Bee Gees

Tuesday 28 February 2012

BESI PERWAJA

Hari Rabu 22022012, saya lakukan kerja diluar.


Kali ini bergerak sekitar daerah Sungai Petani, Gurun dan Bedong. Kalau daerah ini, hampir semua ceruk rantau saya tahu arahnya. Kalau orang lain perlukan masa seharian untuk merayau, bagi saya, memadai setengah hari untuk menjelajahnya.


Apa yang menariknya, walaupun saya bermastautin di Sungai Petani, saya boleh dikatakan jarang jarang memasuki daerah Gurun ini.  Sekadar melepasi pekan Gurun, dan sekitarnya pun, bila tiba azan Zuhur, saya gemar ke Masjid Pekan Gurun sahaja.


Tapi kali ini, saya berubah haluan, rakan seiringan dengan saya mencadangkan kami bersolat disurau yang telah diiktirafkan oleh Majlis Agama Kedah. Dalam hati bertanya jugak, eh, selama ini surau kena iktiraf jugak ke? Tak boleh main main bina ke? Hehehe.


Sebenarnya, kami berdua tertarik dengan jadual aktiviti surau ini yang terpampang dibahagian hadapan surau, penuh! Tak ada cutinya, jadi, saya pun terus merakam jadual untuk bulan Februari ini.



Hanya cuti rehat enam hari sahaja dibulan Februari ini. Yang menariknya , hampir kesemua adalah penceramah bebas serta penceramah yang berani menegur KERAjaan zalim itu.

Sebaik selesai solat, saya berborak dengan Imam surau ini, dan saya mula menanya tentang besinya Perwaja ini.


"Itu, didepan tu....dah mula diusahakan kerajaan negeri...."


Saya memerhati kedepan , arah lalulintas jalanraya persekutuan ini. Ya, ada ladang getah serta timbunan tanah yang sedang dibangunkan.



Surau Perwaja.

Lokasinya disebelah kiri foto ini.

"Kiranya Dia mahu, Dia akan turunkan rezeki dari langit, kalau tidak pun , rezeki dari Bumi, itu sebaik baik pemberian kepada hambanya yang tahu menghargai pemberianNya."

Saya pasti, walaupun kurang tepat , tapi maksud yang saya nak sampaikan ini tetap sama. Allah turunkan rezeki samaada dari langit mahu pun bumi, untuk kita nikmati, dan bersyukur..

Dalam kedaifan PAS memerintah Kedah la ni, tetiba sahaja, dihadapan tapak kilang besi Perwaja ini ditemukan bijih besi yang grednya bermutu tinggi. Kalau korang tak nak percaya pun tak mengapa, saya akan usahakan untuk memasuki kawasan 'perlombongan ' ini untuk saya kisahkan betapa Allah bersama pemerintah yang tawadduk dalam melaksankan amanat yang diberi. 

Insyaaalh, di lokasi yang berhampiran ini jua, akan saya kisahkan tentang penemuan bijih timah yang akan saya 'korek' lokasi sebenarnya nanti.

Kelantan dah ada emasnya, kini Kedah pula menikmati limpah kurnia yang tidak terjumpa  puak 'penyangak' yang mentadbir negeri ini sejak 50 tahun yang lalu.

Allah Maha Besar


Latiff Hariri
1108 28022012
Sungai Petani

No comments: