Bee Gees

Sunday 5 February 2012

Tak Tipu ke Ceramah Politik

"Helo, ye... , hang kat mana?"


"Ni kat gerai nasi lemak ni, mai la, ceramah belum mula, mai pekena nasi lemak dulu". Itu pelawaan YB Najib, belum jadi ADUN Tertai Indah ni.


Kami berdua pun mengelilingi pasar Sungai Layar ni 2 kali, mencari kelibatnya Najib. Tak nampak pun.


" Hang kat mana ni?" Saya talipon lagi.


"Ni, belakang dewan ni". Najib membalas.


Hm, patutlah cari kat gerai nasi lemak tak jumpa, dah tukar tempat rupanya mamat ni. Acara bermula sekitar 930 malam. Kehadiran pada awalnya perlahan, sekitar 100 orang, tapi bila Dr Hamdan, EXCO Kedah memulakan bicara, secara perlahan jumlah mula meningkat.

Dr Hamdan, ADUN PAS yang berkelulusan Profesional, bukan lagi dari kalangan kontraktor/guru pengampu seperti salah saorang datuk T tu.....

Hanya bentang tikar sahaja, duduk santai


Saudara Hanifa Maidin, peguambela yang berlandaskan Syarak , bukan dunia semata-mata.

Jumlahnya secara rambang, 2 kali ganda dari ceramah yang dibawa oleh UMNO ditapak yang sama minggu lalu.

Kisahnya ceramah tipu itu boleh dibaca di sini

YB Amiruddin, ADUN Batu Caves.

Bila penceramah terakhir ini memberikan kata katanya, saya berani katakan kehadiran mencecah 500 orang. Termasuk warga India serta Cina. Siap ada gerai jualan yang dibuka.


Yang 'membengkakkan' umno, surau Sri Tanjung ni pun dah mula aktif bersama , tidak sepertimana sebelum 2008 dahulu, surau ini lesu dek dikongkong kroni umno yang takut 'pecah lobang' kiranya rahsia mereka yang menerajui surau ini terlondeh.


Tapi, saya puji kawan saaya ni, saya sangkakan , gerai nasi lemaknya adalah gerai gerai yang tersedia dipasar Sungai Layar tu. Tak pun, gerai gerai yang terbina  sempena ceramah ini, rupanya maksudnya 'makan nasi lemak' ini adalah di belakang Surau. Percuma lagi tu!!


Dah berapa round Najib oi!!??

Sebenarnya , ada banyak ceramah yang sedang rancak berlangsung sepanjang akhir bulan Januari dan awal Februari ini. Cuma saya agak keletihan untuk mengikutinya kerana acaranya berlangsung pada malam hari bekerja. Saya tidak berdaya untuk bersengkang mata diwaktu pejabat.


Saya terlepas kehadiran Abang Mat di Sungai Lalang. Brother Bob Lokman pun ada dalam sehari dua ni. Tengoklah nanti, jika saya mampu hadir.




Latiff Hariri
1158 12 Rabiulawalawal 1433/Ahad
Sungai Petani

No comments: