Bee Gees

Thursday, 7 July 2011

Kali Ke2 ke KL 26062011

Melalui talipon , saya berbual dengan Kak Siti, meminta tunjuk arah kami kerumah beliau. Ternyata mudah, rumahnya dibelakang Balai Polis Simpang, Taiping.

Malangnya Kak Siti tiada, yang menanti dengan penuh debaran adalah emaknya. kami memasuki rumah ini sekitar pukul 1245 tengahari. KEhadiran kami dinanti sekian lama oleh Bonda Che Rahmah Abas.

Berlinang air mata beliau menceritakan kenangan manis bersama satu satunya anak tunggal lelaki beliau. Katanya, " Mak cik memang nak tengok sangat sangat kawan kawan arwah ni....., macam ni lah agaknya arwah pada usia 47 tahun." Sambil beliau menahan sebak. Kami cukup terharu.

Saya akui didepan bonda Che Rahmah, yang pemergian Allahyarham hanya diketahui sekitar 1 Mei 2011. Tiada yang mengabar beritakan kepada kami. Untungnya kita mempunyai surat khabar, yang menggerakkan hati Rosmawati, adik Allahyarham untuk menghubungi Badrul sebaik iklan pertemuan bekas pelajar King Edward tahun 1981 tersiar di harian Metro.

" Arwah anak yang baik. Setiap kali Ramadhan, mak cik tak payah ke dapur. Dia sediakan semua. Dia yang memasak untuk berbuka puasa, dia yang bangun awal , bersiap sahur, sebelum mengejut pakcik dan makcik untuk makan. Dia suka tolong orang. mak cik ni orang berniaga, jual jual kain di Kota Bharu tu....., bila makcik ke'seberang' untuk mendapatkan barangan, dia lah yang jadi tukang pembawa makcik dengan motosikalnya. Adakalnya terlewat gara gara dia menolong orang yang mahu berulang alik ke seberang tanpa meminta apa apa bayaran. Itu yang makcik selalu marahkan dia, bukan apa, sebab makcik nak cepat......"

Setahun kemudian ayahnya pula pergi, macam mereka dah berjanji. Itulah satu satunya anak lelaki tunggal kesayangan Bonda Che Rahmah. Kami terdiam.

" Kami orang Kelantan, pakcik kerja swasta di Taiping, bila pencen , kami balik Kota Bharu, tapi makcik ada rumah di sini. Arwah memang disenangi ramai. Dihari pengebumiannya, penuh sesak rakan taulan, saudara mara yang hadir. Mak cik pelik sungguh, dimanalah datang ramainya yang berziarah beliau ni. Jenazah disemadikan di jalan yang mengarah ke Pantai Cahaya Bulan"

"Arwah ada jugak minat dengan saorang jururawat tu..... kesian dia....., dia suka lalu kat situ,' dapat tengok rumahnya pun jadilah' itu kata kata seloroh dia kat makcik."

Haruskah saya bercerita lagi tentang Allahyarham Sanusi ini? Saya pasti, ramai rakan rakan 5sc3 mempunyai kisah menarik bersama Allahyarham ni. Malang bagi saya tidak begitu akrab dengan beliau, sekadar mengenali wajah.

Sumbangan dari OE Class 81.

"Mengapa anak anak tak buat tahlil sahaja untuk arwah dan kawan kawan yang lain?"

Itu soalan cepumas untuk saya dan Badrul.

Ya, sudah tentu, di tahun tahun mendatang, lokasinya untuk Pertemuan Semula ini adalah di Rumah Anak Anak Yatim di Taiping dan sekitar, tiada lagi hi-tea nya. Itu janji saya kepada Bonda Che Rahmah.

Kalau ikutkan Bonda, dia tak mahu berhenti, tapi saya yang hentikan....maafkan saya, Saya harus segera bergerak. banyak destinasi yang harus saya tujui petang ini, selain berpatah balik ke Sungai Petani nanti.

Bersalaman dengan Badrul dan Jawaid.

Sekitar pukul 215 petang, kami dah terpacak di rumah pasangan ideal ini.


Senyum sampai ke telinga Abang Man ni. Alah Kak Dah oi, tak payah nak bergaya dah.

Dia dah tak heran orang dah, cucu diutamakan.

Sekadar memberi ikan talapia pekasam dari Lenggong kepada Faridah Abang Man, kami terus bergerak ke selatan.

Hujan lebat di Behrang, dan banyak berlaku kemalangan yang agak teruk disebabkan hujan. Mokhtar mula memperlahankan kenderaan. Ada BMW hitam terbalik kura kura, serta kemalangan 10 buah kereta dek kerana kereta dihadapan terbabas dek jalan licin.

Kami memasuki lebuh raya DUKE sekitar 340 petang, itu kira laju ke?

Ini kena jumpa sat, sebab dah janji. Maaf pada yang lain, insyaallah , tahun hadapan ada lagi, tak pun hujung minggu ni, masih ada lebih 50 biji diatas pokok tu.

Sebaldi durian kecil, sekadar boleh makan lah.

Faiqah siap dapat ole ole dari Mak Mah ni, ada kek lagi.

Memasuki Ampang, hujan mula lebat semula, kerumah kakak saya di Taman Dagang, terus ke BTHO rumah Rahman, untuk minum petang segera. Pada mulanya , tak mahu singgah sebab kesuntukan masa, tapi dah ada emak, kenalah turun sekejap.


Minum petang dengan rambutan dan buah kulitnya hitam dalamnya putih.

Tak sampai 15 minit , kami bergerak ke Nilai, menghantar Faiqah pulang. Dah melepasi pukul 6 ni. Menanti adik bujang saya datang untuk mengambil bahagian beliau. Ghazali salah saorang hantu durian.


Adik ke 11 ikut susunan. Masih tak jumpa jumpa pasangan dia.

Bergerak ke Shah Alam, memasuki kawasan Hi-com Shah Alam ni sekitar Maghrib. Arah tuju, kerumah Bang Shipol, sebab dia terbau, bau durian minggu lalu. Di seksyen 25.

Saya pernah menetap disini sekitar tahun 1988-89.

Tart dikelilingi adik adik pupu beliau.




Kami makan malam di restoran Nasi Arab di Seks 7 Shah Alam bersama adik saya , Rashi.
Tiada foto dirakam disini. Saya masih mencari cari saorang rakan baik Edwardian di Shah Alam, tapi tiada jawapan taliponnya. Kiranya rezki kami hanya berakhir di Shah Alam ini agaknya.

Tetapi dalam perjalanan mengarah ke Lebuhraya Guthrie ni, tetiba dia membalas panggilan talipon saya, syukur, masih ada rezki kami ni.

Tapi si comel ni dah lena.

Dah semakin berisi Dhya

Din melayan kami dengan air bujang, fresh orange penghilang mengantuk kami.

Bertemu Setiausaha Utama OE Class 81.

Kami bergerak ke Sungai Petani sekitar pukul 940 malam. Berhenti seketika di Tapah dan Bukit Merah. Tiba di Sungai Petani sekitar 230 pagi, untuk sambung lena.

Esok kerja wei!!


Latiff Hariri
0910 070711
Sungai Petani




No comments: