Bee Gees

Tuesday 7 February 2012

Prof Dr Aziz Bari Datang Pulak

Kami bergerak dari rumah ke tapak ceramah Sungai Jagung ni, sekitar 10 malam, bertiga dengan motor kapcai sahaja. Jalan mesti sesak punya.


Jarak dari rumah kira kira 1km sahaja. Sudah tersedia gerai gerai perniagaan yang menanti disisi jalan, sebaik memasuki tapak ini, anggaran awal kami bertiga adalah tidak melebihi 500 tetamu yang hadir.


Ceramah pertama dimulakan oleh Ir Zamri , dan diikuti dengan Sdr Zulkifly Yahya, dari Kerajaan Negeri Kedah.


Dari puntu utama tapak ceramah, saya anggarkan sekitar 400 kehadira. Baru pukul 10mlm

a
Ir Zamri

Untuk mendapatkan suasana sebenar berhampiran pentas ni, saya kedepan. Banyak ruang yang kosong pun.

&
Dari sisi kanan pentas


Pak Long sedang mendendangkan lagu lagu memuji Rasullallah sempena 12 RabiulAwal 1433

Kutipan derma dilancarkan

Prof Dr Aziz Bari.

Padat jadual Prof sehari dua ni di Sungai Petani.

Kuliah Subuh di Laguna Merbok, kemudiannya  di Tikam Batu serta Masjid bakar Arang..

Bila Profesor yang berbicara tentang undang undang ni, payah kita nak sangkal fakta dia. Apa jua katanya adalah benar belaka. Katanya pengkhianat sebenar dalam kalangan orang orang Melayu sebelum merdeka hingga 54 tahun kemudiannya tetap satu iaitu UMNO.

Mereka yang melondehkan kuasa Raja Raja Melayu, hinggakan sesuatu akta itu secara otomatik menjadi undang undang terpakai kiranya Yang DiPertuan Agong tidak menandatanganinya dalam masa 15 hari selepas diluluskan oleh Perlimen!! Ini kerja doktor mamak tu!!

Percayakan Mamak lebih dari Melayu, sejak dari Kerajaan Melaka lagi! Ingat ya, Menteri Lembu tu pun mamak jugak tau. Timbalan Menteri Kewangan tu, yang setiausahanya kena  tangkap SPR dengan RM berjuta tu pun, mamak jugak.

Saya bukan anti mamak, sebab saya punya ramai kenalan dan kerabat dari keturunan India Muslim yang 'praktik' agamanya membuat saya malu pada diri sendiri, tapi, mamak mamak ini sepatutnya masuk MIC aje.

Wartawan Pelatih yang bertugas malam ini.

Berhadapan Tahfiz Daris, Sungai Jagung, Sungai Layar, Sungai Petani

Sebelum beredar, pengiraan akhir kami tentang kahadiran pada malam ini, tolak motor dan kereta, kami simpulkan kata setuju lebih dari 600 orang, tidak melebihi 700.


Bicara malam ini berakhir sekitar 1230 malam, kami bergerak berempat pulak, pulang. Tapi sebelum tu singgah , Watrawan Pelatih ini mahu berhenti seketika untuk isi minyak motor di restoran berhampiran. Letih bekerja, katanya.

Takat makan maggi, kat rumah sendiri pun boleh buat.

Pukul 2 baru lena, sempena Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1433 Hijrah


Latiff Hariri
1148 12 Rabiulawal 1433/05022012
Sungai Petani



No comments: