Bee Gees

Thursday, 23 August 2012

Raya Kedua 20 Ogos 2012 - Lenggong

Kami keluar dari rumah sekitar 830 pagi, terus mengarah ke PLUS Selatan, moga tiada kesesakan pagi ini. Sempat bersms dengan Faridah, jawapannya senang, kami dah on the way.

Saya ni jenis , kalau orang dah kata 'on the way', pasti saya akan memecut, tak nak ketinggalan aksi pertama bertemu rakan rakan ini.

Pemanduan lancar, saya hanya memandu sekitar 110km/jam, sesekali melebihi 120km bila memotong.

Cuba berhubung dengan Zawawi, tetapi tiada jawapan. Saya boleh agak acara yang sedang dilakukan oleh Zawawi ketika ini.


Kami mengaerah ke kaki Gunung ini, dimana terletaknya Kampung Danglang sekitar 1040 pagi

Percaya? Tak?

Kami sampai di kaki gunung ini sekitar 1045 pagi, senang aje mencari. Saya cukup ingat akan Kuak ni, terutamanya tapak rumah Penghulu atas bukit itu. Sekitar banjir 1971, rumah itu menjadi 'port' kereta Morris Minor bapak kerana tak dapat memasuki Lenggong, dan kami balik selepas Raya tahun itu dengan menaiki lori JKR, kenangan raya 41 tahun yang lalu, ada yang ingat?

Tangan kiri tu Amran!

Sekitar 1050 sudah berada di rumah pusaka emak Amran Desa. Hmmmm, nyaman kehijauan.

Kami disambut Amran dipinggir kali dilereng jalan. Digenggaman tangan kanan, dah penuh dengan pucuk kaduk, pucuk betik, pucuk paku, tapi tangan kiri dia ada parang panjang tu!


Laksa dah direbus.

Yang perempuan terus ke dapurlah

Sedangkan saya lebih merayau di sekeliling rumah Amran.

Kakak Amran Chef hari ini, orang kuat dapur PLKN.

Mi kari dan laksa menjadi pembuka mulut.

Makanan mula kami jamah sekitar 1215 tengahari sebaik Faridah dan abang Man memasuki rumah ini

Ini kira sarapan pagilah ni

Duk bersila santai

Mee kari dan laksa Kuak

Selesai sarapan kami ni, Manan bersama dua buah hati kebarnya sampai

Temankan Manan makan , dengan mempelam Perlis kuah rojak, aduh, powernya!

Sudah melebihi 1240 tengahari tiada yang hadir lagi, ish, duduk Lenggong pun tak reti nak cari rumah kawan ek?

Pengawal lalulintas @ JKKK kampung Danglang

Sementara itu, hak di dapur sibuk menyiang ikan talapia serta rebusan ulam.

Ini air tangan adik/abang Amran

Rahsia Chef dikongsi bersama

Akhirnya , saya perasanWak Joe bersama hiluxnya,Nasir bersama Peroduanya, Jeff dengan Viosnya memasuki laluan kampung ini. Tapi sebelum itu Tuan Zawawi yang masuk kampung dahulu.

Bertemu sekali lagi

Perempuan gossip di ruang tamu

Semua berkisah diruang tamu menati nasi terhidang

Dah ambil tempat masing masing

Ikan 'ter'bakar Talapia

Anak anak bergebang sambil ada yang dah mula manjamah makanan tengahari ni

Semua masakkan kampung , ulam , sambal, gulai keli tempoyak, pajeri terung dan nenas.

Keluarga Wak Joe, serta ..... disisi Joe.(Maaf, saya terlupa namanya, pertamakali bersua)

Bergerak dari Kuak ke Lenggong sekitar pukul 3 ptg

Mengarah ke rumah kedua.

Nasi minyak, dalca sayur, sambal belacan, sambal tempoyak, daging masak kicap, fuh!!!!

Sampai dirumah Saiful ni, Kak Lin sedang menumis nasi lagi!!

Kak Lin, Mak Umi dan Saiful

Aqilah memeluk Mak Bi, pangkat  moyang tu

Sekitar pukul 4 kami bergerak kerumah ketiga, berpatah balik.

Rumah abang Manan kita

Bergerak sekitar 440 petang, menuju kerumah keempat pulak.

Ini pun kira rumah wajib datang.

Menu nasi Beriani dan lemang, macam biasa

Tak dapat saya menolak, kira makan nasi kali ketiga ni!!

Eh, Kak Rosmah main jenguk jenguk kat balik tiang ek

Mereka memang begini setiap kali berjumpa

Gang SRJK/SMDA, mak mak dara, tak pun uwan uwan  kepada 2 cucu.

Ini foto wajib

Rokma tiba diwaktu kami berundur diri

Apa yang kami nak kata tentang rumah emak Hasnah ini ialah, kemuafakatan anak anaknya, dalam mengembeleng dan mengerah tenaga menyediakan juadah yang beria ria setiap lebaran. Ini bukan kali pertama, entah keberapa kali dah, kami sekeluarga menjamah Nasi Beriani/Minyak di setiap Syawal. Ada masanya , berdagingkan kambing lagi!!

Memang , kami tahu, Hasnah Hadi beria dan berbesar hati dengan kehadiran rakan rakan mereka!

Terima kasih kesemua anak anak arwah Pak Kassim!

Sekitar 615 kami bergerak keluar meninggalkan Gelok.

Mengarah ke Banggul Batu

Rumah Cu disisi Masjid Banggol Batu

Cu dilahirkan tahun 1932, kini usianya 80

Disini sehingga Maghrib, dan kami bergerak mengarah ke selatan keluar dari pekan Lenggong.
Kira punya kira, hari ini kami bertandang ke lima buah rumah. Oklah, tak sehebat semalam, tetapi, kami bertemu melebihi 40-50 wajah wajah yang biasa kami temui setiap Syawal di Lenggong ini.

Latiff Hariri
1808 22082012
Sungai Petani

No comments: