Bee Gees

Monday, 27 August 2012

Semak Tahap Gaban

Petang Raya ke empat hingga ke setiap pagi dan petang, hingga ke   Ahad 26 haribulan Ogos ini, saya kerahkah kederat tulang empat kerat ini, menggerudi kebun yang rakan sepejabat saya memberi komen 'tahap gaban' semak samunnya.


Ini baris ke 9 yang saya kerjakan pada pagi Khamis ini.

Memang, tumbuhan liar ini sudah melepasi paras ketinggian saya hingga mencecah 6 kaki. Sepanjang Ramadhan lalu, saya hanya siapkan sekitar 4-5 batasan sahaja. Itu pun sekadar mencabut pokok pokok ini tanpa membersihkan keliling rumpunan pokok serai.

Yang saya suka, walaupun terlindung dari cahaya matahari, pokok pokok serai ini tetap merimbun, dan ada satu dua yang agak perlahan rombunannya.
Sepanjang puasa , hanya saya taburkan baja dikeliling rimbunan serai, tanpa menggemburkannnya. 

Jadi sepanjang cuti raya ini, sambil mencabut pohonan semak ini, sempat saya selang selikan dengan membaja dan menggembur tanah .

Pagi Ahad 26 haribulan ini, saya terkedu bila melihat 2 biji telur burung ruak ruak yang bersarang diatas pohonan serai saya in ini.

Terbantut kerja mencerahkan barisan batas terakhir ini. Tidak mahu saya mengganggu telur telur ini. Tapi, risau jugak, kiranya ada binatang liar yang ternampak sarang ini.


Ini batas ke sembilan, semuanya ada 13 batas serai.

Ahad ini saya berada 2 jam di kebun sebelum pulang untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan anak jiran taman bersebelahan. 

Paling tepat sepupu kepada bebudak bujang ni, si Mokhtar dan Zul.

Saya tak turun membantu, kerana sudah terlebih yang menjadi pelayan majlis ini.

Saya lebih bersembang dengan kenalan dan rakan yang datang bertandang.

Fadhil menemani Tok Imam kita, Ustaz Ibrahim

Masakan adalah secara gotong royong. Menunya , kari dan kurma daging kerbau 2 pikul?

Ustaz Ibrahim bersama orang kuat Sungai Layar, abang Latiff TNB.

Abang Latiff merupakan orang terkanan didalam mukim kecil Sungai Layar. Beliau menjadi rujukan warga Sungai Layar bila timbul permasaalahan serta , bila perlu nasihat dan panduan beliau. 

Saya turut merujuk beliau bila ada apa jua masaalah kedamaian Taman perumahan saya, serta ketidak-disiplinan anak anak sekolah.

Kira Ibu Bapa 'tersenyap'lah bila ada 'orang kanan' seperti Abang Latiff TNB ni.

Nasihat Ustaz untuk pengantin lelaki, anak sulong abg Yahaya.

Memang sedap masakan gotong royong ini, kalau boleh mamang nak minta bungkuskan, tapi, kenalah jaga adab, hahaha.

Petang Ahad ini, saya tidak ke kebun, memikirkan esok yang akan 'liat' untuk memulakan tugas di pejabat.

Latiff Hariri
1938 27082012
Sungai Petani


No comments: