Bee Gees

Wednesday, 1 August 2012

Lari ke Bandung Bila Tak Dapat ke Bali

2 minggu sebelum bermulanya Ramadhan ini, anak anak saya yang masih menuntut di IPTA/IPTS itu sudah kecuh dirumah, kononnya mereka mendapat tajaan untuk bersama sama belia dan beliawanis dari IPTA/IPTS berrombongan ke perhimpunan Belia Asia di Bali pada awal Ogas mendatang( Hari ini 01082012)


 Saya mula mengorek sisa sisa tabung simpanan yang ada.....


Tiket ke Bali untuk 3 orang adalah RM2,400.00 . Makan sekitar RM100 sehari untuk 4 hari. Hotel sekitar RM200.00 sehari untuk 4 hari. Belanja hangus lagi..... harus mencacah RM5,000.00 sekali jalan ni.


Raya pun nak dekat, dan berjalan bulan puasa ni banyak cabarannya.


Fikir fikir fikir, congak congak congak.....tak jadilah.

Aqilah bertolak sendirian ke KL pada petang 30 Julai. Aqilah akan ambil adiknya di Nilai untuk bersama sama berkhemah di Kompleks Rakan Muda , di Puchong.

Saya cuba mencari mereka dengan menggunakan laluan Damansara Puchong, tetapi dek kesesakan lalulintas, kami susur keluar semula, jam pun dah menunjukkan pukul 810 malam, buatnya sangkut dikesesakkan lebuhraya.......


Terus meluncur ke Taman Enstek , berhampiran LCCT tu. Cari kawan ketat saya masa di King Edward dahulu.


Sejenak bersama Hatta Ghazali dan Roslinah.

Pekena saorang secawan kopi panas dan nescafe dingin, serta masalodeh dan mihun goreng.

Bersama Hatta sehingga 945 malam, dan kami dihantar ke kompleks LCCT. Seawal jam 10 sudah terpacak disini, sempatlah juga kami mencuci muka dan menggosok gigi untuk memasuki pesawat.


Betul betul makan  pengganti berbuka puasa ini, diatas AirAsia sahaja.


Tiba di Bandara Husein Sasteranegara sekitar pukul 1207 malam WIB, tapi waktu kita 107 tengah tengah malam lah. Tiada masaalah di kaunter Imigerasi, langsung ke parkir taksi, untuk diminta ngantar ke Hotel penginapan. Harga tambah hanya rp40,000 , sekitar RM17.50 .


Oklah, saya kira hotel ini 5 melati.

Kamarnya memang luas dan sesuai untuk keluarga

Pukul 3 pagi kami dikejutkn untuk bersahur, dan sambung lena selepas itu. Esok nak ukur kota Bandung 

Latiff Hariri
1458 01082012
Bandung, Jawa Barat

No comments: