi. Hahaha.

Saya beredar dari rumah Kadir sekitar jam 3 petang. Moga Kadir kuat dan akan saya warwarkan untuk bantuan kepada beliau, dari rakan rakan OE .

Memandu laluan T Intan-Kampar. Ternyata jalannya lurus, dan saya meluncur laju memasuki Plus, terus pulang ke Sungai Petani.

" Tak nak singgah rumah Faridah ke?" Itu soalan dari isteri saya.

Saya menggeleng. Bukan tak sudi, nanti panjang ceritanya. esok nak kerja semula. Kena tidur awal malam ni, jaga suara.

Kepada rakan rakan OE 81, sudi sudi ziarahi Kadir , terutama yang terdekat, T Intan, Ipoh dan persekitaran.


Latiff Hariri
2112 12072011
Sungai Petani

No comments: